Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Wednesday 18 April 2018

Dheo's (BAB 19)


BAB 19

Dua hari berlalu, aku hanya duduk di rumah. Belajar apa-apa yang patut. Dan bila bosan, marathon movie. Tapi bosan juga bila asyik terperuk di dalam rumah. Dan bila Fahim ajak aku keluar, terus aku setuju.

Aku dan Fahim hanya keluar berdua. Fahim mengajakku untuk menonton wayang. Biasalah mamat tu, pantang ada cerita aksi baru nak keluar, mesti dialah orang pertama yang beratur. Dan selalunya akulah orang yang dia cari untuk dijadikan teman. Kali ini, dia ajak aku untuk menonton cerita Maze Runner: The Death Cure. Siri terakhir untuk Maze Runner.

Aku hanya memakai seluar jeans hitam dan blouse ungu. Selendang ungu muda dililitkan ke kepala. Kalau janji Fahim bukan janji Melayu, mungkin pukul sepuluh pagi dia dah siap menunggu di depan rumahku.

Betul-betul pukul sepuluh pagi, Fahim WhatsApp aku. Menyatakan yang dia dah tiba. Nasib baiklah aku dah siap. Fahim kalau dah berjanji memang tepat. Itu yang aku kagum dengannya.

“Hai, Bunga! Lama tak nampak kau. Rindu,” tegur Fahim sebaik sahaja aku masuk ke dalam kereta.

Aku sekadar membalas hai balik. Malas nak layan dia. Fahim segak dengan seluar jeans dan baju t-shirt polo berwarna hitam. Dia ni, kalau diam mesti nampak macho. Apatah lagi dengan tubuhnya yang lean muscular. Tapi, sekali mulut dia berbunyi, terus lari semua awek mengusyar. Belum lagi tengok tangan menyotong.

Tapi aku tetap terima dia seadanya. Selesa dengannya. Kalau orang yang lari daripadanya hanya kerana sifat dia yang macam tu, orang tu yang rugi. Sebab Fahim seorang kawan yang sangat baik. Dari semester satu sampailah sekarang, tak pernah dia tak tolong aku bila aku dalam kesusahan. Kebaikan dia mengalahkan kawan-kawan perempuan lain. Sebab tu aku selesa dengannya.

“Kita nak pergi mana?” soalku. Tali pinggang keledar dipakai.

“Mid Valley.”

“Kau ni.. pergilah tempat lain. Pergi kuliah lalu situ. Balik kuliah nampak itu. Bertahun-tahun, situlah tempat permainan budak-budak UM. Pergilah tempat lain,” bebelku tak puas hati.

Bosanlah asyik pergi Mid Valley. Tiga tahun aku belajar, mahu beratus kali aku pergi situ. Peta pun aku dah hafal dalam kepala. Entah-entah pak guard situ pun dah kenal aku.

“Ya, Tuan Puteri. Kalau macam tu Tuan Puteri nak pergi mana?” soal Fahim. Sempat sindir aku sedas.

Aku berfikir sejenak.

“Haa.. kita pergi OU nak? Lepas tu, boleh singgah IKEA. Dapat juga merasa makan meatball.” Aku memberi cadangan. Bayangkan rupa meatball IKEA pun dah kecur liur. Sedapnya!

Sure ke tak alergik meatball? Aku tak nak kena sula dengan Dheo Han.” Sekali lagi Fahim menyindir.

Aku mencebik. Menyesal aku cerita kat dia dulu. Tak pasal-pasal dia marah aku sebab cuai. Kesian aku kena marah dengan Fahim hari tu. Nasib baik dia minta maaf balik. Sayang juga dia kat aku ya? Haha.

“Yalah.. aku alergi udang aje.” Juling mata ke atas. Aku dah tahu macam mana tindak balas alergiku dengan udang. Takkanlah aku bodoh nak makan udang lagi?

“Okey.. apa-apa demimu, bos. Saya yang menurut perintah. Jom kita ke OU.” Dia tabik hormat. Sindir aku lagi.

Kemudian gear ditukar. Memulakan perjalanan.

   ---------

“Sedihlah.. kenapa Newt mati?” Dari dalam panggung sampailah dah jalan keluar, itulah yang tak habis-habis Fahim bebelken.

Aku geleng kepala. Ni yang aku malas keluar tengok wayang dengan mamat ni. Review lepas tengok wayang dia tu, berjela-jela. Komen mengalahkan dia pengarah cerita tu.

“Biasalah.. dalam hidup ni, tak semua akan ada happy ending. Newt made a sacrifice. Kematian dia bukan yang sia-sia,” komenku.

Kalau ikutkan hati, tersentuh juga hatiku dengan persahabatan Thomas dan Newt dalam cerita itu. Dari mula mereka kenal sehinggalah ke hujung nyawanya, Newt selalu percayakan Thomas. Aku dapat rasakan nilai persahabatan yang diterapkan. Kira sampailah kepada penonton. Kalau tak, masakan aku dengar ada penonton teresak-esak menangis.

“Tapi aku kagum  dengan persahabatan mereka. Kira okeylah, hero tak mati.” Aku ketawa bila melihat jelingan tajam Fahim.

“Betul.. aku kagum dengan persahabatan mereka. Dan aku kagum dengan kesetiaan Newt ikut Thomas sampai dia mati. Berkorban demi sahabat.” Fahim juga berfikir benda yang sama.

“Kalau kau kat tempat Newt, kau sanggup tak berkorban untuk aku?” soalku berbaur gurauan.

“Mestilah sanggup. Kaukan kawan kesayangan aku.”

“Eleh.. ya lah tu! Entah-entah lepas dah habis belajar ni, ingat aku pun tak.” Aku tak percaya. Cebik bibir siap.

“Betullah.. tak percaya, tengok la nanti. Nanti kalau aku jadi macam Newt, kau jangan menangis pulak.”

Haish.. jangan cakap macam tu! Aku tak suka la kau cakap macam tu.” Suaraku bertukar serius. Tak suka!

“Rileks la, Bunga! Gurau aje la. Jangan risau. Apa yang nak jadi kat kita sampai kita nak macam tu?” jawab Fahim.

Betul jugak kata-kata dia.

“Pastu aku pulak? Apa aje yang aku boleh buat?” Fahim mencebik pada diri sendiri.

“Eh, kau banyak guna, Fahim! Kau boleh hiburkan aku. Besar peranan kau tu buatkan  aku gembira,” gurauku.

Fahim cuma ketawa mendengarnya.

“Dahagalah.. jom beli air!” ajakku bila lalu satu kiosk minuman. Kering pulak rasa tekak.

Kami berdua berjalan ke kiosk yang menjual beberapa jenis minuman itu. Mata melihat menu. Nak tengok apa yang sedap untuk hilangkan dahaga tekak. Fahim pula berada semeter di belakangku. Tengah tengok telefon dia. Katanya, dia tak nak. Maklumlah.. dah kenyang makan popcorn, minum pepsi masa wayang tadi.

“Hai, selamat datang, cik adik manis! Nak order apa?” soal pelayan lelaki itu kepadaku.

Hmm.. bagi saya chocolate ice blended satu.”

Aku buat bayaran sebelum menunggu minumanku disiapkan. Beberapa soalan ditanyakan kepadaku sementara menunggu. Ada yang aku jawab sekadar berbahasa. Dan bila rasa soalan yang agak peribadi, aku hanya senyum. Contohnya macam, “Awak dah ada boyfriend?”

Beberapa minit kemudian, satu cawan plastik sederhana besar dihulurkan kepadaku.

“Tahu tak apa beza awak dengan chocolate ice blended ni?”

Oh, jangan cakap dia nak bagi pick-up line kat aku pulak!

Err.. tak tahu?” Aku masih menjawab.

“Bezanya… manis-manis chocolate ice blended ni, manis lagi senyuman awak.”

Krikk.. krikk.. krikk…

Okey.. dia memang bagi pick-up line. Dan sekarang ni, apa aku nak jawab? Terima kasih? Senyum aje?

Pap!

Tak sempat bibir nak senyum, ada tangan menghentak kuat di atas kaunter di sebelahku. Terkejut sampai terangkat kedua-dua bahuku. Aku toleh sebelah. Fahim. Sebelah tangan atas kaunter, sebelah lagi pegang cermin mata besarnya itu. Mata mencerun ke arah lelaki itu. Garang.

“Kau tahu apa beza kau dengan kipas?” soal Fahim. Gaya macam gangster.

“Tak.. tak tahu bang.” Kira menjadi la gayanya sebab budak lelaki tu tergagap.

“Bezanya.. laju-laju kipas berpusing, laju lagi kepala kau berpusing aku lempang. Nak mengurat pun pandanglah kiri kanan.”

Muka budak tu macam dah hilang darah. Silap-silap kalau toreh, mahu orang ingat keturunan Mahsuri. Darah putih.

Sor.. sorry.. bang. Tak tahu!” Lelaki itu aku nampak macam dah nak terkencing dalam seluar aku tengok.

“Err.. sorry ya. Dia memang macam ni. Fahim, dahlah. Jom!” Aku heret baju Fahim.

Aku sempat dengar kawan-kawan lelaki itu gelak dan mengatakan itulah balasannya kalau dah mengurat kekasih orang. Salah orang nak bagi pick-up line.

“Kau ni kenapa? Nak terkencing budak tu aku tengok.” Aku marah Fahim bila kami dah jauh.

Fahim jongket sebelah bahu. Kembali kenakan cermin matanya. Fahim kalau dah buka cermin mata dia tu, memang nampak matang.

“Saja aje nak ajar budak tu. Dah tahu perempuan keluar dengan lelaki, janganlah berani nak ayat. Ni kalau pakwe orang lain ni, mesti dah bagi sebiji. Kira okeylah aku bagi pick-up line kat dia.” Fahim berkata. Sempat senyum sinis di hujungnya.

“Tengok.. aku pun ada aura jantan sebenarnya.” Fahim ketawa. Angkat kening beberapa kali ke arahku. Dah kembali ke Fahim yang aku kenal.

“Kau tu memang dah jantan, Fahim.” Juling mata ke atas.

Aku geleng kepala. Faham maksud Fahim sebenarnya.

“Lepas ni nak pergi mana?” soal Fahim.

“Aku nak pergi Popular. Nak cari buku la.”

“Jom.. aku pun nak cari komik! Tengah stres nak exam ni, baik baca komik sekali sekala,” jawab Fahim dengan riangnya. Dah kembali ke gaya asal.

   --------

Masuk aje kedai buku Popular, terus aku melangkah ke arah buku kategori English Fiction A-Z. Nak cari buku untuk bahan bacaan terbaru. Dah lama aku tak beli novel. Sekarang rasa macam nak membaca. Mungkin macam yang Fahim cakap, tengah stres nak exam, baik membaca sesuatu untuk hilangkan stres.

Cakap pasal Fahim, dia pun turut menghilang ke bahagian komik. Aku dah tahu dah komik apa yang bakal diambil Fahim nanti. Mesti Lawak Kampus. Fahim tu pengikut tetap siri komik Lawak Kampus itu. Kalau bukan Lawak Kampus, mesti komik lawak yang lain, yang boleh dibuat gelak bila baca. Kadang-kadang aku suka juga pinjam daripada dia.

Aku nak beli buku apa ya? Jodi Picoult ada keluarkan novel baru rasanya? Lantas aku mencari novel keluaran penulis Jodi Picoult itu. Baca buku dia kadang-kadang tangkap leleh. Dah lama aku tak baca buku yang sarat dengan emosi.

Mata khusyuk dilarikan dari satu buku ke satu buku. Melihat tajuknya. Gara-gara terlalu khusyuk, aku tak sedar yang bahuku terlanggar orang.

Auchh.. Sorry!” kataku laju. Takut jugak kena maki sebab memang dah salah aku.

Aku angkat kepala. Tak hairanlah kalau aku yang langgar tapi aku yang nak terbalik. Sebab yang aku langgar tu lelaki. Berkerut dahinya bila kena langgar.

Hanya seketika. Sebelum matanya membulat gara-gara terkejut. Bukan sikit. Sampaikan aku rasa macam dia kena sumpah. Wajahnya sarat dengan emosi.

“Nurissa?”

Aku terkaku. Dia sebut nama aku!

Lama aku pandang wajahnya. Cuba mengecam siapa. Tapi, tiada nama yang terlintas. Tapi.. wajahnya.. susuknya.. bagaikan pernah dilihat.

Oh my God! It’s really you!” Dia masih tak percaya. Aku ditenung dari atas sampai bawah.

“Kita.. kenal ke?” Aku ragu-ragu bertanya.

Of course. I’m Shahril. Kita sama-sama belajar di London dulu. Awak dah lupakan saya?” Dia tetap menjawabnya walaupun dengan dahi yang berkerut. Pasti pelik.

Nafas rasa tersekat tiba-tiba. Selama tiga tahun selepas aku sedar dari koma, hubunganku dengan London terputus terus. Aku tak pernah jumpa sesiapa yang kenal aku di London dulu. Seolah-olah kehidupan di London dulu bukan sebahagian daripada sejarah hidupku.

Sorry.. saya tak ingat apa-apa. Saya hilang ingatan lepas kemalangan.”

Wajahnya nampak terkejut.

“Awak tak ingat apa-apa yang jadi di London? Apa yang awak tahu ketika awak di London?

Aku geleng. Kosong.

Nothing at all?”  Dia meminta kepastian.

Aku angguk. Dia terdiam. Cuba menghadam maklumat itu agaknya.

I see. Patutlah awak menghilang. Rupanya awak kemalangan. Glad you are okay now.”

“Apa hubungan kita dulu?” Aku ingin tahu.

We used to be lovers.”

Meluas mataku mendengarnya. Terkejut.

“Macam mana saya tahu awak tak menipu?” Tiba-tiba aku jadi ragu dengannya.

Aku nampak dia capai dompetnya lalu dibukanya. Kemudian dia menyerahkan satu kad namanya kepadaku.

Take it. Di situ ada nombor telefon saya. I have to go now. But I’m really glad to see you, Nurissa. Bila awak rasa awak yakin, awak boleh contact saya melalui nombor itu. We can see each other again. For old time’s sake.”

Teragak-agak aku mengambilnya. Gayanya macam betul-betul tergesa. Sebaik sahaja tangan menyambut kad namanya itu, dia senyum segaris.

I really hope you will contact me in future, Nurissa. And for you to know, I miss you. And I still love you,” katanya sebelum dia berlalu.

Aku terkedu bila dia cakap macam tu. Terutama sekali bila bahagian ‘I stil love you’ itu. Melihat dia dengan selamba berkata sebegitu, dia mungkin seseorang yang penting dalam hidupku dulu. Adakah dia Encik Duri?

Kad nama di tangan ditenung. Shahril Azmir. Salah seorang staf di Kenyalang Enterprise. Ada nombor telefon disertakan. Seseorang dari masa silamku telah muncul. Semua ni pasti dah tersurat. Pasti ada hikmahnya.

“Siapa dia tu?” Suara Fahim buatkan aku tersedar ke alam nyata.

Fahim dah muncul di sebelahku. Langsung aku tak perasan. Di tangannya ada tiga buah komik yang dah dipilih. Wajahnya serius. Pasti dia nampak pertemuan aku dan Shahril itu.

“Aku tak kenal dia.”

“Habis tu kenapa dia datang dekat kau? Aku patut cepat tadi. Mamat tu pun patut merasa pick-up line aku!”

“Dia kata dia kenal aku. Kami kenal masa di London,” ceritaku. Tolak bahagian yang kami pernah bercinta.

“Kau percaya?”

Aku diam. Aku pun tak tahu. Hati antara dua.

I don’t trust him, Nurissa. He’s a bad news,” kata Fahim. Serius! Jarang dia panggil aku Nurissa.

“Macam mana kalau dia betul? Kalau dia kenal aku dulu? Inilah peluang kau untuk korek macam mana kehidupan aku dulu. Mana tahu aku dapat ingat?”

No, Nurissa! Aku tak rasa kau patut percayakan dia. You’re naïve and innocent. Kita tak tahu kalau dia sebenarnya menipu kau.” Bersungguh-sungguh Fahim membangkang.

Aku terdiam. Ragu-ragu aku itu memang dah lama wujud.

“Aku tahu. Aku pun tak adalah percayakan dia seratus peratus,” jawabku.

Sebab aku juga masih ingat kata-kata Dheo dulu.

“Suatu hari nanti, tak mustahil ada orang muncul dalam hidup awak, berkata dia adalah kawan awak. Padahal sebenarnya dia adalah musuh awak.”

Adakah masanya dah tiba? Adakah aku sedang melalui fasa itu? Kalau betul, aku harus ingat pesanan Dheo yang seterusnya.

“Selagi awak tak ingat, selagi itulah awak kena ragu dengan setiap status yang keluar dari mulut orang yang nyatakan dia kenal awak sebelum ni.”

Dan sebab itulah aku memilih untuk meraguinya sampailah aku betul-betul yakin.

I  might be looking innocent but I’m not stupid.

32 comments:

  1. Alaaaaaa....dheo x de....😥😥😥😥

    Jgn laaa fahim mati...siann die...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah la kan.. Dheo xde, ada rasa2 macam mati kan... :(

      Delete
  2. Fuhh...suspen..siapa tu..? Kawan atau musuh?

    ReplyDelete
  3. I hope fahim tak mati . Sbb mesti akan sedih ceritanya nnti .

    ReplyDelete
  4. Nampak gayanya Fahim akan mati..
    I'm waiting for them to meet Hazel and Hilman., can u upload it for the teaser?

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Fahmi ni mcm bodygrd nurissa je. Rasa dia mcm lucca. Sebab kenapa Shahril tu tergesa2 kan. Mesti Shahril tu kenal Fahmi betul x?? Alamak penuh ngn persoalan ni..

    ReplyDelete
  7. Dok nampak gaya Fahim ni mcm org Dheo jugak jer. Tak sabar nk tahu apa jadi !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2. Nampak gaya la. Tp x sure la.. 🤣

      Delete
  8. Kalau ade baca alpha male tau laa cikit bole agk cikit laa sape Fahim ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh...fahim ada ke dlm alpha male...x perasan laaa

      Delete
    2. betol la fahim org dheo jugak.. Dlm DAM fahim ada..mesti dheo suruh fahim jaga nurissa dlm kwsn u..

      Delete
    3. Farhani Nabiha dlm alpha male yg part hazel kunun ny nk survey laptop kne kacau dgn 2 llki. pas2 dheo han tolong, lucca n fahim pun ad skli. Part tu fahim mcm dh jdi org dheo.
      My belove Anjell harap2 fahim pnye watak x mati... 😭😭😭😭

      Delete
    4. yes fahim ada juga part hazel kena kacau dengan 2 org lelaki malam 2 tu

      Delete
  9. Jgn la fahim mati.. boleh banjir nant..huhu

    ReplyDelete
  10. kalau dlm nov DAM... fahim ni nnt kerja dngn dheo... hermmm.... ada ura-ura tu...

    ReplyDelete
  11. nurissa kne jaga diri ye. . sementara dheo xde ni. . takut plak dgr tetibe shahril muncul..

    ReplyDelete
  12. haha..cute pick up line fahim...

    ReplyDelete
  13. Tiba-tiba rasa Fahim ni pun sebenarnya org Dheo jugak. And dia tak sesotong yg disangka ��

    ReplyDelete
  14. Sedih bila Newt mati.. Harap2 Fahim xjadi mcm tu.. tak sanggup sedih mcm time Newt mati..
    Skrg cuba bayangkan watak sebenar Fahim ni tanpa watak sotongnya..hehehee

    ReplyDelete
  15. Saya nk tanya...akak ada ke dekat pbakl nnt?

    ReplyDelete
  16. Assalammualaikum,

    dear penulis yang disayangi...saya menanti novel yang seterusnya...

    ReplyDelete
  17. i baru habis baca dHeo’s i realised ada nama HAZEL! HAHAHAHAHA lepas siap baca this book i terus khatam baca Dr Alpha Male lagi sekali! that is how much i miss Hazel really! huhu

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum, sis bila nak ada novel baru. lama dah sis tak update fb atau blog ni :(

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum ! Hai Kak Anjell , saya sebenarnya nak cakap, saya baru je baca Dr.Alpha Male.. mmg fall in love gila la dgn Hilman ehehe.. Lepastu, saya jalan ii kt Popular , terjumpa buku Dheo's ! That time i was very excited sbb ada buku psl Dheo dgn Nurissa , but i'm still study so duit takde, and then , saya minta aunty saya bwa novel ii dia untuk sy baca , bcs i love to read novel ehehe.. bila dh dpt buku ii , saya selongkarlah buku ii yg sy pinjam, TERJUMPA BUKU DHEO'S KAAAAKKK ! TIME TU RASA NAK MENANGIS ADA, NAK MENJERIT HAPPY PUN ADA ! sbb mmg sy nk buku tu tp xkesampaian nak beli.. Ya Allah excited gilaaa ! Skrg dh habis baca dh kak , Ya Allah, akak mmg talented dlm mengarang.. Srs best gila sampai nangis ii saya baca, skrg ni plk sy tgh baca Suamiku Paling Sweet.. BEST SANGAATT KAAAKKK ! i really love your books.. Sumpah besttt. saya pula mmg suka menulis jd sy slalu baca novel, And akak adalah inspirasi saya kak :) , saya mmg niat nak hasilkan satu novel.. walaupun sy msih secondary school.. ihihihi, i hope saya dpt jmpa akak f2f, bestnyaaaa ! Byee kak ! <3

    ReplyDelete
  20. selalu buka blog akk..plez update novel baru....

    ReplyDelete
  21. akk bila nak kluarkan novel plus crita bru lagi???? dah rnduu lah nak bca novel akk... smua novel dan beli and dah asyik ulang2 bca sbb you are the best author for me

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )