Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Friday 13 April 2018

Dheo's (BAB 18)


BAB 18

Bye, Rissa! Good luck exam.”

Bye, Rissa! Nanti exam jawab betul-betul.”

Seorang demi seorang berlalu, memberikan kata-kata semangat untukku  menjawab peperiksaan nanti. Rasanya, satu department dah tahu hari ni merupakan hari terakhir aku bekerja sebelum aku bercuti untuk peperiksaan.

Jadualku dah terbiasa dengan pergi belajar dan pergi kerja. Hotel ini bagaikan separuh kehidupanku. Bila aku dah cuti nanti, mesti aku rasa rindu nanti. Tapi.. itu tak bermakna aku tak boleh datang melawat mereka, kan?

 Aku thumb print dulu sebelum tukar pakaian. Menandakan tamat sudah shif aku untuk hari ni. Aku periksa loker sekali lagi. Nak pastikan tiada apa-apa yang tertinggal. Maklumlah.. nak cuti lama.

Lepas dah yakin tiada apa yang tertinggal, aku berjalan keluar dari bilik rehat staf itu. Sesekali terserempak dengan staf lain, tiap kali itulah ada yang mengucapkan selamat berjaya untukku.

Amin. Aku harap dengan doa setiap orang, Allah permudahkan aku untuk menjawab kertas peperiksaan. Walaupun hanya dua. Aku juga berharap aku mendapat dekan untuk semester ini.

Berat hati nak tinggalkan hotel ni, entah kenapa. Cuma satu aje dalam kepalaku. Bila lama aku bercuti, maka lamalah juga aku tak dapat tatap mata sejuk beku Dheo Han itu.

    ---------

Pagi-pagi lagi aku dah bangun awal. Bersiap. Nak exam? Bukan.. belum masanya lagi! Masih ada seminggu lagi. Aku bersiap awal-awal sebab nak pergi ke kubur arwah ayah dan ibu. Biasanya aku hanya berkesempatan untuk pergi bila aku cuti.

Lepas sarapan, aku kenakan tudung. Sarapan cuma biasa-biasa. Hanya roti bakar bersalut kaya dan secawan coklat panas. Tanpa kenakan secalit mekap pun, aku keluar rumah. Kunci segala pintu sebelum menghala ke pintu pagar rumah.

Aku bercadang untuk berjalan ke tanah perkuburan. Kalau diikutkan, lebih kurang sepuluh minit berjalan. Sebab itulah aku pakai sandal yang selesa. Jadi tak adalah kaki macam nak patah dua lepas ni. Tiada tas tangan dibawa. Maklumlah, nak pergi kubur, bukannya pusat beli belah.

Hanya bawa telefon dan kad pengenalan. Adalah duit sikit untuk digunakan sebagai kecemasan. Sekaki payung turut dibawa sekali. Bersiap sedia kalau panas bila nak balik nanti. Kegunaan kedua, self-defence. Kutlah tiba-tiba jumpa perogol tengah-tengah jalan. Bolehlah perogol tu rasa macam mana kena rogol dengan payung!

Siap mangga pintu pagar rumah, tiba-tiba ada satu kereta putih berhenti betul-betul depan aku.

Déjà vu!

Bezanya aku tak kena hon. Dan kali ini kereta berbeza. Audi. Bila tuan kereta keluar, keningku berkerut sedikit. Cuba mengecam.

Pakai Ray Ban macam Lucca. Tinggi. Tapi tak setinggi Lucca. Tiada five o clock shadow macam Lucca. Takkan salah rumah kut? Tapi.. macam pernah kenal. Bila dah tiba di depanku, cermin mata hitamya itu dibuka.

“Arrayan?” Pelik yang amat.

“Nurissa.” Dia tundukkan kepalanya sikit ketika menyapaku.

Dah kenapa layan aku macam aku ni Dheo? Tunduk hormat bagai.

Aku angguk sekali. Dan dah kenapa pulak aku ni gaya dah macam Dheo? Angguk sekali bila disapa.

“Ada apa awak ke sini?” soalku. Sedikit canggung. Maklumlah.. aku tak berapa kenal dia. Jumpa pun sekali. Cakap pun jarang-jarang.

“Saya ganti Lucca,” jawabnya. Muka macam tak ada perasaan.

“Ganti Lucca?” Tak faham. Ganti Lucca sebagai apa?

Dia angguk.

“Ganti Lucca jadi driver Nurissa. Sedia berkhidmat untuk Nurissa,” jawabnya lagi.

“Lucca pergi mana?” Aku tertanya-tanya.

“Dia ikut Dheo. Balik Sicily.”

Terdiam. Hati rasa sesuatu. Kecewa. Juga sedih. Dan rasa nak merajuk juga. Mereka pergi tanpa memberitahuku pun. Aku tahu aku takkan jumpa mereka untuk jangka masa yang agak lama sebab bercuti. Tapi bila tahu mereka dah pergi jauh, apatah lagi luar Malaysia, hati rasa sedih juga.

“Kenapa?”

Dia diam. Okey.. itu tandanya dia takkan jawab soalanku. Atau Dheo dah arahkan dia supaya jangan beritahu aku. Sebagai anak buah yang setia, aku ugut nak minum Clorox pun, kalau dah Dheo kata jangan cakap, maka dia takkan cakap. Pasti!

“Berapa lama?” Aku tukar soalan.

“Dua minggu.” Kali ini dia jawab.

Mak ai.. lamanya? Tertanya-tanya, ada urusan apa? Kalau Arrayan tak nak jawab, maksudnya bukan atas urusan kerja. Paling tidak bukan urusan La Prince. Adakah ini ada kaitan dengan urusan sulit Dheo?

“Arahan Encik Han?” soalku lagi. Aku yakin mesti ada.

Protect you. Be your shadow.”

Aku mengeluh. Tak pelik kalau arahan tu keluar dari mulut Dheo. Dheo tak ada pun, mata-matanya tetap ada. Tapi anehnya aku dah macam biasa. Dah reda.

“Awak nak pergi mana?” tanya Arrayan. Aku diteliti dari atas sampai bawah. Maklumlah.. pakai baju kurung.

“Nak pergi kubur ayah dan ibu saya. Rindu nak ziarah mereka,” jawabku jujur.

Dia terdiam sekejap.

“Kalau macam tu, jomlah saya hantarkan,” pelawanya.

Aku cuma angguk. Dia bukakan pintu kereta untukku. Nasib baik bukan pintu belakang tapi sebelah pemandu. Macam Lucca. Gentleman. Muka tak ada perasaan pun masih tetap gentleman.

    --------

Canggung. Arrayan di sebelah tenang memandu. Hanya lagu di radio yang kedengaran. Itupun tak berapa sedap. Tapi, aku layankan aje la!

Dia ni pendiam agaknya. Itu tekaanku. Tapi, kenapa dengan Nafisha asyik nak bertekak dua puluh empat jam? Mungkin Nafisha tu catalyst yang boleh didihkan darah Arrayan. Mungkin juga Arrayan ni masih tak biasa denganku.

“Dah lama kerja dengan Dheo?” korekku. Suka menyiasat insan-insan yang dekat dengan Dheo. Orang kepercayaan Dheo.

“Hampir tiga tahun,” jawabnya.

Tak adalah selama Lucca kenal Dheo.

“Macam mana boleh kenal Dheo?”

“Dia kawan abang saya, Arrazi. Dipendekkan cerita, saya kerja di bawah Dheo.”

Aku angguk-angguk. Dalam nak berceritanya, rahsia tetap tersimpan rapi. Cerita mudah lagi ringkas.

Confidential?”

Very.” Dia bagaikan tahu-tahu aje walaupun soalanku itu sangat umum.

Aku senyum sikit. I like him!

No wonderlah Fisha cakap awak ketua kongsi gelap.”

Aku nampak tubuhnya sedikit mengeras. Kemudian mata berubah sedikit marah.

“Perempuan tu memang nak kena cekik la!” Perlahan bebelannya tapi telinga aku sempat tangkap.

Entah kenapa, aku rasa kelakar. Arrayan selalu cakap kasar dengan Nafisha. Aku pun pernah dengar. Tapi sekali pun aku tengok Arrayan tak pernah berkasar secara fizikal dengan Nafisha. Kalau pernah, masakan Nafisha sikit pun tak rasa gerun. Malah makin seronok mengapi-apikan keadaan.

So I take it as no?”

Of course no! If anything, it’s not something illegal. Breaking the laws are our things but we never do something illegal.”

Breaking the laws?” Aku telan liur.

It’s just, when laws do us no justice, we seek it our ways. Nothing bad.”

Aku tak bertanya lagi. Diam.

   -------

Hampir dua jam juga aku duduk di sebelah pusara arwah ayah dan ibu. Melepaskan rindu. Lakukan apa-apa yang perlu. Bacakan surah yasin. Baca doa untuk kedua-duanya. Rumput-rumput yang mula panjang aku cabut. Bila dah nak balik, hati berat juga nak tinggal. Tapi aku tahu tak mungkin aku berkampung sampai malam di sini.

Arrayan pun turut berada di sisiku. Dua jam aku di situ, dua jam jugalah dia setia bersamaku. Kesian juga dia. Tapi bila aku suruh dia balik dulu, dia hanya geleng kepala. Sudahnya, dia turut membacakan yasin untuk mereka.

Ada hikmah juga Arrayan yang datang hari ni. Kalau Lucca, mesti dia kena tunggu di dalam kereta. Maklumlah, dia bukan Islam. Aku rasa, mesti dia pun segan nak berada di tanah perkuburan Islam.

Aku dan Arrayan kembali ke kereta. Arrayan bertanyakan aku tentang destinasiku setelah ini. Aku cuma jawab rumah. Tak rasa nak keluar ke mana-mana hari ini. Arrayan hanya mengikut kataku. Betul-betul jadi driver aku.

“Ayah awak baru dua bulan lebih meninggal dunia.” Arrayan tiba-tiba memecahkan sunyi antara kami.

Aku diam dulu. Tak pula aku tanya macam mana dia tahu. Mesti dia dah nampak pada batu nisan.

 “Haah.. ada komplikasi masalah jantung.” Aku senyum hambar.

“Mak awak?”

“Kanser rahim. Dah lama dah.”

You look strong for someone who has no one.” Suaranya seakan-akan kagum denganku.

“Sebab saya tak ada sesiapa la, saya kena kuat. No one to rely on. If I dwell in my sorrow, what would I get? Depression? Semua tak dah jadi. Qada dan qadar Allah. Hidup mesti diteruskan. Sedih memanglah sedih. But I have to move on,” jawabku. Sebak di hati cuba ditahan. Masih sensitif. Tapi bukan tahap aku menangis meraung bila orang bertanya.

“Kuasa Allah tak terjangkau. Saya pernah accident teruk. Koma setahun. Doktor pernah cakap harapan saya untuk hidup untuk tipis. Look at now, I’m breathing. Healthy. Dan arwah ayah yang selalu nampak sihat, tiba-tiba boleh pergi macam tu aje.”

In the life and death situation, Allah chooses me to live. Nyawa saya dipanjangkan. I think it’s an insult to Allah kalau saya sia-siakan hidup saya. I have to appreciate life and move on.”

Terdiam Arrayan seketika.

“Kedua-dua orang tua saya pun dah meninggal dunia. Serentak. Dalam kebakaran lima belas tahun lepas. I was just twelve.” Dia buka cerita. Jelas kedengaran keperitan dalam suaranya meskipun peristiwa itu dah lama berlaku.

Hati rasa sesuatu. Dia masih kecil masa tu. Tak terlalu kecil untuk tidak mengingati peristiwa itu. Dan tak juga terlalu besar untuk hidup berdikari setelah itu. Impaknya pasti terasa. Hilang kedua-dua orang tua pulak tu.

Fortunately, ada abang masa tu. He took care of me. Still take care actually,” sambungnya lagi. Cerita yang ringkas, tapi aku tahu ada kisah di sebaliknya. Bukan urusan aku untuk bertanya.

   ---------

Kereta berhenti betul-betul di depan pintu pagar rumah. Aku capai tempat duduk belakang. Ambil payung. Kemudian pandang ke arah Arrayan.

“Terima kasih sebab dah jadi ‘driver’ saya hari ni.” Aku berkata sambil quote perkataan driver itu dengan jari.

Arrayan senyum segaris.

My pleasure.”

Kemudian nampak dia keluarkan iPhone X dia.

“Saya nak nombor telefon awak. Ada apa-apa nanti, senang,” katanya.

Aku hanya memberitahunya tanpa ragu. Sebab tahu dia cuma jalankan tugasnya. Atas arahan Dheo Han.

Bila fikir balik, kenapalah Dheo buat macam ni? Macam aku ni perlukan perlindungan dua puluh empat jam.

Oh, lupa! Aku dah tahu dia siapa. Aku pernah nampak dia siapa. Sebab itulah bermula dari saat itu, aku di bawah perhatiannya. Bak kata Dheo, ‘I have eyes on you.”

“Okey.. saya masuk dulu. Nanti kirim salam dekat Fisha,” kataku pula. Aku tahu Nafisha masih tinggal dengannya. Atas sebab apa, aku masih tak tahu.

Dengar aje nama Fisha, terus mendengus Arrayan. Geleng kepala aku melihatnya.

“Yalah. Nanti saya sampaikan.” Tapi tetap menjawab.

“Awak pun, kalau nak pergi mana-mana tolong beritahu saya,” sambungnya lagi.

Tak tahu nak angguk ke nak geleng? Tapi apa-apa jawapanku tak penting. Sebab tengok aje la hari ni. Tak cakap apa-apa pun, muncul jugak dia depan rumah. Aku tak tahu la kepakaran apalah yang anak-anak buah Dheo ni ada. Macam tahu-tahu aje aku nak keluar rumah.

Like boss, like staffs!

Aku buka pintu kereta. Ingin melangkah keluar.

“Kenapalah semua nak kena ikut aku?” Aku membebel perlahan. Tak sangka pula Arrayan dengar.

Nampak bibirnya tersungging satu senyum yakin.

Easy. Because you’re Dheo’s.”

Arrayan hon sekali sebelum aku melihat dia memecut keretanya laju.

I’m Dheo’s? Dheo’s what?

   --------

Aku berjalan ke arah pintu pagar rumah. Ketika aku ingin melalui pintu pagar kecil yang khas untuk pejalan kaki, mataku terpaku pada kotak peti surat. Bagaikan ada sesuatu. Lalu aku mengambilnya.

Kotak. Bersaiz sederhana besar. Di atasnya ada sekuntum bunga ros putih. Dada berdebar melihatnya. Dalam kepala cuma satu.

Encik Duri.

Aku mengambilnya sebelum membawanya masuk ke dalam rumah. Aku duduk di atas sofa sebelum membuka kotak itu. Tertanya-tanya isinya.

Di dalamnya ada beberapa keping poskad. Ada juga beberapa gambar polaroid. Kesemuanya adalah gambar aku. Ada juga set untuk melukis. Seolah-olah memoriku dulu.

Hati rasa sesuatu. Entah kenapa. Ketika melihatnya, rasa macam sesuatu yang hilang. Aku capai poskad-poskad itu.  Belek-belek belakangnya.

University Of Nottingham

Venice

Paris

Itu yang tertulis di setiap poskad itu. Aku menunggu sesuatu untuk muncul dalam fikiranku. Apa-apa memori. Sayangnya, hampa. Aku tak dapat ingat apa-apa, macam mana aku dapat poskad-poskad itu.

Aku letak balik poskad-poskad itu di tepi. Capai pula berberapa keping gambar polaroid. Satu persatu aku belek dan tatap. Melihat gambar-gambar itu, aku tersenyum sendiri. Betapa gembiranya aku dalam gambar-gambar itu. Senyum lebar. Nampak betul-betul bahagia.

Kesemua gambar itu menampakkan aku satu badan. Bergaya bebas. Carefree. Periang. Buatkan aku tertanya-tanya, siapakah yang menangkap gambarku itu? Pasti seseorang yang dekat denganku. Encik Duri?

Aku senyum lagi. Betapa aku mahu kembali ke masa lalu. Tapi senyumanku tiba-tiba mati. Kemudian dahi berkerut. Kalau betul Encik Duri yang hantar, kenapa dia tak muncul-muncul sampai sekarang? Kenapa hanya kirimkan semua ni? Kenapa dia sendiri tak muncul dan serahkan semuanya kepadaku. Siapa dia padaku?

Keliru.

Aku letak gambar-gambar tersebut di atas poskad-poskad tadi. Isi kotak itu dilihat lagi. Set alat melukis. Buku lukisan. Pensil. Berus cat. Dan set water color. Nampak agak lama. Mungkin dah beberapa tahun.

Buku lukisanku dicapai. Helaian demi helaian aku selak. Macam-macam lukisanku dulu. Aku tiada memori tentangnya. Tapi aku rasa kagum. Dia tiap hujung lukisan itu, pasti ada tandatanganku.

Rose

Ada satu lukisan yang menarik minatku. Wajahku juga bertukar serius. Lama aku tenung lukisan itu. Itu cumalah satu ilustrasi. Seorang perempuan sedang merenung ke arah bulan. Bagaikan sedang menunggu. Hatiku dipagut rasa sesuatu. Sedih.

The Juliet

Itu nama lukisan itu. Tiada tertulis di situ, tapi aku tahu. Sebab aku tahu aku yang melukisnya. Dan tiba-tiba bayangan aku sedang melukis lukisan itu menjelma. Sarat dengan emosi ketika itu. Hanya itu sahaja yang aku ingat.

Tiba-tiba ada setitik air mata jatuh. Aku tak faham kenapa air mataku keluar. Yang aku pasti, lukisan ini pasti punya ceritanya sendiri. Pasti sesuatu telah terjadi padaku dulu. 

Kenapa? Aku pernah putus cinta ke? Patah hati? Cinta bertepuk sebelah tangan? Atau cinta tak kesampaian?

Banyak persoalan, tapi satu pun aku tak punya jawapan. Tapi bersyukur. Sekurang-kurangnya ada juga perkara yang mampu membuatkan aku ingat walaupun cuma sekali imbas.

25 comments:

  1. Tak sabar nak peluk novel...2mgu lg 😍😍

    ReplyDelete
  2. Fighting kak anjell...semoga kerja akak diberkati😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘

    ReplyDelete
  3. Dup dap dup dap nak menanti kemunculan Dheo

    ReplyDelete
  4. Bila keluar novel ni, Anjell? Banyak sangat persoalan buat hatiku resah.

    ReplyDelete
  5. Excited nk peluk dheo sgt ni 😍

    ReplyDelete
  6. novel ni akan terbang ke kota kinabalu sabah ke? suka sangat dengan novel2 anjell

    ReplyDelete
  7. x sabar tunggu PBAKL...RUNNER TOLONG SIGN BUKU DHEO UNTUK SAYA..😅😅

    ReplyDelete
  8. i'm dheo's?. .wahhh . .nurissa u r lucky girl. ..kita tgu dheo kat pbakl nnti ..yahuuu

    ReplyDelete
  9. bakal jd goreng pisang panas mcm DAM jugak ni Dheo's di PBAKL nnt..huhu..hrp2 sempat grab..

    ReplyDelete
  10. Bila pre oder? Saya nun jauh d sabah x dpt ke PBAKL....

    ReplyDelete
  11. penuh dengan misteri citer ni kak anjell. nk lagiiii

    ReplyDelete
  12. aduhhh yaa ampunn makin tak sabar nak baca novel ni.. cepat lah kluar..

    ReplyDelete
  13. Haih... makin sedap la anjell. Serius... misteri betul dheo n friends.

    ReplyDelete
  14. tak sabar nak baca sambungan nii..dheo and nurissa,i'm waiting!

    ReplyDelete
  15. kt PBAKL ada ye? Dheo's ni?

    ReplyDelete
  16. Encik Duri = Dheo Han right?
    It’s already too much complicated secret for me to wait and I can’t handle if Encik Duri is a whole new different person. On that note, I kinda miss Dheo in this post. 😞

    ReplyDelete
  17. owh x sabarnya nak tunggu cerita ni seterusnyaa, mmg wajib beli nihh.. terjumpa blog ni hari ni, 2 jam x buat apa2 kerja..huhu, mujur boss i cuti panjang, if not mampus kena marah

    ReplyDelete
  18. I am hoping the same best work from you in the future as well. Thanks. Let make your life even better with game sims 4 cheats

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )