Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Monday 12 October 2015

Dr. Alpha Male (BAB 3)


BAB 3

“Aku rasa aku macam pernah nampak la muka dia.” Masuk kali ni, aku rasa nak dekat sepuluh kali jugaklah aku dengar Sabiha ulang ayat sama.

“Dah dia kat kampus ni, mestilah kau pernah terserempak dengan dia kat mana-mana.” Aku jawab. Karang kalau aku diam, mesti dia ulang lagi ayat tu untuk kali kesebelas.

“Bukanlah. Bukan dalam kampus ni.”

“Dah bukan dalam kampus, kat luar kampus la kut.” Aku jawab malas. Sedut air seringgit yang baru dibeli di kafeteria tadi. Hari ni mood aku nak melepak di bilik Sabiha sebelum balik rumah sewa. Sabiha memang tinggal di kolej kediaman kampus ini.

Sabiha cuma diam. Tenggelam dalam dunia dia. Gigih betul mengingat di mana dia jumpa Dr. Hilman itu. Sepanjang Dr. Hilman muncul dalam hidup aku, hari-hari aku dengar nama dia. Bosan pun ada.

“Haa!”

Aku terkejut bila dengar suara kuat Sabiha tu. Nasib tak tersembur air yang aku minum. Aku pandang dia. Muka bercahaya menunjukkan apa yang dicari dah dijumpa. Alhamdulillah.. akhirnya! Tak payah dah aku nak dengar soalan dia yang kesebelas.

“Aku ingat dah! Aku tahu dah kat mana aku pernah nampak muka dia.”

Belum sempat aku balas apa-apa, Sabiha dah bangun. Dia selongkar barang-barangnya sementara aku pula lebih selesa menjadi pemerhati. Apalah kawan aku buat ni? Nasib baiklah dalam bilik. Kalau di luar, mesti orang dah ingat adik beruk sebab panjat-panjat macam tu.

Tak lama lepas tu, dia datang balik bersama sesuatu. Macam majalah. Majalah apa, aku tak tahulah pulak. Dibelek-belek majalah itu. Sengih lebar dulu sebelum majalah itu dibentangkan di depan aku.

“Haa.. kan betul! Ni.. kau tengok gambar ni!” Bukan main bersemangat Sabiha.

Aku pandang apa yang ditunjukkan Sabiha.

“Kenapa kasut ni warna merah?” Aku soal Sabiha.

“Ya.. Allah, kau ni! Aku suruh tengok gambar orang ni, bukan gambar kasut kat iklan ni!” Suara Sabiha macam nak terajang aku dari tingkat lima kolej kediaman ini. Aku gelak.

“Cakaplah awal-awal suruh tengok gambar orang. Ni pun gambar jugak.” Lagi aku menjawab. Taknak kalah.

“Kau ni, bukan nama je pelik. Perangai kau lagi pelik aku rasa. Ni kalau aku tunjuk benda ni kat orang lain, mesti orang tahu aku suruh tengok gambar orang ni. Sebab semua orang akan setuju gambar ni jauh lebih menarik daripada kasut ni. Takde la pulak nak tanya aku kenapa kasut ni warna merah,” bebel Sabiha geram.

Aku ketawa lagi. Kemudian kembali sedut air kelapa bila tekak rasa kering sebab asyik ketawa. Mata pandang gambar yang ditunjukkan Sabiha. Terkejut. Terkejut sampai nak tersembur air yang aku minum tadi. Tapi aku sempat tahan sebelum menelannya. Meleleh sisa air di hujung bibir sebelum menitik ke atas majalah itu. Cepat-cepat aku sapu.

“Kut ya pun nak drooling, tak payahlah sampai menitik atas majalah aku ni. Nasib baik tak kena muka dia.” Sabiha mengusik.

Aku buat tak layan dengan usikan Sabiha itu. Banyak la dia punya drooling.

“Baik drooling la daripada aku sembur betul-betul kat muka kau, kan?” balasku. Sabiha ketawa.

Buat tak peduli dengan Sabiha, mata mula meneliti. Gambar seorang lelaki yang memakai seluar jeans dan berkemeja hitam yang agak sendat dan mengikut bentuk tubuh badannya yang penuh maskuliniti itu. Gaya yang penuh metroseksual. Wajah penuh keyakinan dan keegoan tanpa senyuman. Pandangan mata yang boleh tembus kalau masuk jantung mana-mana anak dara orang.

Itu gambar pertama. Gambar kedua, wajahnya lebih lembut tapi tetap terserlah aura kelelakiannya. Kalau gambar pertama menyerlahkan keegoan lelakinya, gambar kedua pulak membayangkan dia adalah seorang yang mesra. Senyum manis dan macam biasalah, lesung pipitnya memang cantik.

Wow.. ni orang yang sama yang mengajar aku subjek Research and Statistics tu ke? Terkedu jugak aku seminit meneliti gambar yang ditunjukkan Sabiha tu.

“Haa.. kan betul! Memang dia, kan?” Suara Sabiha buatkan aku kembali ke alam nyata. Aku angkat muka pandang Sabiha.

“Cuba kau baca. Memang kena dengan dia aku rasa. Alpha male,” kata Sabiha lagi.

“Oo.. patutlah dia macam tu!”

“Patutlah dia macam mana?”

“Macam serigala.”

“Hazel..” Suara Sabiha bergetar amaran.

“Aku cakap je. Yalah.. alpha-alpha ni biasanya aku jumpa dalam cerita werewolf,” jelasku sebelum aku betul-betul kena terajang dari tingkat lima ni.

“Tu la.. baca lagi cerita-cerita tahyul macam tu.” Giliran Sabiha pula membebel.

Mana ada tahyul. Pasal werewolf la. Nak je aku jawab macam tu, tapi aku cuma diam.  Laju mata membaca tulisan yang tertera di sebelah gambar lelaki sempurna itu.

Sejauh manakah anda sebagai Alpha Male?

Bergelar Alpha Male adalah salah satu pencapaian tertinggi bagi golongan lelaki. Dilabel sebagai Alpha Male, Dr. Hilman Ukasyah tidak pernah sekali pun merasakan dirinya sesempurna apa yang seperti dibayangkan oleh orang lain …

Artikel itu menceritakan tentang diri Dr. Hilman. Latar belakang dia pun ada terselit serba-sedikit. Daripada apa yang aku baca, aku tahu ni bukan kali pertama dia masuk majalah. Bekas model. Dan menjadi model dulu adalah hobi semata-mata. Tak pernah terlintas untuk kembali ke profesion itu setelah serius berkecimpung dengan dunia pendidikan.

Lepas tu puji-pujian melambung daripada editor majalah itu untuk Dr. Hilman macam biasalah, wajib ada. Itu yang yang majalah tu cakaplah. Bukan aku.

“Wow.. lecturer kita bekas model kut.” Aku dengar Sabiha puji. Aku cuma diam. Tak rasa nak komen apa-apa. Dah orang lengkap pakej macam dia tu, tak pelik la kalau jadi model. Kalau aku yang jadi model, itu yang pelik.

Aku sambung baca.

Alpha Male kebiasaanya menjadi tumpuan wanita. Namun, ramai yang menganggap mereka sombong sedangkan hakikatnya mereka tidak pernah tertarik pada tumpuan yang diberikan atau tidak menyedari diri mereka menjadi tumpuan. Sedar ataupun tidak, kebanyakan wanita mengakui ciri-ciri idaman lelaki mereka adalah seorang Alpha Male…

Huh.. ya la tu! Tahu ke tak maksud alpha male tu apa.

Jika anda seorang pria yang mencari cara untuk memikat hati sang gadis, menjadi seorang Alpha Male mungkin dapat membantu anda. Ayuh kita lihat 25 ciri yang ada pada seorang Alpha Male.

Aku tergelak sendiri. Macam tahu-tahu je, majalah itu dah jawab keraguan aku.

1.      Dia adalah dia. Seorang alpha male selalu menjadi dirinya sendiri, malah sangat selesa dengan dirinya sendiri.

2.      Kegagalan itu bukan satu masalah besar dan sangat optimistik. Alpha male tidak pernah menyesal dengan keputusannya.

3.      Tidak takut menjadi ketua malah dia memang dilahirkan untuk menjadi seorang ketua.

4.      Bijak, berani dan berkeyakinan tinggi. Alpha male tidak pernah takut untuk mengetengahkan pendapatnya.

5.      Maskuliniti melambangkan kekuatan. Alpha male gemar menghabiskan masanya untuk membina susuk fizikal yang menawan.

Tak larat dah aku nak baca dua puluh ciri lagi. Setiap ciri yang aku baca, mesti terbayang Dr. Hilman. Macam yang majalah tu cakap, semua tu ada pada Dr. Hilman aku rasa. Makin lama aku baca, makin aku tertarik.

Tak boleh jadi ni. Ada saka ke apa muka surat ni? Terus aku belek-belek majalah tu supaya bayangan Dr. Hilman cepat-cepat hilang. Aku baca pada muka surat yang aku belek tu.

Tips elakkan mati pucuk.

Terus berkerut kening aku.

“Majalah apa kau baca ni, Biha?” soalku. Aku tengok kulit depan majalah tu. Maskulin.

“Kau baca majalah-majalah macam ni?” Tak sempat Sabiha bagi jawapan, aku tanya dia balik. Terus aku tutup majalah tu. Tengok nama majalah pun dah tahu majalah tu untuk orang lelaki.

Sabiha ketawa.

“Bukan aku punya la. Tu abang aku punya. Aku terambik hari tu.”

Huh.. ya la tu! Memang aku dah tahu kawan aku sorang ni memang miang mengalahkan buluh.

“Tapi.. apa salahnya? Boleh tengok lelaki-lelaki hot kut.” Sabiha gelak gatal. Kan aku dah cakap. Tapi, aku kenal Sabiha. Gatal cuma di mulut. Dan gatal hanya bila dengan aku.

Aku pandang jam di tangan. Baru perasan dah lewat.

“Weh.. aku balik dulu la. Jumpa esok. Bye.”

 -----------

Dalam seminggu, aku paling benci hari Khamis. Kenapa? Sebab hari Khamis aku akan bersemuka dengan Dr. Hilman. Aku berharap sangat dalam seminggu cuma ada enam hari je.

Macam hari ini. Bukan saja-saja aku nak benci kelas Dr. Hilman ni. Tapi dia yang buatkan aku benci dengan dia. Bila dia cakap hutang antara kami belum selesai, dia memang betul-betul maksudkannya. Dalam erti kata lain, dia memang cari cara nak bayar balik hutang dia tu.

Tapi, kalau dah dasar alpha male tu, cara dia memang berhemah. Minggu lepas je, dua kali aku kena. Pertama, dia panggil aku menghadap kat bilik dia di tingkat sepuluh sebab nak bincang pasal sesuatu. Bila aku sampai bilik dia, dengan senyum paling lebar dia cakap tak jadi sebab dia ada meeting.

Tak rasa nak terajang dia sampai rooftop ke? Kenapa dia tak cakap awal-awal? Macam kami berdua ni hidup dalam dunia pra-sejarah yang takde alat komunikasi yang bernama telefon. Penat kut nak berebut lif datang ke bilik dia di tingkat sepuluh tu.

Itu kali pertama. Kali kedua pulak dalam kelas dia. Kelas dia petang. Lepas makan, faham-fahamlah perut tengah nak menghadam makanan tengah hari. Sumpah aku mengantuk gila dalam kelas dia hari tu. Dan ternyata nasib malang memang kekasih gelap aku, aku tertangkap tidur.

“Kut ya pun nak tidur, jangan sampai ternganga.”

Dan seluruh kelas gelak lepas dia cakap macam tu. Malu gila aku! Malu sampai aku rasa nak je flush muka dalam jamban. Padahal apa yang dia cakap tu tak betul pun. Dan sumpah lepas tu, aku dah tak tidur. Jangan cakap aku, orang lain pun tegak je kepala aku tengok. Dan aku pun dah sumpah takkan makan nasi masa lunch pada hari Khamis. Trauma!

Huh.. aku mengeluh! Apalah nasib dapat pensyarah tua tak matang macam dia tu? Dengan studen dia pun nak cari pasal ke? Tapi.. cari pasal dengan pensyarah sendiri memang menempah bala. Kenapalah semuanya jadi padaku?

Cepatlah pukul lima petang. Kelas dia dahlah tiga jam. Terseksa aku menghadap dia.

  --------

Hazelnut butter.”

Aku berpaling pada Sabiha. Tak sedar dia dah duduk kat sebelah. Baru nampak dia hari ni. Kelas pagi tadi dia ponteng. Rajin pulak datang kelas Dr. Hilman.

“Kau datang?”

Sabiha sengih.

“Sayang kut nak miss kelas Dr. Hottie tu.” Sabiha gelak gatal. Aku buat muka.

Kenyataan. Inilah kelebihannya letak kelas pensayarah kacak pada waktu petang. Student perempuan grenti takkan ponteng kelas. Aku geleng kepala. Kuat betul aura alpha male itu.

“Sanggup kau datang kelas semata-mata nak tatap muka Dr. Hilman?” soalku menyampah. Kepala digelengkan beberapa kali.

“Sanggup. Sekali seminggu je wei aku nak lakukan senaman mata. Tak macam kau. Tiap-tiap hari kena menghadap dia. Kau yang silau ni pun boleh sembuh tau.” Sabiha ketawa sehabis berkata.

Sekali lagi aku buat muka. Apa.. ingat aku suka-suka nak menghadap Dr. Alpha Male tu kalau bukan sebab dipaksa jadi babu dia? Hazel, itu. Hazel, ini. Mengarah je kerjanya. Tiba-tiba saja cuma aku seorang yang bergelar pelajar Dr. Hilman. Nak menolak, dia pensyarah. Tak pasal-pasal aku dikata biadap. Nak taknak, reda je la.

“Waa.. kau pakai spec hari ni?” Sabiha teruja.

“Ek eleh.. kecoh la kau ni. Pakai spec je kut. Tak payahlah nak tayang muka macam aku ni lepas pakai underware kat muka,” jawabku. Macam tak pernah tengok aku pakai cermin mata pulak minah ni. Memang kenyataannya ini kali pertama aku kenakan cermin mata sepanjang semester baru dibuka.

Sabiha gelak.

“Takdelah macam tu. Sebab aku dah lama tak nampak kau pakai spec.” Sabiha menjawab lepas habis gelak.

Apalah nak pelik sangat kalau aku pakai cermin mata? Dah mata aku ni ada penyakit silau, kenalah pakai cermin mata ataupun guna khidmat kanta lekap. Untuk lebih kurang sebulan ni, aku pakai kanta lekap. Saja nak cuba. Tapi, kanta lekap aku dah habis. Okey.. kembali menjadi gadis bermata empat. Tu pun kalau aku rajin pakai cermin mata la. Sebab biasanya memang aku malas nak pakai.

“Haa.. kan cantik. Barulah nampak mata hazel kau tu.”

Aku mencebik. Memang sebelum ni aku pakai kanta lekap berwarna hitam. Nak buat macam mana, itu je yang ada di  kedai. Hazel ke, hitam ke, sama je la. Untuk masa sebulan, aku dah tak payah jumpa orang yang tenung aku lama-lama sebab nak tatap mata pelik aku.

Kelas kembali senyap apabila melihat langkah bergaya Dr. Hilman menapak ke dalam dewan kuliah ni. Ya Allah.. tolonglah jangan jadi apa-apa hari ni.

   --------------

Lepas Dr. Hilman tamatkan kelasnya, aku cepat-cepat berkemas. Nak cepat-cepat keluar. Tapi, terlambat bila suara macho dia bergema melalui mikrofon dalam dewan kuliah ini.

“Hazel, sila jumpa saya sekarang.”

Huh! Tak boleh ke biarkan hidup aku tenang sehari? Tapi.. kalau ikutkan, dia dah biarkan hidup aku tenang enam hari. Sekali lagi, aku benci hari khamis.

Dewan kuliah beransur sepi. Sekejap je, semua dah lesap. Kalau bab balik, memang laju je semua orang. Lambat-lambat aku turun ke mejanya bersama beg yang dah siap dikemas. Di tangan ada satu buku nota kecil dan sebatang pen. Dr. Hilman tengah menyimpan barang-barangnya.

“Ada apa Dr. nak jumpa saya?” soalku tenang. Kalau cakap tak jadi macam hari tu, memang dengan dia-dia aku sumbat dalam beg laptop dia tu. Pedulilah dia pensyarah aku ke bukan.

Dia angkat muka. Lama dia senyap sebelum aku dengar dia menggumam perlahan.

“Oh.. patutlah Hazel.”

“Apa dia, Dr.?” soalku balik. Dia bercakap dengan aku ke sebab aku dengar dia sebut nama aku.

“Oh, nothing!” Dia macam baru tersedar sebelum kembali pandang muka aku.

Kemudian dia bangun daripada tempat duduknya. Aku cuma nampak dia berjalan ke satu sudut sebelum menarik satu kerusi plastik merah.

Hmm.. minggu depan saya takde.”

Automatik mulut aku sengih. Cepat-cepat aku kawal lepas nampak jelingan maut daripada Dr. Hilman. Alamak.. tertangkap pulak dah! Nasib baik dia tak balas apa-apa. Tapi nak buat macam mana? Dah hati ni macam melompat bulan lepas tahu aku tak payah jumpa dia minggu depan. Macam zombi dalam game Plant vs Zombie tu cakap, apa? Yeehaa!

“Duduk,” arahnya selepas dia meletakkan kerusi merah tu di sisiku. Kerusi ni untuk aku ke? Kenapa dia tak suruh aku ambik sendiri je? Gentleman?

Dr. Hilman kembali duduk di kerusinya, bertentangan denganku.

“Saya takde sepanjang minggu depan. Tapi, tak bermaksud kelas saya cancel. Saya kalau boleh malas nak ganti kelas. Leceh sebab nanti melibatkan empat kos yang berbeza. Lepas tu nak book dewan kuliah lagi. Saya pun taknak menyusahkan awak..”

Aww.. so sweet of him! Tapi kenapa aku rasa apa yang bakal dikatakan nanti akan lebih menyusahkan hidup aku?

So.. minggu depan saya nak ada kelas macam biasa. Bezanya, saya takde. Saya nak awak remind semua studen untuk bawak laptop dan siapkan tutorial dalam group. Tutorial tu nanti saya akan e-melkan kat awak hari khamis depan. Siapkan dalam masa tiga jam tu. Submit via email to me before five. Lambat submit, tolak sepuluh peratus.”

“Sepuluh peratus? Kejamnya.” Aku terus tutup mulutku dengan buku catatanku. Ops!

Dia jeling tajam. Aku sengih takut-takut.

Mulut.. aku memang kena daftar kau masuk tadika balik rasanya!

“Lima peratus.”

“Haa?” Aku dah mula keliru. Kejap sepuluh, kejap lima. Mana satu ni?

“Lambat hantar, tolak lima peratus.”

Diskaun 5%?

“Oh..” Hanya itu yang aku cakap sebelum catat dalam buku notaku. Pandai tawar-menawar rupanya. Kira okeylah lima peratus, daripada sepuluh peratus.

“Ada apa-apa lagi, Dr.?” soalku lagi.

“Jangan lupa ambik attendance. Kalau maklumat tak sampai, awak yang bertanggungjawab.”

Teguk liur aku mendengar amaran di hujung ayatnya tu. Aku angguk.

“Ada lagi?”

Bila aku angkat muka, mata kami berlaga. Dalam-dalam dia tenung aku. Kenapa? Ada apa-apa yang tak kena dengan muka aku ke?

“Mata awak memang color ni ke?”

Aku mendengus. Aku tahu agak biadap, tapi semuanya spontan. Sebab aku memang tak suka kalau sentuh pasal mata aku. Boleh dia tanya macam tu? Dia pernah nampak ke orang pakai kanta lekap pakai cermin mata sekali? Lagi nak tanya!

Eh tak… mata saya sebenarnya warna pink! Nak je aku jawab macam tu.

“Kenapa? Nak cakap mata saya pelik ke?” soalku tanpa menjawab soalannya. Bosan. Aku dah imun dengan cakap orang tentang mataku.

Dia gelak macho.

“A’aa.. memang pelik pun..”

Cis! Depan-depan dia ketawakan aku. Sakit hati aku.

But gorgeous.”

Erk.. dia jujur ke? Tak boleh baca muka dia sebab muka dia sangat selamba. Aku pulak yang rasa malu. Dia ni.. ada kecelaruan identiti ke? Kejap macam tu, kejap macam ni.


“Okey, itu je untuk hari ni. Kalau ada apa-apa perubahan, saya update balik.”

39 comments:

  1. Makin interesting ni..hiii..keep on writing Anjell..this is different from other work

    ReplyDelete
  2. Nak lagi!!!! Best... Taknak tidur.... Arrrr....sengih smpai telinga... Smpai pagi... Smpai bila².... P/s: #fighting

    ReplyDelete
  3. Heheee..terubat rndu kt hilman n hazel nihh...smbg2

    ReplyDelete
  4. Yeaaa . Akhirnya , ada gakk rinie . Smlm bukak takdak . Hmpa kejap . Rinie bukak excited habis . Good job kak 😘 The Best Best Super Best . Ahahaha

    ReplyDelete
  5. Best bestt . tk sabar nk tunggu next n3 . Updatelah cpt cpt eh ehehehe

    ReplyDelete
  6. Terpaku hilman tgk mata Hazel.. Hazel. Best sgt.. Hope dapat update lebih kerap. :)

    ReplyDelete
  7. waaahaaaa...dari kerana mata🎵🎶aku tergoda🎸🎤aku tergoda 🎼🎺🎻terbinasa😂😂😂

    ReplyDelete
  8. Akak jatuh cibta dgn watak hazel. Hahaahhahah best ahhhh

    ReplyDelete
  9. Waaa...Dr Hilman dah tergoda dgn mata Hazel...hoyeeee

    ReplyDelete
  10. Ada rasa suka kat hazel ke.... dr hilman....

    ReplyDelete
  11. Akhirnya ada jgk update. Hari2 tgk ada update ker tk.
    Wow!!! Dr Hilman terpaku melihat mata Hazel.. Kyaaa~ Tk sabar nk tunggu apa plak yg akan jd.

    ReplyDelete
  12. gud...sooooo gud....plzzzx tmbh lagi....x sabo nk tunggu next

    ReplyDelete
  13. gud...sooooo gud....plzzzx tmbh lagi....x sabo nk tunggu next

    ReplyDelete
  14. interesting...want more.. :-)

    ReplyDelete
  15. wow interesting.. nak tau apa pandangan Dr Hilman dekat Hazel.... some more Anjell :)

    ReplyDelete
  16. mata hazel ni warna apa sebernarnya ek?

    ReplyDelete
  17. Terubat rindu kat hazel dgn mr. Alpha Male nih! X puas..nak lagi !

    ReplyDelete
  18. nak tahu pasal tunang hazel TT.TT anyway, tetap terbaik entry kak anjell :)

    ReplyDelete
  19. Tak sabar nak tunggu Bab 4.Terbaiklah Kak Anjell!

    ReplyDelete
  20. X sabar nak tunggu bab yg seterusnya....

    ReplyDelete
  21. Nak lagi!! Best.....:-):);-)

    ReplyDelete
  22. Love your writing... nak lagi best2...

    ReplyDelete
  23. aii likeeeee...x sabar utk next entry

    ReplyDelete
  24. Haduii kakk bestnyaaa cant wait for next chapter huhu i ship la hazel & hilman heee

    ReplyDelete
  25. sumpah best! memandangkan exam da abis bleh la baca slalu..anjell mohon update cepat,best niiiiiiiii

    ReplyDelete
  26. best3 ! tak sabar tunggu part seterusnyaaaa , hazel lawakk gilaaaa haha

    ReplyDelete
  27. bukan semua org mate macam tu.....

    ReplyDelete
  28. lost in your eyes nampaknye...

    ReplyDelete
  29. Bile nak sambung citer ni anjell.
    X sabar nya

    ReplyDelete
  30. Akak,rindu nak bacaaa..huhuuuu

    ReplyDelete
  31. Panasaran tunggu ni...update lagi la Anjell...

    ReplyDelete
  32. Bestt!! .tp npe tk dtg2 si tunng nye hazel?

    ReplyDelete
  33. please keep writing sbb da lame sy tggu sambungganye.harap anjell trus terbitkan satu buku terus hahahah..sy nak beli

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )