Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Wednesday 22 March 2017

Dr. Alpha Male (BAB 24)


BAB 24

Aku menjerit kecil apabila terasa lenganku tiba-tiba ditarik. Ketika itu aku dalam perjalanan menuju ke keretaku selepas keluar dari kedai buku. Tiba-tiba terus terasa adrenalin laju mengepam di dalam salur darah. Bersedia untuk sebarang kemungkinan. Aku berpusing untuk melihat siapa.

Iwan.

Aku terus pegang dada. Cuba mengatur nafas normal. Mata dipejamkan sekali untuk menghapuskan rasa takutku ketika ini.

Kuat, Hazel! Kuat! Aku baca manteraku tiap kali aku rasa takut. Sedikit lega kerana cuma Iwan di depanku. Lelaki yang aku kenal. Apabila terasa sedikit tenang, terus mata dikecilkan ke arah Iwan. Marah!

“Hazel.” Wajah Iwan sedikit kerisauan apabila melihatku. Mungkin dia nampak aku yang ketakutan itu.

“Nak apa?” Kasar suaraku. Berlagak kuat. Tak pernah aku sekasar ini dengan Iwan. Tapi selepas apa yang dia dah lakukan kepadaku dulu, aku tiada sebab untuk berbaik dengannya.

“Iwan nak minta maaf.”

What for, Iwan? The damage is done. Nothing to be sorry for. No.. you never felt sorry even before,” sinisku dengan suara bersahaja.

“Iwan cuma rasa Iwan perlu minta maaf dari Hazel. Iwan tak pernah berniat nak duakan Hazel.” Suara Iwan penuh kekesalan. Wajahnya ditundukkan ke arah lantai. Malu agaknya.

Huh.. memang patut pun kau tu rasa malu! Kalau perlu, pergi flush muka kau tu dalam tandas awam sana!

“Semua orang yang curang ni, memang tak pernah ada niat. Tak tahu ke? Ini pun minta maaf sebab dah kantoi. Kalau tak? Tunggu kiamat dulu agaknya baru saya tahu,” sinisku laju.

“Saya tak marah awak nak kahwin dengan Safura, Iwan. Tapi jangan tipu saya. Seandainya awak cakap yang hati awak dah teralih pada Safura, saya pasti akan mengalah. Saya takkan terhegeh-hegeh nak merayu pada orang yang tak nakkan saya,” marahku lagi. Bukan aku la nak merayu pada lelaki hanya kerana cinta. Aku bukan jenis, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

“Iwan tak pelik ke saya tak terkejut pun lepas Hilman cerita pasal benda tu?”

Dia memandangku. Matanya sedikit meluas.

“Ya.. sebab saya dah lama tahu. Senang ceritalah. Seronok saya tengok awak dan dia berpegangan tangan di dalam Mid Valley tu. Saya pun ada dengan Hilman. Dan jangan nak fitnah kami ada hubungan pulak sebab masa tu awak pun tahu yang keluar dengan Sabiha. Awakkan OT masa tu.”

“Seronok betul OT dalam Mid Valley tu kan? Macam belangkas. Tak berpisah dengan Safura. Oh.. patutlah awak suka Safura. Sebab dengan saya jangan haraplah nak pegang-pegang macam tu. Macam mana rasa kahwin lepas buat maksiat? Seronok tak?” bidasku lagi.

Puas rasa hati bila lepas semuanya pada Iwan. Dah lama aku pendam seorang-seorang. Sekali meledak, memang melimpah-ruah lava kemarahanku.

And worse, do you know what was I disappointed in the most? You put the blame on me after what happened to me. You took my situation for granted. You scrubbed salts to my wound.”

Aku terus pejam mata seketika. Sakit hati pada malam itu kembali terasa.

“Kenapa saya berdiam diri? Sebab saya tak nak buka aib awak. Dan saya juga bukan seorang yang pentingkan diri sendiri. Kalau awak buat salah dengan saya, awak yang patut cari saya. Bukan saya yang tunjukkan apa salah awak pada saya. Because if you are wrong, then you know you are wrong. Dan bila awak tahu awak salah dengan saya tapi awak tak minta maaf, senang saja. Jumpa saya di akhirat kelak.”

“Sebab tu Iwan nak minta maaf. Iwan khilaf. Iwan sanggup tebus segala kesalahan Iwan. Kalau perlu, Iwan akan kahwin dengan Hazel. Kita teruskan majlis perkahwinan kita macam biasa. Iwan boleh selamatkan maruah keluarga Hazel. Masih belum terlambat.”

Aku gelak sinis. Amboi.. belum pun seminggu kahwin dengan sepupu aku, dah pasang niat nak madukan dia? Sebab simpati denganku? Banyak tak handsome muka kau! Kalau aku ni hati setan, memang aku dah terima tawaran Iwan itu. Biar sengsara hidup sepupuku itu. Baru dia tahu sakitnya bila cinta dirampas.

Tapi malangnya aku belum sejahat itu lagi.

“Sanggup ke terima buah yang dah ditebuk tupai? Saya ni dah tak ada dara. Nak ke?” sinisku lancang. Pulangkan paku buah keras.

Terdiam terus Iwan.

“Ni.. datang sini ni, Safura tahu tak? Tak pasal-pasal timbul pulak fitnah yang kita ni ada hubungan. Awak tu kaki skandal. Saya tak nak nama saya terpalit sama.”

Melihat dia yang diam tak berkutik, aku tahu yang sepupu yang aku tak berapa nak sayang itu tak tahu akan kedatangannya. Iwan.. Iwan.. dahlah hubungan dengan aku dah gagal, tolonglah jaga hubungan kau dengan bini kau betul-betul.

Aku mengeluh lemah.

“Awak betul-betul cintakan Safura?” soalku. Iwan angguk.

“Ya.. saya sangat cintakan dia. Saya minta maaf sebab saya lebih cinta dia daripada awak.”

Ya Allah.. sakitnya hatiku mendengar luahan hati Iwan itu. Hati yang remuk kini berkecai. Rasa nak menangis tapi aku cuba menahannya.

Kuat, Hazel! Kuat. Aku ulang dalam hati beberapa kali. Semaksima mungkin muka selamba ditayang.

“Jawab ya atau tak dah la. Tak payah nak buat pengakuan muntah hijau tu depan saya. Saya tak minat nak tahu. Lagipun semua orang dah tahu. Kalau tak, awak takkan kahwin dengan dia,” kataku mendatar. Aku bersyukur tiada gegaran dalam suaraku.

Aku tarik nafas dalam-dalam.

I forgive you.”

Wajah Iwan jelas terkejut. Kenapa? Pelik sangat ke aku senang maafkan dia?

“Hazel maafkan Iwan?” Iwan masih tak percaya. Aku angguk.

“Iwan minta maaf. Jadi saya maafkan. Sebab lepas ni, Hazel tak mahu ada apa-apa lagi kaitan dengan Iwan. Forgiveness only can be given by those who are strong. I’m strong. I want to be happy. And to be happy, I have to let go of everything. Forgive, yes. But forget, never! Lepas ni, jangan cari Hazel lagi.” Sedingin ais suaraku.

Aku mahu berlalu. Kami dah tiada sebarang urusan lagi. Namun, baru dua langkah aku melangkah, tanganku kembali direntap. Aku sedikit terkejut.

No, Hazel belum maafkan Iwan. Kalau awak dah maafkan saya, awak akan lupakan semuanya. Kita masih boleh berkawan.”

Forgive and forget are two different things. Tak tahu ke? Balik rumah, pergi semak kamus. Tahu kenapa saya takkan lupa? Because a clever bird will never eat the spoilt fruit twice.” Suaraku agak marah. Berang dengan dia yang sesuka hati memegangku.

“Dahlah Iwan, saya nak balik.” Penat aku nak layan bekas tunangku itu.

“Hazel,” panggil Iwan. Sekali lagi dia memegangku.

“Apa pegang-pegang ni?” marahku seraya menarik balik tanganku. Tak suka!

Iwan pula makin eratkan genggamannya. Bila aku cuba meronta, dia menolak sedikit tubuhku sehingga aku terdorong ke belakang.

Secara automatik aku terbayang kembali apa yang lelaki dulu pernah lakukan. Dia tolak aku. Dia tindih aku.

Cemas. Takut. Nafasku kian pendek. Dahi pula mula berpeluh.

“Lepaslah!” jeritku. Suaraku mula bergetar gara-gara perasaan takut yang teramat.

Terasa pegangan tanganku dilepaskan Iwan. Aku mengundur setapak. Kedua-dua tangan dibawa ke dada. Supaya dia tidak lagi boleh menyentuhku.

Itu cuma Iwan, Hazel. Cuma Iwan. Aku ingatkan diri sendiri. Cuba teguhkan keberanian. Wajahku diraup dengan tapak tangan.

“Hazel, Iwan minta maaf. Iwan tak sengaja. Iwan..”

“Pergi! Tolong tinggalkan saya, Iwan.” Suaraku seakan merayu. Bila-bila masa aku boleh menangis sekarang ini.

Iwan akhirnya akur. Sebelum itu sempat dia meminta maaf kerana berkasar tanpa niat denganku. Aku terus berlalu ke keretaku. Sebaik duduk di dalam kereta, kumuntahkan segala air mataku. Aku biarkannya tanpa diseka.

Dua sebab aku menangis. Sebab mengenangkan kebodohan diri yang masih mencintai Iwan. Dan sebab aku belum boleh lupakan sepenuhnya apa yang jadi pada malam itu. Terasa aku masih lemah.

Lama aku diam sebelum keadaan kembali seperti asal. Aku tahu aku masih takut. Tapi aku juga tahu yang aku harus kuat. Kalau bukan aku yang kuat, siapa lagi? Bak kata Hilman dulu, your internal battle is yours to fight. Fight the fear. Only you can change the outcome.

Kuat, Hazel! Kuat!

 ---------

Lebih kurang pukul lapan malam, aku pulang ke rumah sewaku. Rumahku gelap-gelita tak berlampu. Aku tahu yang semua teman serumahku sudah pulang ke kampung halaman masing-masing. Maklum sajalah, minggu study week dah bermula. Seminggu masa yang diberikan untuk kononnya study itu.

Aku pula, kalau ikutkan hati memang semalam lagi terus balik kampung. Tapi malangnya hari ini aku kena berjumpa dengan supervisorku, Dr. Rina untuk Mathematical Project. Lambat pula habisnya hari ini, jadi aku terpaksa tunda ke besok untuk pulang ke kampung. Aku memang jarang memandu malam-malam. Lagipun umiku tak izinkan.

Aku memarkirkan keretaku di bawah garaj. Gugusan kunci rumah dikeluarkan dari tas tangan lalu satu demi satu kunci kubuka. Sebaik sahaja salam diberi, aku melangkah masuk ke dalam rumah. Mula mencari suis lampu.

Entah kenapa tiba-tiba aku rasa hatiku tak sedap. Berdebar seolah-olah ada sesuatu yang buruk bakal terjadi. Dalam hati aku berdoa semoga itu semua adalah permainan perasaanku. Perasaan negatif semua dihalau ke tepi.

Suis lampu ditekan. Keadaan yang gelap tadi terus dipenuhi cahaya. Namun, keadaan rumahku yang agak bersepah itu buatkan aku tergamam. Rasa detakan jantung seakan terhenti sesaat. Tubuhku tiba-tiba sejuk. Terkaku kuberdiri sambil tangan cuba bersandar pada dinding untuk mengelakkan diriku daripada tumbang.

Ya Allah.. dugaan apa lagi ni? Aku pejam mata. Sekeliling rumah itu diperhatikan. Bimbang kalau penceroboh masih ada. Perlahan-lahan aku berlari keluar. Nasib baik pintu cuma bersebelahan denganku.

Terus aku masuk ke dalam kereta. Pintu habis dikunci. Aku cuba bertenang. Nafas cuba ditarik untuk mengelakkan daripada terkena serangan panik.

Hazel, bertenang, Hazel! Aku cuba rilekskan minda.

Apa aku nak buat ni? Sungguh aku takut sekarang ini. Aku dapat rasakan tiada sesiapa di dalam rumahku tapi aku tak mahu ambil risiko. Tak mahu sejarah kembali berulang.

Buntu. Tak tahu apa yang harus dilakukan sekarang ini. Aku bersendirian. Kemudian, telefon dari tas tangan dicari. Menggigil-gigil tanganku menekan-nekan skrin besar telefon pintarku itu. Aku skrol senarai kenalan. Terhenti pada nama Dr. Alpha Male. Tanpa berfikir panjang, terus aku tekan namanya itu.

Tolonglah angkat! Tolonglah angkat! Bagaikan dimakbulkan pula. Cukup tiga kali bunyi tutt kedengaran, suara garau Hilman menyambut panggilanku.

“Helo.”

Aku diam.

“Hazel?”

“Hilman.. Awak kat mana?” Tangan masih menggigil, cuba menahan telefon daripada sujud ke bumi.

“Saya tengah on the way balik rumah daddy. Kenapa?”

Aku telan liur. Macam mana ni? Dia tak ada di sini. Tahu sekarang dia sedang memandu. Mungkin sudah jauh dari sini. Tiba-tiba rasa mahu menangis.

“Hazel? Kenapa? Awak kat mana sekarang ni?”

“Saya.. saya kat rumah sewa,” jawabku perlahan.

Sepi. Dia pula bagaikan sedang menunggu aku meneruskan kata.

“Hilman, saya takut!” Terlepas satu esakan ketika aku ucapkannya.

 “Wait for me!” Tanpa ragu, dia ungkapkannya sebelum talian diputuskan.

   -----------

Tiga jam. Tiga jam masa yang diperlukan untuk selesaikan hampir semua perkara. Cuma Hilman yang setia menemaniku. Dia yang banyak menolongku. Bukan.. dia yang lakukan semuanya manakala aku pula bagaikan patung dungu yang berada di sampingnya. Rasa macam tak tahu apa-apa.

Hilman yang memujukku ketika aku masih ketakutan. Hilman yang masuk ke rumahku untuk memeriksa semuanya sedangkan aku cuma mengekorinya dari belakang. Hilman yang menelefon polis. Hilman yang bercakap dengan polis. Aku cuma menceritakan balik apa yang dah jadi dan menjawab soalan-soalan apabila ditanya.

Leher dipusingkan ke kanan untuk melihat lelaki di sebelahku itu. Dia tenang memandu. Ketika itu, kami berdua dalam perjalanan pulang dari balai polis. Dia masih berbaju kameja kuning cair dan berseluar slack hitam. Pakaian yang sama semasa aku menegurnya apabila kami berselisih jalan di lobi bangunan pejabat pensyarah. Wajahnya jelas-jelas kepenatan setelah apa yang terjadi. Rasa bersalah. Disebabkan aku, tak pasal-pasal dia terkena tempiasnya.

“Terima kasih, Hilman. Sebab sudi tolong saya. Saya rasa saya dah susahkan awak.” Aku memecahkan keheningan di antara kami.

No hallah. Awak dalam kesusahan. Lagipun awak anak jiran mummy saya. Kalau saya tak tolong, apa pulak saya nak cakap pada Mak Cik Hajar dan Pak Cik Tahir nanti?” balasnya. Suaranya walaupun jelas kepenatan namun kedengaran ikhlas.

Bila sebut pasal umi dan abi, terus aku teringat sesuatu.

“Man, apa yang jadi malam ni, tolong rahsiakan daripada keluarga saya. Saya tak nak dia orang risau,”  pintaku. Aku boleh bayangkan wajah umi dan abi yang kerisauan.

Dia diam.

“Lagipun, ni hanya kes pecah rumah. No harms done.” Aku meyakinkan dia lagi. Tolonglah setuju.

“Kes pecah rumah? Awak pun tahukan Hazel yang tiada kesan mangga rosak. Tiada kesan tingkap dicungkil. Dia masuk pakai kunci. Awak dah tahu kunci rumah pernah hilang, kenapa tak tukar mangga rumah?” Suaranya naik sedikit. Marah dengan aku yang cuai dan tak berapa nak cerdik. Sewaktu aku menceritakan kepada polis tadi pun, rahangnya diketap kuat.

Aku tunduk. Dia betul. Aku langsung tak pernah terfikir yang kunci rumahku yang hilang dulu mungkin sebenarnya dicuri. Tak pasal-pasal rumah kena pecah masuk. Pengajaran buat diri sendiri. Aku dah bagi tahu semua teman serumahku tentang hal ini. Nasib baik semua dah bawa balik barang berharga masing-masing. Jadi tiada kerugian.

Buat aku tertanya-tanya. Apa motif penceroboh itu? Mungkin apa yang dicari tak jumpa. Siapa suruh pecah masuk rumah pelajar? Nasib baiklah aku bawa bersama komputer ribaku. Kalau tak, aku rasa memang menangis tak bersendu aku.

Aku mengeluh lemah. Penat.

“Bodohkan saya, Hilman? Kalau saya tukar mangga awal-awal, mesti tak kena macam ni kan?” Ralat.

“Saya tak cakap awak bodoh, Hazel. Saya cuma suruh awak berhati-hati. It’s your safety we are talking about. Macam mana kalau sebenarnya penceroboh tu ada dalam rumah awak. Tengah tunggu awak masuk. Kalau dia ada pisau…” Suaranya berubah kelat. Aku sempat menangkap suara kecilnya yang menyebut ‘damn it’ setelah itu.

Di balik lampu jalan, nampak betapa kuatnya dia menggenggam stereng kereta. Mungkin membayangkan segala kemungkinan. Jangankan dia, aku yang bayangkannya pun boleh berdiri bulu roma. Silap-silap jadi tajuk depan Berita Harian besok, ‘Pelajar Universiti Mati Dibunuh Dengan Kejam.’ Nauzubillah! Alhamdulillah aku masih dilindungi.

“Awak nak balik rumah tu ke?” Soalan Hilman itu buatkan tubuhku tiba-tiba mengeras. Tersedar sesuatu.

Jujur.. aku masih takut untuk berada di dalam rumah itu sendirian. Sekarang dah lewat malam. Takkanlah aku nak memandu balik ke kampung. Tak beranilah aku. Nak telefon abi atau abang Thaqif? Nanti mereka tahu apa yang jadi malam ni. Rumah kawan-kawanku? Siapa yang belum balik lagi ya? Macam mana ni? Ke tidur hotel aje? Malam ni aje kut. Minta Hilman hantarkan ke rumah sewa dulu, lepas tu…

“Hazel?” 

“Hah?” Aku tersedar dari lamunanku. Terbang habis segala perancanganku. Hilman dipandang. Dia sedang menunggu keputusanku.

“Oh.. Hmm… saya sebenarnya masih takut nak duduk dalam rumah tu. Malam ni tidur hotel kut. Awak tahu kat mana hotel murah-murah?”

“Hotel? Hell no! Awak tu perempuan. Dahlah tengah-tengah malam. Pergi hotel murah pulak tu, macam-macam boleh jadi. Security longgar. Tak selamat. Dah jadi macam ni, tak reti nak berjaga-jaga lagi ke? Don’t you concern about your own safety?” marahnya. Telan liur aku tengok Hilman naik angin.

“Habis tu? Saya..”

“Balik rumah saya.”

Rahangku jatuh. Kepenatan yang melanda tak buat aku berilusi, kan? Aku dengar benda yang betul, kan? Mohon ulang sekali lagi.

“Kita balik rumah sewa awak dulu, pack mana yang perlu. Lepas tu ikut saya balik rumah.”

“Awak gila ke? Takkanlah saya nak balik rumah awak. Apa orang cakap nanti?” Aku agak marah. Dia ingat aku ni perempuan apa? Takkanlah aku nak tidur di rumah lelaki?

“Ya Allah, Hazel! Rumah daddy sayalah. Ada famili saya. Ramai. Awak tak perlu nak risau berdua dengan saya. Takkanlah saya nak ajak awak kalau saya tahu kita berdua. Saya ni pun masih waras lagi.”

Rumah daddy dia? Rumah Dato’ Uzair? Teguk liur. Jadi rusa masuk kampung aku nanti, macam mana? Aku masih berat hati.

You choose, Hazel. Either come with me or I send you back to your parents. But definitely hotel is out of your options. Tapi, kalau masa ni awak tiba-tiba muncul di depan pintu rumah umi dan abi awak, awak faham-fahamlah risikonya. Dia orang pasti syak sesuatu.” Pandai betul dia tawar-menawar denganku. Kedua-dua pilihaan itu jerut leher sendiri namanya. Tapi, yang pertama aku rasa lebih selamat.

“Yalah. Saya ikut awak balik rumah awak. Tapi besok awak kena janji hantar saya balik rumah sewa saya.”

Okay, deal.” Dia menarik nafas lega setelah aku bersetuju mengikutnya.

Aku pula jadi ragu-ragu. Betulkah tindakanku itu? Takut juga aku nak menghadap keluarga Hilman. Tapi aku persetankan semuanya itu. Otak terlalu penat untuk ditambah masalah baru.

 “Saya rasa saya malang sangat, Man. Macam-macam jadi kat saya sekarang ni. Dahlah kena tanggung sorang-sorang.” Sekali lagi aku mengeluh. Kenapa semua jadi masa nak dekat musim exam dan bila kawan-kawan serumahku tiada?

Sleep, Hazel. You are tired.” Lembut suaranya.

Aku mengikut kata-katanya. Kelopak mata perlahan-lahan terkatup. Penatnya! Terasa lena mula mengulitku.

“Hazel?” Sangat perlahan suara itu. Seakan-akan sedang menguji sama ada aku mendengarnya atau tidak. Tapi aku dengar. Dua kali namaku dipanggil, tapi aku tak larat untuk membuka mata.

I’m here for you.” Suara yang sangat perlahan. Bersama itu terlepasnya satu keluhan kecil.

Hmm.. Mungkin itu semua hanyalah sekadar ilusiku kerana aku terlalu penat.

35 comments:

  1. I'm here for you...aduh duh duh cair betul dgn Dr Hilman

    ReplyDelete
  2. Hilman sentiasa ada utk hazel..😍..thank you anjell

    ReplyDelete
  3. Best.. Thumb up.. Devi dh ada semua koleksi novel anjel.. Tunggu dr. Alpa male keluar pulak

    ReplyDelete
  4. Best.. mcm2 rasa bila bca novel sis kali ni. Biasanye sedih, happy n sedih.. kali ni da unsur seram n suspens. Terbaik sis

    ReplyDelete
  5. Waaa..! Mntk2 laa umi hazel msk minang hilman... hehehe

    ReplyDelete
  6. Saya blh agak mesti hilman suka kat hazel an kak anjell.. Finally, how sweet gila!! Xsabarnya na tunggu next chapter :)

    ReplyDelete
  7. Nak request novel bulan 4 ni boleh takkkkkk
    Huhu.... tq dik!'

    ReplyDelete
  8. Best tahap infiniti ni������ novel pliss

    ReplyDelete
  9. Waaaaa..Cair cair..I'm here for you������..Concern btul Hilman��������

    ReplyDelete
  10. Nape pendek sgt ni .... bila nak keluar novel nyer

    ReplyDelete
  11. Ala....hati kite jatuh tergolek-golek tau

    ReplyDelete
  12. Meltingggggggg....Im here for you~~~~

    ReplyDelete
  13. Aaaa... Im melting larr... X sbrnya nak tunggu Dr. alpha male dm btnk novel. Hrp2 next chapter Hilman serius dgn Hazel... can't wait

    ReplyDelete
  14. Sanggup baca pelan2 sebab last kan sebelum publish..sweetnya Hilman ni..sanggup juga saya retrace step to chapter 19. Siapa yg dimaksudkan oleh that guy ya bila dia kata "Dia tak layak untuk kau." DIA tu refeering to Hilman ke Iwan ya? Tiba2 musykil. Hahaha..tak sabarnya untuk novel ni.

    ReplyDelete
  15. Uishh ushh .. sweetnyaa ♥♥

    ReplyDelete
  16. jerk yg sweettt.... i like!!!

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. can't wait for the next chapter.

    ReplyDelete
  19. Hilman is such a sweet guy. Ofcourse without hazel realize. . Thnks anjell. Sangat bessst!!!

    ReplyDelete
  20. omgggg.. lepasni kenal2 dgn famili hilman pulak yayyyy 😂

    ReplyDelete
  21. Wah... hilman ni pulak berani bawak anak dara orang balik rumah... nanti famili dia kata apa pulak... harap semuanya baik2 aje...

    ReplyDelete
  22. Thanks Anjell. Penulisan yg santai tp best. Keep it up.

    ReplyDelete
  23. Thanks Anjell. Penulisan yg santai tp best. Keep it up.

    ReplyDelete
  24. Akhirnya...lama menanti episod 24..kak anjel..nak lagi...tak cukupla...sweet sgt dr hilman ni..

    ReplyDelete
  25. dalam perut ada rama2 la plak..im here for you

    ReplyDelete
  26. series..rasa nk menjerit jer lps bacer chapter ni..aaaaaaahhhhhhhh!!!!!!!!!!!XD

    ReplyDelete
  27. i'm here for you well kipidap anjell best sgt ni cpat publish tau novel nk jd org terawal grab hmmmmmm

    ReplyDelete
  28. Hahaha... abis baca komen smua org... mmg tbaik la... Dr.Hilman confess his feeling without Hazel realise it was true... klu waktu nyata...mau pengsan Hazel... Tp rsnya kan mak Hilman dah pernah kata kat mak Hazel nk jodohkan ank depa bdua... rsnya ad tentangan x dr ayah Dr.Hilman or step mom dia? kihkih... ;D
    So Anjell... plz help me to recap all those chapter k... can't wait next chapter 25...

    ReplyDelete
  29. Terbaik. Tak sabar tunggu next chapter

    ReplyDelete
  30. kak anjell sambunglah cerita dheo's pula. nak tahu juga apa sambungannya. takkan prolog jer.....

    ReplyDelete
  31. Salam. Saya juga telah khatam kesemua novel keluaran Anjell termasuk Dr. Alpha Male. Terima kasih kepada Anjell yang sentiasa hasilkan karya-karya bermutu. Salam

    ReplyDelete
  32. aaaaaaa so sweet hilman !!!!

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )