Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Wednesday 15 February 2017

DR. ALPHA MALE (BAB 17)

BAB 17

Sebaik sahaja aku mendekati kumpulan-kumpulan pelajar itu, aku rasa semua perhatian tertumpu kepadaku. Apabila melintas di depan orang-orang yang mengenaliku, semua bertanya sama ada aku okey atau tidak. Aku cuma senyum dan menjawab apa yang patut.

Kan aku dah cakap. Sekarang ni mesti semua orang kenal aku. Kalau sesiapa yang tak ingat aku, aku rasa cuma perlu cakap ‘Alah.. kakak yang baju koyak masa family day tu,’ aku grenti semua boleh ingat.

Malu la pulak rasanya. Tapi aku buat selamba. Pedulikan perhatian semua orang. Sampai masanya, semuanya akan reda dan bakal tinggal sejarah. Nasib baik aku berjalan dengan Cik Presiden yang memang dikenali ramai. Takdelah segan sangat jadinya.

Mata melilau sekeliling. Mencari susuk Dr. Hilman di balik kumpulan orang ramai. Sekarang tengah rehat. Aktiviti bebas dan ramai berkumpul di bawah khemah besar. Ramai juga sedang menjamu selera. Kumpul balik tenaga yang habis pagi tadi dan bersedia pula untuk berperang pada petang nanti.

Jumpa apa yang kucari. Dr. Hilman sedang duduk di meja bulat yang dikhaskan untuk para pensyarah. Sedang berbual dengan Encik Zaidi. Dr. Hilman masih tak berbaju. Cuma dibaluti oleh sehelai tuala coklat di atas bahunya untuk menutup sedikit tubuhnya. Mungkin dipinjam oleh salah seorang pelajar lelaki yang tinggal di kolej kediaman. Aku kumpul kekuatan sebelum melangkah ke arahnya. Seharusnya aku seret Sabiha jadi peneman.

“Assalamualaikum, Dr., Sir.” Aku beri salam. Pandangan mereka berdua terarah kepadaku dan Sabiha sebelum salam dijawab.

“Haa.. Hazel! Awak okey tak?” Encik Zaidi berkata sebelum sempat Dr. Hilman buka mulut.

Okay, sir. Saya pinjam baju Sabiha,” jawabku sebelum sengih.

“Takde cedera apa-apakan masa jatuh tadi?” soal Encik Zaidi lagi. Sebagai anak buahnya, memang aku di bawah tanggungjawabnya.

Aku geleng kepala. Setakat calar tapak tangan tu, tak payahlah aku nak kecoh sangat. Perkara kecil sahaja walaupun nak menangis juga aku bila kena air.

Pandanganku teralih kepada Dr. Hilman yang sedari tadi cuma diam menjadi pemerhati. Aku hulurkan baju t-shirt kepada Dr. Hilman. Pulangkan hak dia.

Err.. terima kasih, Dr., sebab pinjamkan baju ni kepada saya,” ucapku. Baru berpeluang untuk berterima kasih kepadanya.

Dia hanya senyum sebelum huluranku bersambut.

“Sama-sama.”

Tuala yang tersangkut di atas bahunya tadi diletakkan di atas meja. Dr. Hilman terus sarungkan kembali t-shirt hitam itu ke tubuhnya macam tiada orang di sekelilingnya yang memerhati.

“Nasib baiklah awak dah bagi balik baju dia, Hazel. Kesian Dr. Hilman ni, tak berbaju. Budak-budak lelaki yang duduk kolej ni semua kecik. Tak boleh nak pinjamkan baju kepada Dr. Hilman ni,” cerita Encik Zaidi.

Oh.. patutlah sedari tadi dia tak berbaju. Nasib baiklah aku cepat-cepat bawa balik baju Dr. Hilman tadi.

Sorry, Dr.” Tiba-tiba rasa bersalah.

No hal la. Lagipun saya ni lelaki. Takkanlah saya nak biarkan awak kat tengah-tengah gelanggang tadi. Kalau student lain pun, saya akan buat benda yang sama,” balas Dr. Hilman pula.

Aku jeling Sabiha di sebelah. Kau dengar tu! Kan aku dah cakap tadi. Kalau student lain pun dia buat benda yang sama. Ada faham? Itulah. Sibuk je nak reka hikayat cinta tak kesampaian untukku.

“Bodi dia lawa, bolehlah buat macam tu. Cuba kalau kita, Di. Mahu sakit mata semua orang,” sampuk Encik Hamidi yang tiba-tiba muncul. Encik Zaidi ketawa. Aku dan Sabiha di tengah-tengah ni tak tahu nak bagi reaksi apa.

“Kita mana boleh nak tarik baju macam tu, Abang Mi. Tak lepas kat perut. Silap-silap orang pulak carikan baju nak tutup kita,” balas Encik Zaidi pula sebelum sibuk ketawa bersama Encik Hamidi. Aku sendiri cuba tahan mulut dari ketawa. Geli hati dengan kata-kata Encik Zaidi itu.

“Man tak kahwin lagi, bolehlah jaga badan. Tunggulah lepas kahwin nanti, haa.. silap-silap radius perut meningkat tiga inci. Kalau lukis graf parabola, mahu lebar latus rectum. Betul tak, Hazel?” kata Encik Zaidi lagi. Seronok bahan Dr. Hilman yang cuma tersenyum lucu.

Semua mata tertumpu ke arahku. Rasa macam tercekik lidah sendiri apabila melihat semua menunggu jawapanku. Tersepit. Kepala dianggukkan sikit sekadar cukup syarat sebelum ketawa terpaksa dilepaskan.

Kenapa tanya aku?! Yang kawan aku kat sebelah ni, sopan pulak dia hari ni. Diam bak gadis melayu terakhir.

“Eh, tak semestinya, Abang Di, Abang Mi! Kalau dah pandai integrate lemak, kenalah pandai differentiate balik. Pandai-pandailah control supaya masih dalam limit dan tak terlebih upper boundries,” balas Dr. Hilman balik.

Ketiga-tiga lelaki itu ketawa. Seronok membahan Dr. Hilman tanpa mempedulikan aku dan Sabiha.

Err.. kami berdua pergi dulu. Terima kasih sekali lagi, Dr. sebab sudi pinjamkan baju kepada saya.” Sekali lagi aku berterima kasih kepada Dr. Hilman.

Kali ini, dia cuma angguk. Aku pula tarik tangan Sabiha untuk berlalu.

“Hazel.” Suara Dr. Hilman memanggilku. Aku tak jadi untuk melangkah. Kembali pandang dia.

Dab your wound with disinfectant before it gets infected,” katanya sambil jeling pergelangan tangan kananku. Pandanganku turut tertumpu ke situ. Ada kesan calar di kawasan tapak tangan, betul-betul di bawah pergelangan tangan kananku.

“Oh, okey!” jawabku. Terus saja aku sorokkan tanganku daripadanya. Tak sangka pula dia perasan.

Aku kembali menarik Sabiha untuk berlalu. Dr. Hilman pula turut mengikutserta dalam perbualan Encik Zaidi dan Encik Hamidi yang sedang berdebat tentang keputusan bola sepak Piala Malaysia semalam.

    -----------

Pukul dua petang, semua pelajar diminta kembali berkumpul di lapangan. Nasib baik cuaca dah bertukar sedikit mendung. Tak adalah panas sangat kalau berkumpul di tempat tak berbumbung ini.

Kemudian pertandingan futsal peringkat akhir bagi lelaki dimulakan. Kumpulan 1 lawan Kumpulan 9 yang diketuai oleh Encik Faizul, ketua programku. Sengit betul tengok mereka berlawan. Aku pula macam nak tercabut anak tekak menyokong.

Kumpulan mana aku sokong? Aku neutral di tengah-tengah. Aku sokong kumpulan yang dapat bola. Kalau bola di kaki Dr. Hilman, aku laung nama Dr. Hilman. Kalau Encik Faizul dapat rampas bola, aku akan jerit nama Encik Faizul pula. Sabiha panggil aku lalang. Haha. Dia pula haruslah sokong Dr. Hilman sebab dia Kumpulan 1.

Macam yang diagak oleh semua orang, sekali lagi Kumpulan 1 mengguguli carta. Memang makin naiklah saham Dr. Hilman yang tersedia tinggi itu selepas ini. Berjaya tawan hati wanita dengan hanya menyepak bola.

“Kau tengok Dr. Hilman main tadi. Walaupun perfect, mana boleh nak lawan Encik Candy Crush aku,” kata Sabiha setelah perlawanan tamat. Semua mula bersurai untuk mencari tempat berteduh.

Aku mencebik. Dan-danlah nak memuji si Gorilla Kuning tu. Sekarang aku tak pelik kalau Hariz adalah adik kepada Dr. Hilman. Aku tertanya-tanya. Di sini, adakah semua orang tahu yang kapten pasukan bola sepak kampus merupakan adik Dr. Hilman?

Kami berjalan menuju ke arah khemah besar. Lepas tamat sukan futsal, dah takde aktiviti lain rasanya. Cuma tunggu penyampaian hadiah dan boleh bersurai.

“Lepas ni dah penyampaian hadiah, kan?” soalku kepada Cik Presiden di sebelah.

“Belum lagi. Ada extra activity. Ni cadangan Naim, vice president kita.”

Extra activity?”

“Ini namanya Lecturer-Student Bonding time.”

“Dah tak cukup bonding semua aktiviti sebelum ni?” potongku. Aku rasa semua aktiviti tadi melibatkan pensyarah dan pelajar. Semua siap boleh bergelak ketawa dan mesra. Memang tercapailah objektif untuk hari ini.

“Kau ni.. dengarlah aku habis cakap dulu!” Sabiha marah. Aku terus diam sebelum dahi kena lastik dengan orang sebelah.

“Ni khas untuk pelajar tahun akhir dengan pensyarah. Kononnya nak bagi can terakhir untuk bonding dengan lecturer. Inikan dah dikira last family day untuk kita. So, aktiviti nanti cuma melibatkan semua pensyarah partner dengan sorang last year student. Aktiviti santai-santai je.”

Kemudian Sabiha senyum jahat.

“Aku nak pastikan kau partner dengan Dr. Hilman.”

Terus meluas mataku.

“Weh.. kau jangan nak buat gila, Biha!” jeritku. Risau juga. Sebab Sabiha orang kuat persatuan. Tunggu dia tunding jari, gerenti anak buah angguk setuju.

Sabiha gelak.

“Kenapa dalam ramai-ramai kawan kita, aku juga yang kau nak padankan dengan Dr. Hilman?” Aku tak puas hati.

Because I love you, but I hate you. Aku nak tengok kau sengsara dengan Dr. Hilman. Mesti seronok.” Sekali lagi Sabiha gelak jahat sebelum mula berlari meninggalkanku.

Kurang asam boi punya kawan! Aku dapat nanti, memang sampai biru dia aku cekik.

    ------------

Aku lega apabila aku dipadankan bersama dengan Puan Ainon. Nasib baik Sabiha tak buat macam yang dia cakap. Kalau tak memang aku isytihar putus sahabat mandatori. Sebut pasal Sabiha, dia cuma menjadi tukang sorak dan tukang ambil gambar tak bertauliah dari tepi kawasan pertandingan. Namanya tak terpilih. Dengki aku!

Kalau ikutkan hati, aku memang taknak ikut serta. Tapi nak buat macam mana bila nama aku terpilih ketika undian dicabut. Memandangkan pensyarahku cuma dua puluh satu orang, maka cuma dua puluh satu pelajar tahun akhir yang terpilih. Nasib malang atau bertuah yang patut aku panggil bila namaku terpilih?

Sebelum aktiviti dimulakan, semua peserta dikehendaki beratur dengan pasangan masing-masing. Hampir terngangaku apabila tiba-tiba Dr. Hilman muncul di sebelahku.

“Kak Ainon tak cakap ke yang saya ganti dia?” soal Dr. Hilman. Mesti wajah terkejutku jelas kelihatan.

Aku geleng kepala. Puan Ainon cuma mengadu kurang sedap badan dan dia minta aku masuk ke padang dulu. Aku memang tahu dia sedang mengandung tiga bulan. Ikut serta aktiviti ini pun kerana aktiviti ini tak agresif.

“Dia kurang sihat. Terpaksa tarik diri. Dafi, partner saya pula tiba-tiba sakit perut. Dia mintak excuse balik awal. So, Kak Ainon yang cadang supaya saya partner dengan partner dia,” cerita Dr. Hilman.

Aku cuma mendengar. Alahai.. tak payah tunggu Sabiha buat jahat, akhirnya berpartner juga aku dengan Dr. Hilman. Aku pandang sekeliling kawasan. Mata berlaga dengan Sabiha yang tersenyum sinis. Seakan-akan mahu berkata, ‘Kalau dah jodoh, takkan ke mana.’

“Awak tak kisah, kan?” Suara Dr. Hilman buatkan perhatianku kembali tertumpu kepadanya.

“Eh, tak! Saya okey je. Cuma tak sangka, tiba-tiba pulak partner kita sama-sama forfeit,” balasku. Kebetulan atau takdir?

“Saya tak pernah kalah, tahu? Bersedia ke?” Suara Dr. Hilman berbaur amaran. Maksud lainnya, ‘Kalau kita kalah, siap awak!’

Teguk liur. Aku kalau dengan dia ni, memang selalu buat senaman kerongkong!

“InsyaAllah saya cuba yang terbaik, Dr.,” jawabku.

Kenapa aku berpasangan dengan orang yang tak tahu makna kalah ni? Stres la!

Semua peserta kemudiannya mendengar taklimat kecil sebelum aktiviti ini diteruskan. Permainan dibahagikan kepada dua bahagian. Kumpul dua puluh gula-gula dari dalam tepung dengan mulut dan kemudiannya habiskan satu bekas aiskrim Nestle 1.5L. Dan apabila peserta dah habis mengumpul dua puluh gula-gula, dia boleh turut sama menghabiskan aiskrim bersama pasangannya. Siapa yang tak larat habiskan boleh mengalah. Senang. Pemenangnya akan mendapat sepasang anak patung katak yang sangat comel.

“Alah.. buat apa dapat anak patung tu? Kami ni lelaki.” Encik Zaidi bersuara dalam nada gurauan. Kena pula memang pasangan Encik Zaidi adalah Muiz, juga lelaki.

“Alah, Di! Kau bagilah kat bini kau. Kau Muiz, bagi dekat awek kau. Haa.. memang kenalah ada I love you kat tengah-tengah tu,” sampuk Encik Faizul pula.

Muiz pandang aku. Eh.. eh.. dah kenapa pandang aku ni?

“Eh.. dah.. dah.. jangan nak buang masa pulak. Main je la. Kalau taknak hadiah, tak payah menang. Kami nak,” kata Dr. Awliya yang berpasangan dengan Adira.

“Eh, mana boleh! Hadiah-hadiah la. Menang tetap kena menang,” kata Encik Zaidi pula.

Setelah itu, kami berlalu ke tempat permainan. Semua pasangan memikirkan strategi untuk menang.

Seriously tambah kalori semata-mata nak dapat katak hodoh tu? Kalau cium jadi tuan puteri cantik takpelah jugak.” Dr. Hilman pandang tub aiskrim yang berada di depan kami. Tak puas hati.

“Dr., saya nak katak tu. Comel.”

“Katak pun boleh comel? Disgusting.” Penuh jijik muka Dr. Hilman.

“Comellah. Kita kena menang, Dr. Dr. kumpul gula-gula, saya habiskan aiskrim.” Berkobar-kobar semangatku nak menang. Semuanya sebab nak anak patung katak.

“Larat ke nak habiskan satu tub aiskrim tu?” Atas bawah, atas bawah dia pandang aku. Mesti musykil mengenangkan saiz tubuhku.

“Selera saya besar, Dr. Gerenti beres punya.” Aku berkata yakin.

“Awak betul-betul nak katak hodoh tu?” Serius suaranya.

Aku angguk. “Deadly serious.”

Dia pula angguk.

Okay, good luck,” pesannya sebelum berlalu ke meja untuk permainan ambil gula-gula dalam tepung dengan mulut itu.

“Dr. pun, all the best,” laungku sedikit kuat supaya dia dengar. Aku turut berlalu ke meja yang terletak satu bekas aiskrim yang masih belum dibuka. Kebanyakan peserta yang makan aiskrim adalah dari golongan pelajar atau perempuan.

Cuaca makin redup. Sangat kena dengan aktiviti kami ini. Aku juga turut serius. Semua penonton pun turut bersemangat untuk menyaksikan permainan yang lain daripada aktiviti pagi tadi. Tak pernah aku seserius ini untuk makan aiskrim. Patung katak punya pasal!

Bunyi wisel ditiupkan. Penutup aiskrim dibuka. Telan liur dulu. Mampu ke aku nak habiskan satu tub aiskrim ni? Tanpa melengahkan masa, terus aku capai sudu dan aiskrim perisa jagung itu disuap ke dalam mulut. Kena sangatlah cuaca macam ni untuk makan aiskrim. Sedap bila rasa sejuk lepas tekak.

Bunyi sorakan para penonton tak kupedulikan. Sekilas aku angkat muka untuk melihat apa yang pasanganku sedang lakukan. Aku tak dapat nak cam gara-gara semuanya sibuk benamkan muka dalam tepung. Bila kepala diangkat, nasib baik aiskrim dalam mulut tak tersembur melihat wajah-wajah yang putih itu. Kesemuanya boleh dikatakan adalah pensyarahku.

Lima suapan, aku berhenti sekejap. Rehat sebentar. Lidah rasa macam nak lumpuh. Sejuk gila. Aku pandang peserta lain. Semuanya lebih kurang aku dan semuanya masih sendirian. Maksudnya pasangan masing-masing masih belum habis bertempur di medan tepung.

Aku teruskan suapan. Seketika kemudian, aku mendengar sorakan para penonton lebih kuat daripada biasa. Terusku angkat muka untuk melihat apa yang sedang berlaku. Dr. Hilman angkat tangan menandakan dia telah habis mengumpul dua puluh gula-gula. Setelah disahkan, terus dia berlari ke arahku.

Hmm.. patutlah sorakannya lain macam! Dr. Hilman bak Majnun sedang berlari ke meja Lailanya.

Seriously dah lebih lima minit berlalu, baru ni yang awak habiskan? Tadi bukan main berlagak cakap mampu makan semua.” Dia membebel sambil menunjukkan bekas aiskrim yang tak sampai suku aku habiskan.

“Sejuklah. Mana boleh makan banyak-banyak. Brain freeze,” jawabku sambil memandangnya. Kalau tak kenangkan aiskrim yang perlu dihabiskan itu, mesti aku gelak dengan wajahnya yang comot dengan tepung. Sekeliling mulut dan jambangnya dihiasi oleh tepung. Sampai melekat ke bawah mata. Baju hitamnya tak payah cakaplah. Memang jelas kena tepung.

“Dr., tolonglah saya habiskan aiskrim ni.” Aku tayang muka comel, minta belas ihsan daripadanya. Kalau aku tayang pada Sabiha, biasanya menjadi. Haraplah Dr. Hilman ini masih belum imun lagi dengan virus yang kupanggil Hazelcomelism ni.

Dia pandangku bergilir-gilir dengan aiskrim. Mukanya masih enggan.

Pleaseee,” rayuku. Kedua-dua tangan disatukan di dada, menunjukkan aku betul-betul mahu dia menolongku. Aku sanggup buat apa sahaja asalkan aiskrim ni masuk ke dalam mulutnya.

Urghh.. I hate sweet stuff.”

Dia capai satu lagi sudu sebelum dibenamkan ke dalam aiskrim jagung itu. Lalu satu scoop besar aiskrim dimasukkan ke dalam mulutnya. Luas mataku melihat kuantiti aiskrim yang disumbat ke dalam mulutnya itu.

Aku senyum menang. Gembira.

Aw.. em.. arh.. erkk..”

“Shh.. Dr.! Masa makan jangan bercakap,” kataku.

Aw.. em.. arh.. erkk..” ulangnya lagi tanpa mempedulikanku.

“Apa dia Dr.? Saya sepatutnya kena makan banyak?” tanyaku. Dia angguk.

“Saya tengah cuba la ni. Bagilah rest kejap. Lidah saya dah macam nak putus.”

An.. eee.. akk.. app..”

“Saya tahu kalau cair tak sedap. Kejap lagi saya sambung,” balasku.

Ergh.. en.. izz.. eed..err..” Dia pegang dahi.

Dr. brain freeze? You need water?”

Dia angguk laju-laju sebelum mencapai air yang kuhulurkan kepadanya. Laju sahaja air mineral itu diteguk melepasi tekak. Ada sisa lebihan air yang mengalir dari celah bibirnya turun ke lehernya, lalu betul-betul di atas halkumnya. Buatkan putih tepung di kawasan bibirnya kelihatan melekit-lekit.

Terus aku capai tisu merah jambu yang turut disediakan di atas meja itu. Tangan terus dibawa ke bibir Dr. Hilman. Tindakan yang spontan. Serius aku tak sedar dengan tindakanku. Dalam kepalaku, aku cuma tak suka melihat dia yang terlebih comot itu. Nampak menjengkelkan.

Sehinggalah aku rasa tubuhnya sedikit mengeras dan mata kami berlaga, barulah aku sedar dengan ketelanjuranku. Dia sendiri jelas-jelas nampak terkejut dengan tindakan beraniku. Bagaikan terkena renjatan eletrik, terus tangan dilarikan.

Err.. sorry. Ada kesan tepung kena air. Nampak comot.” Aku meminta maaf. Dalam kepala kutuk diri sendiri. Kenapa aku boleh bertindak gila macam tu? Brain freeze tak hilang-hilang lagi ke?

“Oh, ya ke?” Cuma itu jawapannya. Tisu dari tanganku ditarik sebelum disapu pada tempat yang baru kusapu tadi. Dia cuma berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Takde masa nak take care of hygiene, kita kena habiskan aiskrim ni dulu,” bicaranya serius. Aku cuma angguk.

Kemudian sekali lagi aiskrim disua ke mulutnya. Wajahnya jelas-jelas menunjukkan betapa tak sukanya dia dengan aiskrim tapi tetap juga dipaksa tekak demi pertandingan ini. Dulu pun dia memang pernah cakap yang dia tak suka benda manis.

Akhirnya aku turut sama meneruskan tugasku. Tinggal sikit je lagi nak habis. Dan terima kasih kepada Dr. Hilman, akhirnya kami berjaya habiskan sebekas aiskrim itu dan disiyhtiharkan sebagai pemenang.

Sumpah.. aku akan muntah kalau aku tengok aiskrim lepas ni!

    ----------

Acara penyampaian hadiah diteruskan. Kesemua hadiah disponsor oleh pelbagai sumber. Terima kasih kepada kegigihan ahli jawatankuasa, hadiah yang diterima agak lumayan juga. Macam yang diagak, majoriti permainan dijuarai oleh Kumpulan 1. Kumpulanku cuma menang tiga hadiah untuk tempat pertama dan satu tempat ketiga.

Ketika hadiah untuk aktiviti terakhir diumumkan, lebar sengihku ketika aku dan Dr. Hilman mengambil hadiah anak patung katak yang masih berbungkus hamper itu.

“Macam mana dia tak menang? Kau tengok macam mana dia rempuh aku masa rebut gula-gula tadi? Nasib baik aku tak terjunam dalam bekas tepung.” Dah mula dah Encik Zaidi and the gang membahan Dr. Hilman.

 “Tak sangka kau ya, Man. Diam-diam nak anak patung. Nak bagi awek kau ke? Romantik jugak kau ya, Man?” tambah Encik Hamidi pula.

“Mana ada. Saya darah muda. Memang competitive,” jawab Dr. Hilman sebelum turut ketawa.

“Untung awak Hazel sebab partner dengan Dr. Hilman. Dapat hadiah anak patung.”

Aku sengih. Dalam hati mengiakan.

Setelah itu semua orang berlalu meninggalkan aku berdua dengan Dr. Hilman. Itu pun sebab aku masih punya urusan dengan Dr. Hilman. Dr. Hilman mengoyak plastik hamper itu. Di dalamnya ada dua anak patung katak yang berbeza saiznya. Satu besar, satu kecil. Dah macam mak dengan anak.

 “Anak patung apa kebenda besar macam ni. Ni dah bapak patung,” bebel Dr. Hilman. Aku yang mendengar cuma menahan gelak sebab kami berfikiran agak serupa.

“Dr., saya nak yang besar.” Bukan main teruja suaraku.

“Awak nak dua-dua pun saya kasi, Hazel.” Dr. Hilman berkata bosan.

“Eh, mana boleh, Dr. Kita gigih sama-sama, hadiah pun kena share sama-sama. Dr. ambiklah yang kecik. Saya nak Cik Froggy ni,” kataku sambil jari tunjuk patung besar. Sedap dibuat peluk. Babailah Olaf malam ni. Haha.

“Cik Froggy?” Dia seakan-akan mahu tergelak.

“Yalah. Nama dia Cik Froggy. Dr. ambik yang kecik ni ya? Nanti boleh letak dalam kereta.”

“Yalah. Yalah. Saya ambik Cik Froggious ni.”

“Cik Froggious?”

“Ingat katak awak je ada nama?” Sinis suaranya.

Aku terus ketawa. Amboi.. nama taknak kalah! Sempat saja dia kenakan aku.

“Nah.. ambik patung ni.” Anak patung katak yang besar itu dihulurkan kepadaku.

“Dr. jangan buang tau Cik Froggious tu. Letak dalam kereta.” Risau betul aku kalau dia buang. Maklumlah, diakan lelaki.

“Iya.. saya tak buang. Saya letak dalam kereta saya.” Suara bosan.

“Betul ni?” Masih tak percaya.

“Ya. I’m a man of words. Saya tak buang, saya letak dalam kereta. Dahlah.. Cepat ambik ni. Saya nak balik ni.” Suaranya sedikit berang apabila anak patung besar itu masih dalam tangannya.

“Okey. Thank you, Dr.” Sempat kusengih sebelum menyambut anak patung itu. Kemudian aku melihat Dr. Hilman berlalu bersama anak patung kecil. Rasa nak tergelak pun ada melihat anak patung kecil itu dikepit dibalik tangan sado itu.

“Amboi.. bukan main kau, ya?” Sabiha tiba-tiba muncul di sebelahku.

Keningku terus bertaut.

“Apa maksud kau?”

“Kalaulah aku ni tak tahu kau dan Dr. Hilman tu pelajar dan pensyarah, memang aku dah ingat kau orang bercinta, tahu? Dah macam gaya pakwe bagi hadiah pada makwenya pun ada.”

Aku tayang muka bosan. Dia dah mula dah! Sabiha dan teori cinta tak kesampaiannya itu.

“Masa bertanding tadi, bukan main kau lap-lap mulut dia, ya?” kata Sabiha lagi. Bibir mengorak senyuman mengusik.

Aku terus ternganga. Lupa ramai yang memerhati.

“Weh.. aku cuma lap sebab nampak kotor sangat. Mesti semua orang salah sangka, kan? Mesti semua ingat aku sengaja gatal, ambil peluang, kan?” Aku sedikit cemas. Wajah dibenam pada Cik Froggy. Geram dengan diri sendiri.

Chill la, Hazel. Takde yang pelik punya. Sebab tindakan kau tadi memang spontan. Nampak macam kau cuma nak bagi tisu kat Dr. Hilman. Tu je.” Sabiha cuba menenangkanku.

Aku haraplah Sabiha betul. Aku taknak kumpul musuh dari gerakan peminat-peminat Dr. Hilman. Tak pasal-pasal timbul fitnah nanti.

Itulah, Hazel! Lain kali jaga tangan. Jangan nak gatal sangat nak pergi sapu muka orang!

32 comments:

  1. mmg timing sy.....tepat kul 11.00 lyan alpha male nii...klau bkak tadaa...dh ade :):)btw...mmg terbaik lh....jln ceriter die mmg winnn!!!!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Cik froggy and cik froggious - sweetnya mereka 😘😘😘

    ReplyDelete
  4. Love you anjell.. terdetik nak bkak blog ni.. ttiba ada ep 17.. muahh2 😘😘 always terbaikkm

    ReplyDelete
  5. hi sis... sy ni silent reader... first time comment ni... good job sis... semua novel sis dah ada dlm genggaman.. dah khatam beberapa kali.. now Alpha Male pun x pernah miss.. tiap2 hari sharp 11pm mesti layan blog sis.. all your novel is superb... congrats sis..

    ReplyDelete
  6. 🐸🐸🐸🐸🐸 😍😍😍😍😍😘😘😘😘😘

    ReplyDelete
  7. x sabar nak tunggu novel.....best cite niiii

    ReplyDelete
  8. x sabar nak tunggu novel.....best cite niiii

    ReplyDelete
  9. Tq banyak2...sambil baca tak habis gelak sorang2

    ReplyDelete
  10. Sayavpun tak sabar nak tunggu novel ni keluar.

    ReplyDelete
  11. Tak sabar nak baca bab seterusnya ������������

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum sis. Can't wait for the next chapter! So sweet as always <3

    ReplyDelete
  13. Malam ni akak langkah kanan, tersenyum sendirian dapat baca..Hazel tetap di hati Hilman..huihhh tak sabar nak baca next entry. So sweetttttt.....

    ReplyDelete
  14. Nak lagi plisssss...❤️❤️❤️

    ReplyDelete
  15. i'm a man of *my* word ~ aku bukan kaki sembang/aku bukan jenis cakap tak serupa bikin

    ...sori sebab jadi grammar nazi ;P

    ReplyDelete
  16. Anjell mane bab 18???. smlam x update ponn :( :( :(

    ReplyDelete
  17. Anjell...bila nak update bab 18...x sabar...😎😎

    ReplyDelete
  18. never miss your novels..seriously cant wait for this one

    ReplyDelete
  19. I am waiting for the next update. Everyday bukak blog anjell sbb nak baca
    But then, kenapa dah 3 hari tak update? 😭😭

    ReplyDelete
  20. Samalah.. setiap malam bukak mengharapkan ada kelainan.. huhu tak apa.. faham je.. nakkan yabg terbaik kena ambil masa.. do the best anjell.. 😘

    ReplyDelete
  21. Always a fan! Keep on writing, Anjell!

    ReplyDelete
  22. dah pernah baca dlm group shhhh.. tapi still baca lagi.. memang best sgt2..

    ReplyDelete
  23. Besttt sangat in love sgt dgn gaya penulisn akk😍😍😍 cpt2 smbung

    ReplyDelete
  24. Next epsode please sis anjell..so in love with all your novels 😘😘😘

    ReplyDelete
  25. Sweet sgt..baca ulang ulang pun ttp sweet..goodjob anjell..

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )