Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Tuesday 10 April 2018

Dheo (BAB 17)


BAB 17

Gara-gara tugasku yang habis sedikit lambat hari ni, aku terpaksa  turun lambat. Tergesa-gesa aku melangkah ke Pantri 3. Nasib baiklah masih belum pukul dua belas. Aku rasa majlis pun belum bermula lagi.

Tepat sangkaanku. Ketika aku tiba, masih ada yang belum turun lagi. Mungkin semua dah boleh agak. Majlis akan bermula lambat sikit.

“Rissa, ajak tak Encik Han?” Itu soalan pertama yang Arin tanya sebaik sahaja dia nampak muka aku.

Soalan itu menarik minat semua staf di situ. Semua macam ternanti-nanti jawapanku.

“Dah ajak. Tapi.. tak tahulah dia datang ke tak. Kenalah faham, dia sibuk,” jawabku jujur. Tak nak bagi harapan tinggi sangat. Karang mengharap lebih, kecewa pula kalau tiba-tiba yang turun si chopstick bergerak. Tapi.. aku dah bagitahu Dheo supaya jangan hantar PA dia kalau rasa dia tak nak datang.

As if he listens to you, Nurissa! Suara hati menyindir. Betul juga. Siapalah aku nak dia dengar cakap aku? Aku cakap suruh rehat pun dia degil. Mana ada nak ikut!

Mengingatkan hal itu, hati kembali gundah. Risaukan Dheo walaupun dia tiada di depan mata. Macam mana agaknya luka dia? Dah makan ubat tahan sakit ke? Aku harap dia jaga diri.

Majlis dah bermula. Bila tengok jam dah lepas 12.15 tengah hari, aku putuskan yang Dheo tak datang. Tak apalah.. mungkin dia sibuk. Lagipun dia tak janji dia akan datang.

Tapi entah kenapa hati rasa sedih juga. Rasa macam ditolak. Sebab yang mengajaknya aku.

Macam-macam makanan yang dibawa masing-masing. Masakan Kak Fizah memang tip top. Aku rasa dia salah pilih profesyen ni. Patutnya dia ni kena hantar masuk dapur hotel. Jadi chef. Bukannya jadi housekeeper.

Aku suka tengok suasana macam ni. Damai. Harmoni. Eratkan ukhwah. Barulah gembira nak datang kerja. Birthday boy pun aku nampak gembira. Suka bila dapat hadiah. Nantilah.. ada masa, aku cari hadiah untuk dia. Sebab dia baik. Selalu juga beri tunjuk ajar untukku. Jadi tak salah kalau aku hadiahkan dia sesuatu.

Semua bersembang-sembang. Macam-macam cerita keluar. Aku pula hanya selesa mendengar. Biasalah aku. Bab gosip hanya mampu pinjamkan telinga. Sesekali ketawa bila ada cerita yang menggeletek hati.

Tiba-tiba suasana bising itu berubah sepi. Mengalahkan malaikat lalu. Macam tanah perkuburan. Apatah lagi sepi yang secara mendadak. Pelik.

Kepala mencari-mencari. Nak tahu punca. Baru tahu kenapa bila Dheo tiba-tiba buat grand entrancenya tengah-tengah majlis. Ada Lucca di belakangnya. Mana tak terkejut semua orang? Semua pasti tak sangka yang Dheo turun padang.

Jangankan mereka. Aku sendiri pun terkejut. Hanya tengok dia menapak dengan yakinnya mendekati kami semua. Aura Dheo Han. Tak pelik kalau semua rasa gerun.

“Kenapa semua macam tengok hantu? Saya tak dialu-alukan ke? Atau saya dah terlambat?” Dheo membuka bicara. Nada suaranya lantang, melontarkan keyakinan dirinya.

Semua bagaikan tersedar dari rasa pegun.

“Eh, mana ada, Encik Han! Kami cuma terkejut. Itu saja. Dah lama Encik Han tak join kita orang.” Puan Rasyidah mewakili kami semua.

“Saya datang sebab ada orang tu nak saya datang,” kata Dheo selamba.

Bagaikan tahu-tahu, semua kepala menoleh ke arahku. Semua! Terus aku rasa macam nak lari, lompat kijang masuk peti ais. Malu. Tak tahu kenapa rasa malu. Padahal kalau ikutkan tiada apa-apa yang perlu dimalukan. Dheo pun tak ada sebut nama aku pun walaupun semua dah boleh agak.

Bila semua pandang aku, baru Dheo pandang aku. Bila mata kami berpandangan, nampak dia senyum seulas. Hanya untuk 0.5 saat sebelum wajah kembali ke seperti asal. Tapi tu dah cukup buat jantung dupdapp dupdapp dua kali ganda. Cair!

“Siapa birthday boy?” soal Dheo.

Aku lega sebab dia dah berjaya mengalihkan pandangan semua orang daripadaku.

“Saya.” Teragak-agak Ahmad mengaku.

Happy birthday. Ni hadiah, ikhlas dari saya,” kata Dheo. Hadiah besar yang berada di tangan Lucca diambil. Lalu diserahkan kepada Ahmad.

Nampak dia angkat hadiah besar itu, keningku terus berkerut risau. Dia tu cedera! Angkat benda berat memang cari nahas. Tak kiralah muka dan gaya tu tak macam orang cedera, tapi kenyataannya di sebelah perutnya itu ada luka tembakan.

Bibir laju nak marah dia, tapi aku tahan. Nasib baiklah hadiah dah disambut Ahmad. Ahmad pula aku tengok muka dia macam percaya dan tak percaya. Mungkin tak sangka dapat hadiah daripada bos besar hotel ini.

“Terima kasih, encik.”

Dheo angguk sekali. “Sama-sama.”

“Encik Han makanlah. Ada kek. Fizah pun ada masak sikit-sikit. Pastu ada yang beli. Encik Han makanlah. Lucca pun, sila makan sekali.” Aku tak pasti siapa yang mempelawa.

Sekali lagi Dheo cuma angguk. Kemudian berlalu ke meja yang terisi makanan itu. Ambil sepotong kek. Itu pun dibagi dua dengan Lucca. Mungkin Dheo hanya mahu berbahasa. Sekadar menjamah makanan yang ada. Nak jaga hati tuan punya majlis.

Buatkan aku kagum dengan Dheo. Dia nampak biasa dengan anak-anak buahnya. Tak kekok. Tak berlagak. Apa yang aku putuskan, Dheo seorang ketua yang baik dan disenangi semua staf. Bangga Dheo bukan seorang bos yang bongkak dan meninggi diri. Merasakan bergaul dengan staf itu adalah satu penghinaan.

“Kami betul-betul tak sangka encik datang. Kami ingat nanti, Cik Nancy yang datang. Kita orang dah prepare salad.” Seseorang berkata.

Jurang yang luas tadi rasa dah makin sempit. Semua mula selesa dengan Dheo. Dheo yang tak sombong juga memudahkan keadaan.

“Ada orang tu cakap, kalau saya tak nak datang, tak payah ganti dengan Nancy. Baik jangan hantar Nancy terus.”

Nak tercekik aku dengar. Tapi Arin yang dengar terus tersedak. Sebab tahu itu ayat dia sebelum digubah olehku pula.  Terbatuk-batuk Arin. Dia pandang aku seolah-olah tak percaya aku cakap pada Dheo.

Kenapa? Bukan dia sendiri yang cakap ke? Lagipun, aku cakap secara baik kepada Dheo. Bukannya mengadu yang bukan-bukan tentang Nancy. Kutuk Nancy pun tak ada.

Kedengaran Kak Fizah ketawa. Tapi jelas kedengaran ketawa yang dibuat-buat.

“Pandai betul orang tu bergurau ya? Eh, makanlah. Jangan malu-malu,” kata Kak Fizah.

Kemudian kami sambung makan. Berbual-bual macam tadi. Sesekali mata gatal menjeling ke arah Dheo. Sikit-sikit jeling. Sikit-sikit tengok. Serius rasa macam nak tengok dia aje. Rasa macam ada magnet. Nasib baik tak ada orang perasan.

“Rissa, cubalah ni. Resepi baru Kak Fizah. Nanti komenlah, sedap ke tak.” Kak Fizah mempelawa.

Aku pandang makanan yang diletakkan di atas pingganku itu. Nak kata cekodok, bukan cekodok. Nak kata kuih, bukan kuih. Berwarna kuning keemasan.

“Cubalah, Rissa. Sedap,” puji Arin. Nampak dia masukkan satu ke dalam mulut.

Aku turut potong dengan sudu plastik sikit lalu disumbatkan ke dalam mulut. Kunyah perlahan-lahan. Sedap. Apa bahan-bahannya ya?

Baru aje nak bertanya resepi makanan itu, tiba-tiba aku rasa tekakku macam gatal. Sebelum tiba-tiba rasa macam sempit. Lalu aku terbatuk-batuk kuat. Kulit tangan mula rasa tebal. Pinggan yang dipegangku jatuh. Tangan memegang leher yang aku rasa makin sempit.

“Rissa, kenapa ni?” Suara Arin cemas.

Aku tak dapat menjawabnya gara-gara batuk yang berterusan. Disebabkan itu, aku mula menjadi tumpuan semua orang. Ramai yang mengerumuniku.

Lucca, get the doctor! She’s having anaphylaxis.” Entah bila Dheo muncul di sebelahku. Wajahnya serius.

Lucca patuh.

“Dia alergik dengan udang. Kenapa bagi dia makan benda yang ada udang?” Aku dengar suara Dheo marah. Entah kepada siapa. Semua terdiam.

“Sa.. Saya tak tahu dia alergik udang, Encik Han.” Aku dengar suara Kak Fizah dah macam nak menangis.

Kesian dia aku tengok. Bukan salah dia. Salah aku sendiri yang cuai. Aku patut tanya isi kandungannya dulu sebelum makan.

   ----

Tak pasal-pasal aku ditahan di bilik infirmary La Prince untuk pantauan dua puluh empat jam. Tak pasal-pasal juga aku kena menginap di sini malam ni. Sebaik sahaja doktor tiba tadi, aku terus dibawa ke bilik infirmary.

Aku pandang sekeliling bilik itu. Kalau tak sakit, aku takkan tahu kewujudan bilik itu. Tak besar sangat. Maklumlah, bukan setiap hari orang akan sakit. Tapi bilik ni tak adalah kecil sangat. Hanya ada dua katil pesakit. Selesa.

Bunyi pintu terbuka buatkan perhatianku teralih ke arah pintu. Dheo yang hanya berkemeja seperti pagi tadi. Bezanya, kot dan tali lehernya dah dicampak entah ke mana. Lengan kedua-duanya juga dilipat ke siku. Gaya santai.

Dheo melangkah ke arahku.

Are you okay?” Kalau telinga tak salah dengar, bersama soalannya yang dingin itu, ada terselit rasa risau.

Dheo risaukan aku?

“Alhamdulillah, okey. Terima kasih, encik,” ucapku.

Tanpa dia yang bertindak cepat, nyawaku mungkin melayang tadi. Bila doktor tiba tadi, dia bertindak sangat pantas. Datang-datang aje, aku terus dicucuk. Doktor itu bagaikan dah tahu dengan keadaanku. Pasti Dheo sudah menceritakan semua.

Buatkan aku tertanya-tanya.

“Macam mana encik tahu saya alergik dengan udang?” soalku.

Tubuhnya sedikit mengeras sebelum kembali relaks. Wajahnya tak bereaksi. Mata juga terpancar keyakinan.

I could taste shrimp in that food. What else people might have allergies to?” jawabnya.

Pendek kata, dia sebenarnya teka aku alergik dengan udang disebabkan oleh kepakaran lidahnya yang tajam mengalahkan chef dunia? Tapi.. boleh jadi aku alergik dengan tepung? Gula? Telur?

Separuh hatiku tak percaya dengan kata-katanya itu. Tapi tak pula aku pertikaikannya. Boleh jadi dia dah siasat latar belakangku. Bak kata Lucca, ‘He’s Dheo Han. Everything is on his fingertips.’

You were having anaphylaxis. Tahu tak severity anaphylasis ni boleh bawa maut? Macam mana kalau allergic reaction awak teruk tadi?” Dia marah aku pula.

Nampak rahangnya diketap kuat. Aku dijeling tajam. Telan liur juga aku dibuatnya.

Sorry.. saya tak tahu pun makanan tu ada udang.” Aku pun tak tahu kenapa aku minta maaf.

“Tapi encik tak payahlah marahkan Kak Fizah. Dia tak salah. Dia tak tahu pun yang saya alergik udang. Saya yang cuai,” sambungku lagi. Aku tahu Kak Fizah rasa bersalah. Aku lagilah rasa bersalah. Gara-gara aku, rosak majlis hari ni.

Dheo diam.

“Awak perlu rehat sekarang ni.”

“Bukan saya aje, encik. Encik tu pun perlukan rehat.” Aku ingatkan dia balik. Pandang pada tubuhnya.

Dia cuma angguk. Lebih kepada nak sedapkan hatiku. Aku tak percaya pun dia akan rehat. Tapi aku cuma diam.

“Rehatlah. Jangan risaukan benda lain.  I’ll be sending someone to accompany you. Nanti dia akan bawakan segala keperluan yang awak perlukan. Bila ada room service, make sure makan. Doktor akan periksa awak sekali lagi sebelum dia balik nanti.” Suara Dheo berubah lembut. Terharu aku dengan layanannya. Dheo sangat baik.

Dheo mula melangkah pergi. Entah kenapa, rasa berat hati. Gila ke aku cakap kalau aku nak dia temankan aku malam ni? Memang gila pun, Nurissa! Kau dengan dia tu bukan mahram. Lagi teruk, dia tu bukan Islam. Ada jurang sangat besar.

Aku pun tak tahu kenapa boleh fikir macam tu. Sudahnya, aku hanya mampu melihat Dheo berlalu. Tapi aku tetap tak faham kenapa aku dilayan sebegini. Pantauannya macam aku ni kena sakit jantung, bukannya sebab anaphylaxis.

As if he’s protective over me!

“Kenapa encik lakukan semua ni?” Laju lidahku bertanya. Tika itu, kakinya betul-betul berada dia depan pintu. Tangan pun dah pegang tombol pintu.

Nampak dia kaku. Tapi badan masih menghadap pintu.

Diam.

Because I’m worried of you.” Perlahan jawapannya sebelum aku mendengar pintu terkatup.

Hilang sudah susuk Dheo. Tapi aku masih terpegun di tengah-tengah katil. Tak sangka jawapan jujurnya itu.

Pegang dada sendiri. Dup dap-dup dap!

Oh, hati! Janganlah teruja sangat!

    ---------

Aku mendengar pintu diketuk sebelum dibuka dari luar. Arin. Tengah senyum lebar, berjalan ke arahku. Pakaiannya dah bertukar. Jam di dinding dikerling. Dah pukul 5.00 petang. Maksudnya, shif Arin dah habis. Patutlah.

Aku senyum ke arah Arin. Dia pula ambil tempat di atas kerusi sebelah katilku.

“Rissa dah okey?” soalnya.

“Alhamdulillah dah okey. Cuma kulit gatal sikit,” jawabku. Beberapa tempat di badanku masih ada kesan-kesan merah.

“Lega sikit Arin dengar. Kita orang risaukan Rissa tadi. Nasib baik Rissa okey.”

Rasa bersalah.

Sorry.. sebab Rissa, majlis dah terganggu. Mesti semua marahkan Rissa, kan?”

“Mana ada. Semua orang risaukan Rissa. Jangan risaulah.” Arin cuba tenangkan aku.

Kemudian nampak dia macam baru teringat sesuatu.

“Oh, ya! Ni.. barang-barang keperluan yang Rissa perlukan. Encik Han suruh bagi.” Dia serahkan satu beg kertas yang agak besar kepadaku.

Aku belek isinya. Lengkap untuk keperluan diri. Keperluan untuk mandi, keperluan untuk pakaiaan. Semuanya masih bau kedai. Maksudnya, dia baru beli. Bila aku cakap isinya lengkap, maksudnya memang lengkap habis. Siap dengan pakaian dalam. Belek saiz, memang betul. Macam mana dia tahu saiz aku?

Merah mukaku, entah kenapa. Aku haraplah dia suruh perempuan yang belikan. Aku rasa Dheo tak serajin itu nak pergi beli. Kerja dia, petik jari. Lepas tu, orang lain yang uruskan. Aku rasa mesti Cik Nancy yang tolong belikan.

Lega sikit bila fikir macam tu.

“Terima kasih,” ucapku.

Note kepada diri sendiri. Lepas ni, jumpa Dheo, ucap terima kasih!

“Arin dah nak balik ke?” soalku. Pasti dia singgah kejap sebelum balik.

“Arin teman Rissa malam ni.”

Oh.. seseorang yang dimaksudkan Dheo tadi adalah Arin.

“Tak menyusahkan Arin ke?” soalku. Serba-salah juga. Aku tak suka susahkan orang.

“Eh, tak adalah! Arin lagi suka boleh tolong Rissa. Lagipun, bila lagi nak rasmi infirmary ni? Dah lama kerja pun, tak pernah jejak masuk,” kata Arin berbaur gurauan.

Kemudian pandang sekeliling.

“Selesa juga bilik ni. Ada TV lagi. Nanti dapat makanan percuma. Memang dah macam duduk kat hotel. Rasa untung kerja kat hotel ni.”

Aku ketawa mendengarnya. Dalam hati, mengiakan. Hotel ini sangat menjaga kebajikan pekerja dan tetamunya. Doktor pelawat dari klinik berdekatan bertugas on call dua puluh empat jam untuk hotel ni. Bilik infirmary pun lengkap dengan semua keperluan sebagai persedian untuk apa-apa kecemasan. Bukan sekadar first aid kit.

“Rissa pun tak tahulah kenapa kena stay kat sini. Bukan teruk pun. Boleh aje kalau Rissa balik rumah.” Aku mengeluh. Tang tu aku masih lagi tak faham. Aku alergik aje, bukan sakit jantung, bukan juga strok!

Arin diam. Aku ingat dia tak dengar. Tapi bila aku pandang dia, dia dah pandang aku. Macam cari apa cacat-cela kat muka aku ni.

“Rissa dengan Encik Han ada apa-apa ke?”

Nasib baik aku tak minum air. Kalau tak, grenti tersembur. Kenapa Arin boleh tanya macam tu?

“Eh, mana ada apa-apa! Kenapa tanya macam tu?” Aku ingin tahu.

“Encik Han peduli pasal Rissa. Tadi nampak dia betul-betul marah bila Rissa jadi macam tu. Nampak dia cemas.”

Because I’m worried of you.

Masa ni la nak terngiang-ngiang balik apa yang Dheo cakap tadi. Eh, dia risau sebagai seorang bos kepada stafnya.

“Sayakan staf dia. Mestilah dia risau. Kalau jadi kat orang lain pun, dia mesti buat benda sama.” Aku menepis andaian Arin.

Dheo risaukan aku sebagai bos risaukan stafnya.

“Ya ke? Sebenarnya, dah lama Arin perasan dan perhatikan. Encik Han nampak lain bila dengan Rissa. Bukan Arin aje perasan. Orang lain pun perasan. Mula-mula sebab dia ada personal housekeeper. Kemudian boleh dikatakan hari-hari dia duduk di penthouse dia.” Arin berkata. Sambil mengurut dagunya. Sambil tenung aku.

Aku telan liur.

“Lepas tu, hari ni, sekali aje Rissa ajak dia datang majlis, terus dia datang. Apakah maksudnya? Sebab tu semua syak Encik Han dan Rissa ada apa-apa,” telah Arin lagi.

Aku kering liur dah. Tak tahu nak cakap apa.

“Entah-entah, Encik Han suka Rissa tak?”

Haish.. takkanlah! Mana ada.” Aku menafi lagi.

Arin tepuk tangan. Buatkan aku terkejut.

“Arin suka. Arin suka.” Lebar dia sengih.

“Sebab Rissa dengan Encik Han memang sangat sesuai. Dia nampak macam batu. Handsome tapi serius. Like a beast. Rissa pula lembut. Cantik dan innocent. Like an angel. Memang complement to each other.”

“Boleh jadi fairytales. Bagi tajuk, The Beast And The Angel. Tak pun, The Angel’s Beast,” kata Arin lagi. Tayang muka dreamy siap.

Aku cuma diam, tak kata apa-apa. Seronok dengar dia reka cerita. Nak tergelak pun ada.

Kemudian nampak wajah Arin macam tersedar sesuatu. Lepas tu dia senyum misteri. Seram pulak aku tengok dia senyum macam tu.

“Maksudnya, Encik Han tak gay! Yay!”

Kali ni aku serius tergelak.

Arin.. Arin..

24 comments:

  1. Alaaa... Seronok laa... Tashabar nak tunggu dheo's dibukukan. Apa agaknya cover dia ekk?? Tertanya pula.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe... lukisan yg rissa lukis n lukisan yg ada kt la prince tu? ada gmbr tngn lelaki n perempuan berlatarkn menara eifel? hahaha... maybe bukan jgak...

      Delete
  2. Dheo is the best hero among your novel sisss... really like his character 😍😍

    ReplyDelete
  3. Auch....congrates kak anjel...dheo ni bahaya sikitt...terlalu manisssss😆😆😆😆😆😆😆😆😆😆

    ReplyDelete
  4. Auch..bunga sakura dah mula berguguran.. 😍😍😍😍

    ReplyDelete
  5. Eh arin pulak yg happy dheo tak gay hahaha . How cute .

    ReplyDelete
  6. Best laaa...meltingggg.😍😍

    ReplyDelete
  7. yeaahh.. akhirnya mereka tau Dheo not g**.. yay!

    ReplyDelete
  8. I like it this part.. the caring of Dheo. Ada lg?

    ReplyDelete
  9. Can’t wait for both of them to stop denying their feeling.
    Mesti banyak semut nanti. Hehehe...

    ReplyDelete
  10. Best... x sabar versi novel..😍😉😗

    ReplyDelete
  11. hahaha ...yg last tu .. he's not gay. ..yeay ..

    ReplyDelete
  12. kan betul.. dheo ni masa silam si mia bella yang dia tidak ingat.. tidak sabar nak baca yang versi novel..

    ReplyDelete
  13. bila lagi ada Pesta Buku dalam masa terdekat ni?

    ReplyDelete
  14. Falling in love with dheo..😍

    ReplyDelete
  15. Baru nak layan balik novel lps lame da tinggal xbaca novel. Hrp ny novel2 best cmni xperlu ade adaptasi sbb mcacatkan imaginasi kite hahaha

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )