Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Sunday 1 April 2018

Dheo's (BAB 15)


BAB 15

Perlahan-lahan aku tolak pintu bilik tetamu itu. Penuh hati-hati supaya bunyi yang terhasil adalah kadar paling minima. Tak nak Dheo yang sedang berehat itu terganggu. Aku melangkah ke arah katil.

Kemudian aku duduk di atas kerusi di sebelah Dheo. Dheo sedang terbaring kaku di atas katil besar itu. Tidak berbaju. Jelas kelihatan balutan putih yang agak besar di bahagian perutnya. Mungkin kesan ubat tahan sakit yang diberi tadi, Dheo hanyut dibuai mimpi.

Wajah kacaknya ditenung. Dengan mata tertutup macam ni, Dheo nampak tenang. Tiada wajah seriusnya. Tiada mata dinginnya. Macam bayi yang tak tahu apa-apa. Dadanya turun naik dengan perlahan.

Lega. Aku rasa sangat lega bila Dheo selamat. Apa yang jadi malam tadi, pasti sesuatu yang sangat serius. Kalau tak, masakan Dheo ditembak? Tapi siapa yang menembak Dheo? Dan kenapa?

Aduh.. terlalu banyak persoalan yang mengasak kepala! Tapi satu pun aku tak tahu jawapannya.

Principessa, you should be sleeping.” Suara itu perlahan, tapi mampu memeranjatkanku.

Aku pegang dada. Berpaling ke arah Lucca. Lucca pun, ada satu balutan di kepalanya. Bila dia muncul? Langsung aku tak dengar bunyi pintu.

“Saya nak tengok Encik Han dulu. Lepas tu baru saya boleh tidur,” kataku jujur. Wajah Dheo kutenung lagi. Selagi aku tak tahu keadaan Dheo, selagi itulah hatiku tak tenang.

Lucca diam. Hanya memerhati interaksiku dan Dheo. Bagaikan sedang meneliti. Aku terus berdehem. Betulkan duduk dulu. Aku tak nak Lucca syak aku ada hati pada Dheo. Teruk padahnya nanti.

Don’t worry. He’s Dheo Han.

Aku berpaling ke arah Lucca.

“He’s strong. He used to it.”

Used to it? Dah biasa cedera macam ni? Kenapa dia nak bahayakan nyawa dia macam ni? Dia tak sayangkan dirinya ke? Hatiku rasa macam direntap. Susah hati. Sedih.

Lucca renung wajah Dheo. Aku nampak ada kasih sayang yang jelas terpancar di wajah Lucca. Dan aku tahu Dheo bukanlah hanya sekadar bos untuk Lucca. Hubungan mereka erat. Mungkin dah macam adik-beradik.

Lucca kesahkan Dheo. Bila kepalanya sendiri perlukan rawatan, tapi dia memilih untuk menolong Dheo dulu. Sehingga kering darah di kepalanya tadi. Dia risaukan Dheo sehingga diri sendiri pun diletakkan di tempat kedua.

“Awak dah lama kenal Dheo?” soalku ingin tahu.

Years. My loyalty lies with him. Dulu, kini dan selamanya. Tanpa dia, saya mungkin tak bernafas sekarang ni. He took me when everyone casted me aside, when I was just a trash to society.” Lucca bercerita.

I am a bastard. The product of rape. Ibu saya dirogol secara bergilir-gilir. Ayah saya? I don’t even know whom. Ibu saya meninggal sebab depression. Suicide. Keluarga tak nak saya. To them, I was just a disgrace. Suatu hari, saya ditinggalkan di tepi jalan. I was just eight.”

Hatiku bagaikan ditarik-tarik ketika mendengar cerita Lucca. Wajahnya tegang, cuba mengawal pelbagai emosi. Lucca sedang menceritakan kepadaku kisah peritnya. Zaman kanak-kanak yang tak indah untuk dikenang.

Dibuang ketika umur lapan tahun? Apalah sangat yang budak umur lapan tahun tahu masa tu? Kanak-kanak seusia itu sepatutnya baru belajar tentang kehidupan. Bermain-main. Bergembira dengan kawan-kawan. Tapi Lucca?

Tanpa sedar, air mataku bertakung. Hati sebak mendengarnya.

Don’t cry for me, principessa. It was one of the best thing happened to me. Lepas tu saya kenal Dheo. Walaupun usia dia muda setahun dari saya ketika itu, tapi Dheo kutip saya. Dia berkawan dengan saya. Mungkin juga sebab kisah kami lebih kurang. Because of him, I was taken into D’Ambrusio family. I was trained to be one of them. My loyalty stands with Dheo.”

Dheo juga punya kisah seperti Lucca? Kisah lebih kurang Lucca. Lucca juga pernah cakap yang kisah zaman kanak-kanak Dheo juga tak seindah orang lain. Ini entah kali ke berapa aku mendengarnya. D’Ambrusio. Apa kisah keluarga D’Ambrusio ni? Dan aku tahu kalau aku tanya Lucca, jawapan aku dapat mesti sama.

It is not my story to tell. Nak tanya tuan punya badan? Hmm.. janggut aku dah tumbuh pun belum tentu dia bercerita.

Aku tarik nafas dalam-dalam.

“Apa dah jadi malam ni? Kenapa dia kena tembak? Kenapa kepala awak berbalut?” korekku lagi.

I can’t tell you. If you want to know, you have to ask Dheo yourself.” Jawapan yang aku dah agak.

Was it something illegal?” Dadaku berdebar ingin tahu. Kalaulah Lucca angguk, aku tak tahu apa yang aku akan rasakan. Hatiku mungkin hancur walaupun aku tak tahu kenapa.

“Jangan risau. Dheo takkan lakukan sesuatu yang illegal sekarang. It’s against his principle.”

Aku tarik nafas lega lepas Lucca cakap macam tu. Maksudnya apa yang jadi malam ini bukan disebabkan sesuatu yang haram. Mungkin sesuatu yang berisiko dan bahaya. Atau mereka sebenarnya mangsa keadaan?

Tapi apa dia? Mereka ni ajen perisikan ke apa? Pening kepala aku nak fikir.

Go to sleep, pricipessa. Dah lewat ni. Maaflah sebab kami redah rumah awak. Because it is the closest.”

It’s okay. Lagipun, ni rumah Dheo,” jawabku. Kenyataan. Dheo tuan rumah ni. Apalah kuasa aku pada rumah ini berbanding dengan Dheo?

“Awak tu pun kena rehat, Lucca. Awak tu pun cedera,” nasihatku pula.

Aku menguap sekali. Baru rasa mengantuk. Hati pun dah tenang bila dah tengok Dheo. Aku bangun dari dudukku. Melangkah keluar. Sempat kepala berpaling sekali lagi untuk melihat Dheo.

   -----------

Awal-awal pagi lagi aku dah bangun untuk menyiapkan sarapan. Sarapan yang ringkas. Aku hanya sediakan pancake dan roti bakar. Aku masakkan juga satu mangkuk bubur untuk Dheo. Tipikal makanan orang sakit. Satu teko air teh O panas turut disediakan. Rumah masih sunyi. Mungkin semuanya masih penat.

Fikiranku melayang pada Dheo. Sebaik sahaja aku buka mata, memang Dheo yang pertama aku ingat. Dia macam mana hari ni? Dah bangun ke? Adakah dah okey sikit?

Lepas aku letak apa yang aku masak di atas meja di ruang makan, kaki diorak ke bilik tidur Dheo. Ingin melihat keadaan Dheo. Sebaik sahaja aku mendekati pintu bilik Dheo yang sedikit terbuka itu, dapat kudengar suara bagaikan orang bertikam lidah.

Tekap telinga di pintu. Nak curi dengarlah kononnya! Sekali dengar per favore, preoccupata dan entah apa lagi yang telinga tak sempat tangkap. Dia orang cakap Itali daa! Tekap telinga subuh besok pun aku takkan faham.

Note pada diri sendiri. Mohon belajar Bahasa Itali nanti.

Morning.” Aku memunculkan diri. Sapa pun sekadar untuk memaklumkan kepada mereka tentang kewujudanku. Supaya mereka berdua kalau nak bertegang leher pun, sila pandang kiri kanan.

Diam. Masing-masing berpaling ke arahku. Dheo dah buka mata tapi masih berada di atas katil. Dan Lucca berdiri di sebelah katil Dheo.

Morning, principessa.” Hanya Lucca yang sapa aku.

Dheo pula hanya serius di atas katilnya.

“Apa dah jadi? Kenapa awak berdua bergaduh?” soalku ingin tahu.

“Oh, tak ada apa-apa! Cuma bos kita ni degil nak bersiap pergi kerja.”

What? Are you kidding me?” Suaraku sedikit kuat.

Jeling Dheo. Duduk pun tak betul ada hati nak pergi pejabat? Dia tak sedar ke yang dia tu baru lepas kena tembak, bukannya lepas kena cucuk jarum.

“Awak tu sakit. Kena banyak berehat. Tak boleh banyak bergerak.” Aku marah Dheo.

Dheo mendengus kecil. Tapi masih diam. Belum membalas kata-kataku.

Wow.. aku marah Dheo? Aku marah Encik Bos. Tak sangka aku berani marah dia. Dan yang lagi buatkan aku rasa bersalah adalah aku tak rasa bersalah pun sebab dah marah dia. Sebab aku marah demi kebaikan dia.

Good, principessa. Scold him.” Lucca mengapi-apikan keadaan. Nampak bibir Lucca senyum sinis ke arah Dheo. Seronok bila ada orang sekapal dengannya.

It’s nothing, Tesoro. I used to it. I’m good,” jawab Dheo.

Dheo cuba bangun. Baru separuh, aku meluru ke tepinya. Tubuhnya aku tolak supaya kembali baring. Mata Dheo meluas. Pasti tak menduga dengan tindakanku. Jangankan dia, aku pun sama.

Lepas aje kedua-dua tapak tangan mendarat di dada bidangnya, terus aku tarik tanganku. Rasa bagaikan kena renjatan. Sebab Dheo masih tak berbaju dan aku dan terpegang dia tanpa sengaja. Berani pula aku pergi pegang dia? Tapi aku tak sengaja. Hanya nak dia duduk diam-diam atas katil.

Aku berdehem. Cuba menghilangkan suasana yang rasa dah berubah canggung. Berlagak biasa. Muka serius ditayang.

You mister, are not allowed to step out of this bed.” Aku berkata tegas. Jari telunjuk di tunjukkan ke arahnya. Gaya macam mak marah anak.

I’m a busy man, Rose. I have to go.” Suara protes dari Dheo.

No!”

I’m your boss.”

Kali ini aku bercekak pinggang.

Well.. you’re living under my roof. So my words, my commands. Understood?”

Dheo ternganga mendengarnya. Mulut mahu membalas, tapi tiada apa yang keluar. Dua kali dia macam tu. Dan kemudian, nampak dia senyap. Mungkin dah tak tahu nak balas apa.

Understood?” tekanku lagi.

Lama dia tenung aku. Aku pun serius tenung dia. Aku tak bergurau.

Yes. Yes. Understood.” Suara Dheo bagaikan sedang tahan rasa marah. Muka pun tegang. Tak puas hati, tapi tak boleh nak lepas. Comel!

Good.” Aku puas hati.

Kini aku beralih kepada Lucca. Nampak Lucca sedang berpeluk tubuh. Nampak seronok betul dia tonton drama swasta aku dan Dheo. Kalau ada popcorn, pasti lengkap! Tiap kali aku dan Dheo berbalas kata, satu popcorn masuk mulut.

Make sure dia tak pergi kerja.”

Si, capa!” Lucca tabik hormat. Mulut tahan senyum.

Aku ingin berlalu keluar. Nak bersiap pergi kerja. Hari ni kerja shif pagi. Berat hati nak tinggalkan Dheo. Risau kalau dia ada apa-apa berlaku. Mesti kepalaku asyik teringatkan dia aje nanti.

Where do you think you are going, Tesoro?” Dheo berbunyi.

Aku berhenti. Pusing balik menghadap dia.

“Bersiap. Nak pergi kerja.”

Wow.. awak boleh pergi kerja tapi saya terkurung dalam rumah ni?” Dheo mengungkit.

Well.. saya tak ada kelas hari ni, jadi saya kena pergi kerja.”

That’s what you are wrong, dolce cuore. If I absent, so are you.”

“Eh, kenapa pulak?” Tak puas hati. Yang sakit dia, kenapa aku yang kena ponteng kerja.

Since I’m under your roof, so I’m your responsibility. And as your boss and the owner of the house, I command you to stay. You have to take care of me.” Dheo guna kuasa veto dia. Mengarah. Suaranya tiada kompromi.

Giliran aku pula ternganga. Macam Dheo tadi. Nak bersuara, tapi tak terkeluar. Sudahnya aku diam. Pertama, dia betul. Kedua, jauh di sudut hatiku, aku memang mahu jaga Dheo. Tapi gara-gara aku sedar status diriku dan aku punya komitmen lain, perasaan itu harus ditolak ke tepi.

Sebab aku bukan siapa-siapa pada Dheo.

Understood?”

 “Understood.” Aku masih menjawab.

Good.” Dheo senyum sinis. Macam pulangkan paku buah keras.

Aku mengetap gigi. Geram! Kami tak lepas dari berpandangan. Seakan-akan sedang saling mencabar. Tapi aku tak tahu tentang apa. Yang pasti aku tak nak kalah. Dan Dheo pun sama.

Dan tak lama lepas tu, kedengaran Lucca ketawa kuat. Terus kami berdua pandang Lucca. Dah kenapa dia ni tiba-tiba ketawa? Sepanjang-panjang perbualan aku dan Dheo, aku rasa tiada sepatah pun yang lawak.

Kami berdua tak lepas pandang Lucca. Tunggu dia habis ketawa. Tak lama lepas tu, ketawa mula mereda. Lucca lap hujung mata. Tiap kali dia ketawa, mesti sampai berair mata. Tanpa aku tahu apakah yang lawaknya? Terhibur sungguh!

Tak faham!

Oh, my God! I miss this.”

Miss this? Miss apa? Aku blur. Tak faham kuasa dua.

Bila aku pandang Dheo balik, Dheo palingkan wajahnya ke arah lain. Nampak dia tarik nafas dalam-dalam. Tapi, sempat aku nampak mata Dheo yang sarat dengan perasaan walaupun sekilas.

    ---------

Sekali lagi aku mengatur langkah ke bilik Dheo. Kali ini bersama satu dulang yang berisi sarapan khas untuk Dheo. Dheo perlu bersarapan sebelum makan ubat tahan sakit. Ketika aku tiba, Lucca dah tiada. Hanya Dheo yang sedang duduk berlunjur di atas katil. Bila aku cakap dia tak dibenarkan untuk jejak kaki keluar dari katil, tak sangka pulak dia dengar cakap. Bagus!

Gara-gara bunyi yang terhasil, perhatian Dheo teralih kepadaku. Aku senyum segaris bila mata kami bersabung. Reaksi wajahnya selamba sambil memandang apa yang berada di tanganku.

Aku berjalan ke tepi katil. Letak dulang di atas meja kecil di sebelah katil. Lalu aku labuhkan punggung di atas kerusi di situ.

“Saya bawakan breakfast untuk Encik,” kataku walaupun aku dah tahu dia nampak.

Aku nampak dia tenung mangkuk bubur itu. Diam.

“Encik nak saya suapkan ke?” soalku.

Wajahnya nampak sedikit terkejut.

Erk.. kenapa aku rasa macam tak kena aje dengan soalanku itu? Rasa macam aku pulak yang terhegeh-hegeh. Serius aku cuma nak tolong dia. Atas dasar kemanusiaan. Tak ada niat lain. Sebab kami kini berdua. Kalau bukan aku yang tolong, siapa lagi?

 “Err.. maksud saya, saya tahu tangan encik masih okey. Tapi kalau encik rasa susah nak makan, saya boleh tolong suapkan untuk encik. Err.. macam nurse. Tolong pesakit. Profesional,” kataku sebelum dia salah faham.

Yang ni pun kiranya termasuk skop yang dia cakap ‘You have to take care of me’ la kan? Serius tak rasa nak acah-acah perempuan melayu terakhir, nak pikat atau goda dia.

Dia hanya diam. Tenung aku lagi.

“Lucca mana?” Itu yang ditanyanya.

“Oh, encik nak saya panggilkan Lucca ke?”

No, just asking!” Cepat dia jawab sebelum aku berdiri.

“Saya pun tak pasti. Mungkin dia bersihkan diri,” jawabku.

Dia cuma angguk faham. Kemudian dia pandang lagi sekali bubur itu.

“Encik nak saya suapkan?” soalku lagi.

Sekali lagi dia hanya angguk.

Kerusi ditarik rapat sikit ke arah Dheo. Senang sikit nak suap dia. Aku mengambil mangkuk berisi bubur itu. Dah kurang panas. Memang aku dah pastikan bubur tak panas sangat sebelum aku masukkan ke dalam mangkuk. Supaya Dheo senang makan.

Aku ingatkan senang rupanya nak tolong suap orang sakit makan. Tapi, bila tanganku yang sedang memegang sudu itu naik ke mulut Dheo, nampak sedikit menggigil. Tangan menggigil, dada berdebar. Tak tahu kenapa!

Dheo sendiri dapat melihat tanganku yang dah macam kena mild Parkinson tu. Tapi dia hanya biarkan. Tak berkata apa-apa. Buatkan aku sedikit lega. Mulutnya hanya ternganga sedikit untuk menerima sudu berisi bubur itu.

Satu suap masuk mulut Dheo. Sekali kunyah, dia berhenti. Pegun.

“Kenapa encik? Tak sedap ke?” Laju aku bertanya. Buatnya dia muntah hijau gara-gara masakanku, apa aku nak jawab kat ahli lembaga pengarah syarikat dia?

No. Sedap,” katanya perlahan.

Teragak-agak aku nak terima kata-katanya itu. Takut itu cuma ayat penyedap hati.

It’s just.. it reminds me of something.”

Aku terdiam. Aku harap bukan sesuatu yang buruk atau sesuatu yang dia mahu lupakan.

Hopefully something good.”

The best,” katanya.

Aku sempat tangkap sesuatu di matanya sebelumnya semuanya hilang. Wajahnya berubah menjadi dingin. Stoic. Macam biasa.

Ini bukan kali pertama matanya seperti itu. Di balik wajah sejuk bekunya itu, aku tahu dia punya perasaan. Perasaan yang cuba dilindungi daripada mata umum. Sesuatu atau seseorang yang agung yang mampu membuatkan hati Dheo Han yang dingin itu hangat dengan perasaan.

Dan aku cemburu. Tapi pada masa yang sama aku rasa sedih. Sedih sebab Dheo jadi dingin. Sesuatu mesti telah terjadi di masa lalunya. Kenapa? Adakah dia pernah terluka? Atau pernah kehilangan seseorang yang dia sayang?

If only he could open up!

Aku menyambung balik menyuapnya. Kami lebih banyak diam. Tapi diam yang selesa. Hanya tanganku yang bergerak. Dan Dheo pula sesekali aku melihat dia berfikir jauh. Beberapa minit kemudian, licin mangkuk itu. Puas hati bila Dheo berjaya habiskan makanan tipikal orang sakit itu.

Aku letak mangkuk kosong di atas meja kecil itu. Air masak pula diambil dan diberikan kepada Dheo. Dihirupnya dengan perlahan. Dan lepas tu, aku bagi dia makan dua biji ubat tahan sakit.

Aku kemas-kemas sikit sebelum bangun. Membiarkan Dheo berehat.

“Saya keluar dulu, Encik. Ada apa-apa nanti, encik boleh panggil saya.”

Aku berjalan keluar bersama bekas kotor di tangan.

“Rose,” panggilnya. Kakiku terhenti seketika. Berpusing menghadapnya.

No one must know about this.” Suaranya cuma biasa, tapi aku dapat rasakan amaran terselit.

Aku angguk. Lagipun bukan jenis aku yang suka jaja cerita pada orang. Bergosip bukan minatku. Nak dengar, tumpang gelak untuk hilangkan bosan tu bolehlah.

“Ada apa-apa lagi ke, encik?” soalku lagi. Sebab aku nampak bibirnya bagaikan ingin berkata sesuatu.

Aku mengunggu.

Nothing.” Akhirnya dia geleng kepala.

Aku kembali pusing. Sambung berjalan. Beberapa langkah menghampiri pintu, aku mendengar Dheo berkata sesuatu. Sangat perlahan. Dan aku tak pasti betulkah yang aku dengar.

Thank you, mia bella.”

Tapi.. macam aku cakap tadi, aku tak pasti adakah itu yang aku dengar. 

32 comments:

  1. Haiyarkkkkkkkkkkkkkk.....oh dheo...go go....fighting kak anjel💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋

    ReplyDelete
  2. Sis bila nak keluar novel nie?? Xsabar dah nie..

    ReplyDelete
  3. Wah, mia bella gitu! Sesuatu sgt������

    ReplyDelete
  4. Kiiiaaaa... Nak lagi...😚😚

    ReplyDelete
  5. Mia bella mean my beautiful.. rasanya dheo n rose ada masa lalu bersama.. aoouushh cant waitt fir next capter 😘😘😘😘

    ReplyDelete
  6. Bila cakap encik bos...teringat sebutan adudu kt encik bos dlm boboboi..😂😂😂

    ReplyDelete
  7. Ohh rasa macam ke awan 🌸🌸😂

    ReplyDelete
  8. superppppppp..trbaik aaa..more plzzz sis.love uuu...

    ReplyDelete
  9. adakah Dheo ini akan keluar utk PBKL

    ReplyDelete
  10. Woo dheos dah kasi hint tuuu . Rose tak pasti pulak apa yg dia dengar 😲

    ReplyDelete
  11. Buku ni dilancarkan masa pbakl ke? Kalau ada, nk masuk dalam list to buy huhu 😆

    ReplyDelete
  12. Thanks Anjell, the best bab ever, hilang terus Monday blues 😬

    ReplyDelete
  13. Their yet untold history is killing my brain cell. Their cute moment together make me giddy. Heheheh

    ReplyDelete
  14. So.. good. cant wait for more Anjell

    ReplyDelete
  15. Always wait... Sabo..sabo..

    ReplyDelete
  16. aduss...berdebor2 plk. pegang dada sendrik. ahhaha

    ReplyDelete
  17. X sabar tunggu novel nie keluar...

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah, tunggu punya tunggu akhirnya ada jugak...hati limpa hempedu akak semuanya dah stabil la ni . Hoping dheo will get along with rose happily ever lah . Keep it up anjell.

    ReplyDelete
  19. Bila nak kuar versi novel.. x sabar la plak.. 😉😉

    ReplyDelete
  20. Maigaddd . So excited for the next chapter !! Keep it up sis !!!!!

    ReplyDelete
  21. Nak bukukan ke kak anjell? Kalau ya saya tak sabar nk beli!!

    ReplyDelete
  22. Berdebar baca...misteri nusantara rasa huhu but I like it no I love it! Go sis go

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )