Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Friday, 10 February 2017

Dr. Alpha Male (BAB 12)

BAB 12

Hari Jumaat memang tiada kelas petang. Jadi aku membuat keputusan untuk pergi lepak di bilik asrama Sabiha. Kebiasaannya, kalau tiada apa-apa aku akan terus balik kampung sebaik sahaja tamat kelas pagi. Tapi minggu ini aku rasa macam malas pula. Dah lama tak bersister-bonding dengan Sabiha ni.

Petang itu, Sabiha ajak aku keluar jogging. Sambil jogging, sambil mengelilingi kawasan kampus. Lebih kurang pukul lima petang, kami berdua keluar berjoging. Apa rahsia seronok berjoging? Haruslah berjoging bersama teman.

Kawasan kolej kediaman agak cantik. Ada tasik di tengah-tengah kawasan, memisahkan bangunan asrama lelaki dan asrama perempuan. Tasik itu agak luas juga. Ramai pelajar yang mengamalkan gaya hidup sihat dengan berjoging mengelilingi tasik itu.

Sabiha pula mengajakku untuk berjoging di sekeliling bangunan fakulti. Agak jauh tapi boleh jalan-jalan. Petang-petang macam ni, ramai juga yang berbasikal dan melakukan aktiviti senaman yang lain.

Puas berjoging, kami melalui stadium universiti. Ada pasukan bola sepak kampus ini sedang melakukan latihan di tengah-tengah padang. Nampak mereka semua berlari-lari. Ada juga yang sedang menyepak bola. Di kawasan stadium itu, ada juga pelajar yang duduk di kerusi penonton. Sama ada memang mahu melihat atlet bola sepak membuat latihan atau sekadar suka-suka untuk lepak bersama kawan-kawan.

Sabiha seret tanganku untuk duduk di tempat duduk penonton paling depan. Dari sini aku dapat melihat dengan jelas wajah-wajah atlet bola sepak. Mata Sabiha tentu saja tertancap pada kapten pasukan bola sepak ini. Siapa lagi kalau bukan Hariz si Gorilla Kuning itu?

Aku mendengus. Patutlah beria-ia dia seret aku ke sini. Mahu melihat Encik Candy Crush dia beraksi rupanya. Tak peliklah kalau si Sabiha ni sengih sampai nak terkoyak mulut aku tengok.

“Weh.. handsome tak dia?” Itu yang Sabiha tanya aku. Mata melekap pada tubuh Hariz di tengah-tengah padang.

Aku geleng-geleng kepala. Lagi nak tanya soalan yang dah sah-sah terang lagi bersuluh? Tanyalah seluruh orang di stadium ni, mungkin adalah seorang dua yang rabun jauh atau busuk hati cakap Hariz itu tidak kacak.

Hariz menggelecek bola sebelum dilontarkan kepada penyerang pasukannya. Muka serius memberi isyarat kepada anak buahnya dengan jari. Nampak berkarisma pula si Gorilla Kuning itu apabila mukanya serius.

“Kan betul aku cakap dulu. Cool kan cara dia main?”

Aku diam je la. Cool tak cool. Kalau dah namanya bola sepak, tak pernah lagi aku jumpa orang sepak pakai punggung. Semua pakai kaki.

“Makin lama aku tengok dia, makin aku rasa pernah nampak muka dia. Seseorang yang ada iras-iras dia. Siapa ya?” omel Sabiha.

Mula-mula Sabiha berkata sebegitu, aku syak Hariz adalah salah seorang model lelaki yang pernah muncul dalam majalah Maskulin Sabiha. Tapi, hari ini, hatiku turut mengiakan. Wajah Hariz seakan-akan seseorang. Tapi kenapalah tak muncul-muncul juga siapa orangnya?

Tak lama kemudian, kedengaran wisel ditiupkan. Mungkin jurulatih mengarahkan anak-anak buahnya untuk berehat sebentar. Ketika itulah aku melihat Hariz datang berlari-lari ke luar padang. Atau lebih spesifiknya ke arah kami.

Boleh tahan cekap juga mata Hariz. Dapat mengecam kami di balik puluhan orang pelajar yang sedang duduk di kerusi penonton. Dia membongkokkan sedikit tubuh tingginya supaya kedua-dua lengannya dapat direhatkan di atas dinding batu yang memisahkan kami.

“Hai, Biha. Hai, Smurf,” tegur Hariz. Dia senyum manis.

Bibirku automatik mendengus. Kenapalah aku pakai biru hari ni?

“Hai juga, Gorilla Kuning,” sinisku.

Hariz tunduk pandang baju jersi tanpa lengannya yang dah lencun dengan peluh itu. Kebetulan yang amat. Warna hitam campur kuning. Dia ketawa bebas. Buatkan wajahnya yang dibasahi peluh itu kelihatan bersinar. Sehingga mengundang perhatian beberapa gadis di sisi kami.

“Lama tak nampak awak, Biha,” kata Hariz lagi. Tidak mempedulikan perhatian yang diperoleh daripada gadis-gadis di sekelilingnya. Seolah-olah sudah biasa.

Aku pula pandang mereka berdua. Bergilir-gilir. Soalan Hariz menunjukkan Sabiha ni boleh dikatakan selalu muncul di sesi latihan bola sepak Hariz.

“Sebab team awak dah tak practice dekat padang hostel. Hari ni pun saja je Hazel ajak keluar jogging.”

Ewah.. nama aku pulak yang dipetik! Sesedap masakan ibu je Sabiha ni. Padahal dia yang seret aku ke sini. Tapi kawan baik punya pasal, aku cuma diamkan saja. Seronok tengok mereka berdua ni berdrama.

“Oo.. mungkin Hazel nak tengok otot-otot saya flex semasa saya bermain bola. Penuh maskuliniti, kan?” Hariz berlagak sambil membengkokkan sikunya, buatkan bicepsnya cantik terbentuk.

Okey.. serius sekarang ni aku nak lancarkan botol mineral di tangan masuk ke kerongkong orang biarpun apa yang dikatakan Hariz itu adalah realiti semata!

“Helo, katak pun mahu kena gastrik kalau dia dengar, tahu tak? Jangan nak perasan bertingkek-tingkek boleh?” bidasku. Aku menjulingkan mataku ke atas.

Tapi Hariz cuma ketawa macho. Belum sempat dia mahu menjawab, bunyi wisel kembali ditiupkan sebelum kedengaran namanya diseru. Jurulatih panggil masuk.

Coming, coach,” jerit Hariz ke belakangnya sebelum dia kembali memandang kami.

Got to go. Seronok jumpa awak berdua. Ada masa, datanglah sini lagi. I look forward to that,” katanya. Walaupun dia tujukan kepada kami berdua, tapi aku tahu dia maksudkan Sabiha sebenarnya.

Sempat Hariz kenyit sebelah mata sebelum berlari ke tengah padang. Aku tunggu dia menjauh sebelum menoleh ke arah Sabiha. Pipi dia merah.

“Kau cakap dengan aku. Kau dengan si Gorilla Kuning tu ada apa-apa ke?” siasatku.

“Mana ada apa-apalah. Kami kawan je la. Akukan cakap dulu, aku selalu tengok soccer team berlatih di padang asrama. Selalu juga kami berbual masa dia rehat. Macam tadi la,” cerita Sabiha.

“Kau suka dia eh…” usikku. Dah lama tak usik Sabiha. Lagi seronok bila tengok muka Sabiha dah berubah merah.

“Akukan dah cakap dia Encik Candy Crush aku, mestilah ada terselit rasa suka tu.” Malu-malu pun, Sabiha mengaku. Itulah kelebihan Sabiha. Selalu jujur.

“Aku rasa dia pun suka kau la.”

Sabiha ketawa.

“Aku tahu kau kelakar, hazelnut butter. Tapi, kali ni lawak kau tu tak berapa nak menjadi. Jadi aku bagi, kosong HA.”

“Betullah. Aku rasa dia pun suka kau.” Aku cuba yakinkan Sabiha.

“Mengarutlah kau ni. Dia baru kenal aku.”

“Habis kau dah kenal dia setahun ke? Kau pun baru kenal dia, tapi kau dah suka dia, kan? So, tak peliklah kalau dia pun suka kau, kan?” hujahku. Sabiha seolah-olah sedang berfikir.

“Kau tengoklah dia tu. Sekali melintas, kucing betina pun toleh dua kali, tahu? Penyebar virus T.I. Takkanlah dia suka kat aku. Aku bukannya cantik macam kau.” Sabiha merendah diri.

“Memanglah kau bukannya cantik macam aku. Kau cantik macam kau. Kau cantik la, Biha. Kau rasa aku cantik dari aku. Tapi aku pula rasa kau cantik dari aku. Cantik itu subjektif, Biha. Aku yakin di mata Hariz tu, kau mungkin perempuan paling cantik yang pernah dia nampak.”

Sabiha ketawa pula.

“Kau ni.. macam dia jatuh cinta dengan aku pula. Entah-entah dah ada makwe.”

Aku terdiam. Kali ini tidak menafikan. Kalau ikutkan, lelaki kacak mana yang tak punya buah hati? Tapi Sabiha yang cantik pun masih tiada teman istimewa. Tapi, Sabiha perempuan.

“Siapa tahu? Mungkin dia dah single. Sebab tu dia try kau.”

“Dah makin mengarut pulak kau ni. Aku baru je kenal sikit dengan dia. Entah-entah kat belakang aku, perangai entah apa-apa. Entah-entah buaya,” cebik Sabiha.

Sabiha selalu macam ni. Bila suka lelaki, menggeletisnya mengalahkan pacat mengensot. Lepas tu bila mula serius, mulalah perasaan ragu-ragunya muncul. Takut sangat hatinya dipermainkan. Percaya atau tidak, Sabiha tak pernah bercinta. Sekadar penuhkan koleksi Encik Candy Crush dia dan miang mulut di depanku.

“Kau berkawan la dulu.”

“Sedang berkawan la ni. Aku berkawan dengan semua orang. Taknak expect lebih.”

“Kau cakaplah apa-apa pun, Biha. Aku yakin Hariz kalau tak banyak pun, pasti sikitlah suka kau. Buktinya, kau cakap tiap kali kau datang tengok dia practice, mesti dia datang tegur kau, kan?” Aku cuba membuka mata Sabiha.

“Macam tadi, kenapa dalam ramai-ramai perempuan yang duduk kat sini, dia datang tegur kau?” kataku lagi.

“Dan kenapa, bila dia tengok kau dan aku, nama kau yang dia sebut dulu?” tambahku lagi.

“Yang membuat aku kagum, sekali pun dia tak pernah pandang perempuan lain sedangkan kau pun nampak macam mana dia menjadi tumpuan semua perempuan tadi, kan? Jadi kau boleh tolak teori yang mengatakan dia adalah kaki perempuan.” Aku memuji pula.

“Dia hebat. Kapten bola sepak universiti kut. Penuh populariti. Semua mesti kenal dia,” puji Sabiha.

“Kau pun hebat apa? Presiden persatuan. Bekas ahli MPP,” pujiku. Sabiha tak kurang hebatnya walaupun dia gila-gila. Walaupun kadang-kadang blur bila kena bahan dengan aku yang kuat loyar buruk ni.

“Lagi.. kau unik, Biha. Cuba cakap perempuan mana lagi yang baca majalah Maskulin?”

Kali ini laju tangan Sabiha tepuk belakang bahuku. Aku ketawa sebelum gosok-gosok bahuku. Boleh tahan pijar juga penangan Sabiha.

“Kau ni..” Suara Sabiha marah-marah manja sebelum turut ketawa.

“Kau nak uji teori aku tak?” Aku angkat kening beberapa kali.

Mencerun mata Sabiha pandang aku. Curiga. Bukan dia tak tahu aku ni bukannya boleh dipercayai sangat.

“Teori apa?”

Aku sengih dulu.

“Kita duduk sini sampai Hariz habis practice. Kalau lepas habis practice dia datang tegur kita atau lebih spesifiknya kau, maka dia sebenarnya suka kau. Kalau dia tak datang, hmm.. kau faham-fahamlah. Amacam?”

Sabiha berfikir sejenak. Muka nampak ragu-ragu. Pasti takut kecewa kalau Hariz tidak datang menegurnya. Maklumlah.. stadium ni luas.

“Okey ke tak? Kita borak-borak sampai dorang habis latihan. Masa ni la nak test, Biha. Sebelum perasaan kau padanya bertambah mekar. Sebelum kau jatuh suka lebih dalam.” Amboi.. bahasaku!

Sabiha cuma diam. Diam tanda setuju. Aku terus sengih. Aku berdoa sangat-sangat supaya si Hariz tu tergerak hati menoleh ke arah kami sebelum dia balik nanti.

     -------------

Pagi-pagi lagi, aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon. Aku mendengus geram. Siapa pula yang dengki dengan aku ni? Awal-awal pagi lagi dah kacau tidurku. Dengan mamainya aku meraba-raba sebelahku. Mencari telefon bimbitku yang masih seronok berkonsert.

Pertama kali aku rasa lagu Growl dari kumpulan EXO buat aku rasa nak baling telefon keluar tingkap. Biar bergimrama dalam mana-mana lopak air. Tapi, memandangkan telefon Sony Xperiaku bukan seringgit dua, aku batalkan niatku itu. Tetap gigihkan hati untuk melekapkan telefon itu ke telinga.

“Helo.”

“Helo, Hazel!! Dia ajak aku keluar dating,” jerit pemanggil di hujung sana. Buatkan aku terus jauhkan telefon itu dari telingaku. Aku taknak, muda-muda lagi dah jadi pekak.

“Kau, Biha. Ada apa kau jerit pagi-pagi ni? Kacau aku nak tidur betullah.” Suaraku penuh dengan rasa tak puas hati. Aku alihkan posisi tubuhku dari mengiring ke menelentang. Mata dah segar. Terima kasih kepada Sabiha yang sudah menjadi penggera bergerakku pagi ini.

“Hariz ajak aku keluar dengan dia.” Gembira sungguh suara Sabiha.

“Aku ingat apa dia la tadi? Kutlah tiba-tiba hujan emas ke, sekarang juga aku bawa baldi  keluar pergi tadah. Hariz ajak kau keluar rupanya.” Kemudian baru tersedar.

Wait.. Hariz si Gorilla Kuning tu ajak kau keluar dating?” soalku meminta kepastian. Sabiha ketawa.

“Dia tak cakap dating. Dia cakap ajak keluar. Saja aku nak fefeeling dating? Haha. Dia cakap semalam. Tapi aku lupa nak cakap kat kau. Tolong aku, Hazel.”

Diam-diam aku senyum. Hariz dah mulakan langkah untuk memikat Sabiha. Kan aku dah cakap dulu. Hariz sukakan Sabiha. Terimbas kembali peristiwa yang semalam. Ketika aku dan Sabiha sedang menguji teoriku.

Beberapa minit sebelum pukul tujuh malam, jurulatih pasukan bola sepak mengizinkan anak buahnya untuk bersurai. Aku nampak Hariz bergelak ketawa dengan kawan-kawannya. Selesai bersalam sesama mereka, Hariz kembali ke beg sukannya.

Hariz mula berkemas. Bila dah siap, dia menggalas begnya di sebelah bahu sebelum mula berjalan. Di tempat dudukku, aku dan Sabiha masih pegun. Diam-diam aku pandang Sabiha. Aku berdebar melihat Hariz yang mula meninggalkan padang. Rasa menyesal pula sebab dah lontarkan teori bodohku itu. Apatah lagi apabila melihat wajah Sabiha di sebelah bagaikan cuba menahan kecewa.

“Dahlah.. jom balik,” ajak Sabiha. Dia mula berdiri. Okey.. kalau tadi rasa menyesal, sekarang rasa nak hantuk kepala ke dinding sebaik sahaja melihat Sabiha yang jelas-jelas sedang memujuk perasaan sendiri.

Aku pula masih kaku di situ. Sabiha yang mula melangkah dipandang. Kemudian pandanganku ditala ke tengah padang. Aku nampak Hariz turut pegun di tempatnya seolah-olah sedang fikirkan sesuatu. Dia mengeluh sebelum perlahan-lahan kepala ditolehkan ke arah kami. Dia nampak aku sebelum matanya cepat dilarikan untuk mencari seseorang. Terhenti pada Sabiha.

Dipendekkan cerita, Hariz datang tegur Sabiha. Dia siap mahu berbudi dengan menghantar kami berdua balik kolej kediaman dengan keretanya. Maka, teori aku diterimapakai dan malam itu, Sabiha tidur dengan senyuman.

“Boleh tak, Hazel?” Suara Sabiha buatkan aku kembali ke alam nyata. Apa yang bolehnya?

“Kau cakap apa tadi? Aku tak dengar,” soalku balik.

“Kau ni. Penat aku membebel sorang-sorang tahu?” marah Sabiha.

“Eh, helo.. siapa yang telefon siapa lepas subuh ni? Aku ni dahlah tak boleh sembahyang. Kau dah kacau nikmat tidur aku, tahu?” Aku pula naik angin.

Sabiha cuma ketawa.

Okay.. sorry.. sorry. Macam ni. Hazel.. kaukan tak balik kampung minggu ni. Kau kan lagi kawan baik kesayangan aku. Jadi.. aku nak minta tolong kau. Jomlah teman aku keluar dengan Hariz. Bolehlah, Hazel. Bolehlah.”

“Gila kau! Kau ingat aku ni setan? Nak jadi orang ketiga antara korang?” Tinggi suaraku. Ada ke ajak aku ikut serta dia nak dating dengan Hariz?

“Ada ke banding dengan setan?” Sabiha ketawa.

“Bukan orang ketiga, tapi orang keempat. Hariz cakap dia datang dengan kawan dia. Jadi, takkanlah aku nak pergi sorang-sorang. Seganlah aku nanti, Hazel. Kau tak kesiankan aku ke? Tersepit di antara dua jejaka terhangat nanti? Kalau jadi dorang nak apa-apakan aku, siapa nak tazkirahkan dorang?” Sabiha mula berdrama.

“Dia datang dengan lelaki? Lagilah tak okey, Biha. Orang tengok tak pasal-pasal cakap double dates. Aku ni dah tunang, Biha oi. Gila kau? Tak pasal-pasal Iwan cincang aku hidup-hidup.” Aku enggan. Aku tak mahu dituduh curang pula.

“Keluar berempat lagi elok dari berdua, Hazel. Takdenya orang nak cakap macam tu. Kau cakaplah kau temankan aku. Nak cegah kemungkaran. Tak elok dibiarkan keluar berdua. Tak gitu?” Pandai pulak Cik Presiden kita ni bercakap ya?

Please la, Hazel. Please.. kau mintalah izin dengan Iwan dulu. Sekurang-kurangnya dia tahu dari kau kalau-kalau ada orang ternampak kau nanti.” Sabiha mula merayu.

Aku mengeluh. Nasib baik kawan.

“Hari ni pukul berapa? Kat mana?” Aku mengalah. Tak pernah-pernah aku jadi chaperon orang keluar dating.

Tapi.. kira baguslah si Hariz ni sebenarnya kalau tak mahu keluar berdua dengan Sabiha. Mungkin dia pun turut segan untuk kali pertama mereka keluar. Kalau ramai, adalah modalnya untuk berbual.

“Yay… sayang kaulah, Hazel. Hari ni, pukul 10.00 pagi. Pavillion. Nanti kau datang ambil aku, ya?” Ceria suara Sabiha. Bertuah punya kawan. Hari ni nak keluar, hari ni baru dia nak bagitahu aku. Nasib baik aku tak ke mana-mana.

“Hmm.. ya la.”

Thank you, Hazel. Aku sayang kau. Nanti aku belanja magnum ya?”

“Aku nak sekotak.”

Sabiha gelak.

“Yalah.. yalah.. sebab kau kawan aku, jangankan sekotak, selori magnum aku sanggup. Dengan abang-abang driver lori magnum tu aku bagi kat kau, Hazel.”

Aku ketawa.

“Gila. Driver lori buat apa. Baik bagi aku anak CEO kompeni Walls tu.”

Giliran Sabiha pula mengekek ketawa.

“Eh, nanti si Gorilla Kuning tu bawa siapa dengan dia?” Aku berminat untuk tahu. Aku rasa memang melekat dah panggilan Gorilla Kuning tu pada Hariz. Haha.

“Entahlah. Gorilla Hijau kut. Manalah aku tahu.”

Berdekah aku ketawa mendengarnya.

“Agak-agak Gorilla Hijau tu handsome macam dia tak? Kalau tak, boleh aku cuci mata.” Aku gelak gatal.

“Kau Hazel.. jangan nak buat hal. Aku repot kat Iwan nanti,” ugut Sabiha.

Aku ketawa. Datanglah lelaki sekacak mana pun, aku akan terus setia dengan Iwan. Selagi aku bergelar tunangnya.

7 comments:

  1. Apa kah Hariz adik beradik dgn Dr Hilman ?🤔🤔🤔

    ReplyDelete
  2. I think Gorilla Kuning suke dekat Hazel. Sabiha misunderstood. Hazel pon salah tafsir. N maybe Hariz tu adik Hilman. Double date nanti ngan Hilman. Muahaha. X sbar nak bace nexttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Omg sis!...sy pon terfikir benda yg sama mcm sis *~* mesti si hariz tu suka hazel lepastu gorilla hijau tu hilman... > < mesti si Iwan tu nanti curang ^ ^

      Delete
  3. Mcm ada bau2 hazel x lama ngan iwan je...

    ReplyDelete
  4. Gorilla hijau 🤔🤔🤔🤔???

    ReplyDelete
  5. Adakah yg anjel terlanggar dulu tu hariz? Baby tuuu.. and hariz dgn hilman ni adk beradik.. curious wehh.. anjel, sambung lagi pliss.. 😍😍😍

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )