Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Monday 19 December 2016

Dheo's (PROLOG)


PROLOG

Kali pertama aku buka mata? Kosong. Hati rasa kosong. Fikiran pun rasa kosong. Apa yang aku ingat? Juga kosong.

Siapa aku? Macam mana aku boleh berada di sini? Apa yang telah terjadi kepadaku? Kenapa aku langsung tak ingat apa-apa?

Semuanya dijawab oleh lelaki separuh umur yang setia menunggu di sampingku. Orang yang bergelar ayahku. Wajah cengkungya jelas-jelas kepenatan. Ada lingkaran gelap di bawah mata yang menjadi bukti nyata bahawa dia terkesan dengan keadaanku.

Nurissa. Itu yang dia panggil aku. Nama penuh, Nurissa Rose binti Noriman. Aku dimasukkan ke hospital gara-gara kemalangan jalan raya. Teruknya sampai doktor tak tahu sama ada mereka boleh selamatkan aku atau tidak. Dengan izin Allah, aku berjaya melepasi tahap kritikal. Tapi aku koma untuk jangka masa yang tak siapa yang tahu.

Sehinggalah sekarang. Setahun. Itulah jumlah masa aku terlantar di atas katil ini. Sangat terkejut. Juga bersyukur. Rasa macam mati dihidupkan semula. Mereka semua mendefinasikannya sebagai keajaiban. Tapi aku pula mendefinasikannya sebagai peluang kedua. Mungkin aku diberikan peluang untuk tebus kesalahanku? Atau berbakti kepada orang yang sayangkanku? Atau sebenarnya ini semua berkat orang-orang yang doakan aku agar terus kuat berjuang? Wallahualam. Aku sendiri pun tak tahu.

Malangnya aku bukan diriku sebaik saja aku buka mata. Setiap yang berlaku pasti ada komplikasi yang bakal kutanggung. Hantukan kuat pada belakang kepalaku buatkan aku alami retrograde amnesia. Kata doktor, keadaan ini mungkin sementara. Boleh jadi beberapa hari, beberapa bulan dan mungkin juga sehingga ke akhir hayatku. Perasaanku bila doktor cakap macam tu?

Kosong.

Dan beberapa hari telah pun berlalu. Keadaanku masih sama. Hidup tanpa tahu siapa kita yang sebenarnya amat memenatkan dan stres. Aku bagaikan tak punya identiti diri. Hati selalu tertanya-tanya, bagaimana kehidupanku sebelum aku hilang ingatan? Baikkah aku? Atau jahatkah aku? Berapa banyak pahala aku? Atau lebih banyak dosa terkumpul? Rasa bagaikan hidup tak lengkap.

Mungkin emosi masih kurang stabil, aku sering menangis apabila ditinggalkan sendirian. Entah kenapa aku rasa satu kehilangan yang amat besar tanpa ingatan. Aku tak tahu kenapa aku rasa bagaikan aku lupakan sesuatu yang paling bermakna dalam hidupku. Hati bagaikan sedang dambakan sesuatu.

Atau sesorang? tapi malangnya tiada satu pun memori lepas yang terimbas dalam fikiranku.

Satu hari, apabila aku membuka mata, masih tiada apa-apa yang berubah. Pandangan kosong ke arah siling putih bilik pesakit itu. Hanya bunyi pendingin hawa yang jadi melodi di halwa telinga. Bezanya, bilik itu kosong tanpa ayah.

Hidup mesti diteruskan. Itulah motivasi yang selalu aku tiupkan ke dalam jiwa sendiri. Tiap-tiap hari.

Aku cuba duduk sendiri. Otot-ototku masih lemah gara-gara dah lama tak digunakan. Sesuatu yang berbeza hari itu. Di sisi meja kecil di sebelah katilku, ada sekuntum mawar putih cantik terletak. Bibir secara automatiknya menguntum senyum. Aneh. Ini kali pertama aku senyum sepanjang aku buka mata.

Bunga mawar bunga kesukaanku agaknya. Tangan terus capai. Kelopak lembut putih itu diusap perlahan. Cantik. Kemudian dibawa ke hidung. Dalam-dalam nafas ditarik bersama bau manis bunga mawar itu. Tenang. Sekali lagi bunga itu dipandang. Ada satu kad kecil terikat di batang mawar putih itu.

Rest well. Till we meet again, Rose
                                     Encik Duri

Rose? Dia panggil aku Rose. Tulisan tangan berangkai itu bagai dekat di hati. Sangat cantik. Sekali melihat pun aku sudah jatuh hati dengannya.

Encik Duri?

Kalau awak ros, saya durinya…

Auchh! Aku pegang kepalaku. Suara siapa yang melekat dalam kepalaku ini?

Erat-erat aku pejam mata. Cuba redakan sakit kepala yang tiba-tiba menyengat.

“Encik Duri,” sebutku. Ulang dan ulang lagi dalam kepala. Cuba membayangkan insan yang berselindung di balik sebaris nama itu. Siapa dia? Kenapa dia datang ketika aku sedang lena?

Yang pasti dia kenal siapa aku. Dan aku dapat rasakan dia adalah orang penting dalam hidupku. Kawan aku? Atau kekasih? Atau tunang? Arghh.. kenapa tiada langsung memoriku tentang siapa dia ni?

Pantang otak mula bekerja keras, sakitnya bagai mahu meletup kepala ni. Sekali lagi jari mengurut kepala. Rileks, Nurissa. Rileks. Nafas ditarik dalam-dalam, cuba untuk tenangkan diri sendiri. Beberapa kali doktor berpesan supaya aku jangan stres kalau aku taknak rumitkan lagi keadaan. Kalau aku nak baik, jangan paksa diri.

Ros di tangan dibawa ke hidung lagi. Sedut bau lagi sekali. Fikiran kembali tenang. Aku yakin bunga ros adalah bunga kesukaanku. Bunga dari Encik Duri. Suatu hari nanti, pasti aku akan tahu siapa dia.

Aku menguap. Tiba-tiba rasa penat. Tubuh kembali dijatuhkan ke atas katil secara mengiring. Bunga itu digenggam erat ke dada sebelum tutup mata. Tanpa sedar, bibir sempat mengorak senyuman. Gembira entah kenapa.

A pretty rose definitely blows a good spirit. Tiba-tiba terngiang-ngiang ayat itu dalam kepala. Aku setuju.

Lenaku setelah itu diulit mimpi indah. Sangat indah. Terbayang seulas senyuman yang terukir bersama satu lesung pipit di pipi kanannya. Lawa. Hati rasa senang bila melihat senyum gembiranya itu. Aku rasa aku mahu selalu menjadi penyebab untuk dia tersenyum. Malangnya, wajah pemilik senyuman indah itu samar-samar.

Wait for me, mia bella..

Suara sama juga yang berkata. Juga samar-samar. Tapi selalu kudengar.

Sering tertanya-tanya. Siapakah dia?

61 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. best..best..best. 👍👍👍

    ReplyDelete
  3. rindunya, lama menunggu karya awak kali ini mesti best juga. terima kasih!

    ReplyDelete
  4. ������ awal bab pun dah tertanya tanya sapa Encik Duri tu

    ReplyDelete
  5. Prolog pun dh boleh buat sya tk sabar² nk thu kisah penuh... mmg terbaik lah kak anjell.... 😍😍😍😍

    ReplyDelete
  6. best..best..best...xsabar tggu next entry

    ReplyDelete
  7. Woahhh. Menarik . Keep it up

    ReplyDelete
  8. Saya tak sabar laaaaaa hahahhaha

    ReplyDelete
  9. Dah dapat bayangkan kehenseman suara Encik Duri :-) hehe

    ReplyDelete
  10. tak sabar la bile bole terbit nie baca prolog dah best2 sgt

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Bile nak start bab satu sis anjell😭😭😭

    ReplyDelete
  13. Sis, bile nak sambung psal Dheo's ni??? X sabar nak baca...

    ReplyDelete
  14. As salam. Kak anjell, Dheo's ni best!!! Cepat2 publish ni... X sabar nak beli n baca... Hehe

    ReplyDelete
  15. yeayyyy...ade dheo dgn nurissa!!

    ReplyDelete
  16. wahai sis Anjel...kemana menghilangnya dirimu..serius x sabar nk bca next entry...TvT

    ReplyDelete
  17. wahai kakak anjell, gimana kabar kamu lamanya menghilang semoga sehat selalu ,dan idea makin lancar biar bisa updet dheo's dan nurisa :)

    ReplyDelete
  18. Omg Sis! Dheo yg selamatkan si Hazel....patutlah mcm kenal name dia....sy bkk blog sis balik nk tgk page ni >^<

    ReplyDelete
  19. waaa!! excited plak nk bca pasal dheo n nurissa.. tgh bca alpha male tp hati lg nk tau pasal dorg ni..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..sbb baca Alpha Male barulah kenal Nurissa dan Dheo Han. Tak sabar nak tunggu novel cinta Dheo Han & Nurissa keluar >_<

      Delete
    2. aah.. baca alpha male, kenal dheo. harap2 sgt dheo punya story ni akn dipublishkan jugakk...

      Delete
  20. wah!! bestnya dh ada citer baru.tak sabar nk bca dheo dan nurissa ni.

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. Sis..bila nak upload lagi..tak sabar menanti.. lepas baca novel dr alpha male makin nak tahu pasal dheo

    ReplyDelete
  24. baru abis baca dr alpha male..tertanya jugak ape kesudahan dheo & nurissa...so kat Dheo jwpnnyer..cpt la kuarkan novel Dheo sis..x sabar!!!

    ReplyDelete
  25. mmng terbaikk Novel Dr, Alpha male..kelakar ..romantik..suspen..dan soalan yang sama sis..bila nak launch Novel Dheo, mcm dah jatuh cinta dngan si Dheo ni :)

    ReplyDelete
  26. mmng terbaikk Novel Dr, Alpha male..kelakar ..romantik..suspen..dan soalan yang sama sis..bila nak launch Novel Dheo, mcm dah jatuh cinta dngan si Dheo ni :)

    ReplyDelete
  27. Nak teaser novel dheo secepatnya ...novel dr alpha male pun best novel ever sis

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. Saya dah beli semua anak sis... Tak sabar nak beli anak ke-6 ;)

    ReplyDelete
  30. tak sabar nak tunggu novel dheo..huhuu, semua novel2 akak best2.🖒

    ReplyDelete
  31. jom prgi serbu rmh sis anjell suh dye post entry baru psal dheo ni...ahaha letih bebenor nk mnunggu dye update..masing2 pgg sepanduk UPDATE DHEO UPDATE DHEO!!!!!!

    ReplyDelete
  32. ohh masa baca dr. alpha male, ada terselit tetang Ian n medina, and skrg ni cerita tentang dheo kawan yg banyak bantu hilman utk tangkap stalker hazel.. klu ikut cerita DAM hazel ngan nurissa ni mcm dah jadi BFF kan.. tak sabarnyaa

    ReplyDelete
  33. Bila Nk release dheo ni,sis?

    ReplyDelete
  34. kepada ANJELL,
    saya peminat novel-novel anda. setakat ini saya sudah memiliki novel:
    1. eksperimen cinta
    2. suamiku paling sweet
    3. tundukkan playboy itu
    4. hero seorang cinderella
    5. dr. alpha male
    saya harap-harap sangat anda dapat memberitahu saya novel terbaru anda kepada saya...rasa terkilan jika saya terlepas novel-novel terbaru dari anda

    ReplyDelete
  35. best nyaa. saya suka sangat karya2 anjell.

    ReplyDelete
  36. Cannot wait to hug Dheo's hardcopy. Huhu. Kak Anjell!! Hwaitinggg!!!

    ReplyDelete
  37. Best.. tertunggu2. Teruskn berkarya ye

    ReplyDelete
  38. Dheo.. Sambungan dri alpha male k kak anjell? 😍 cant wait to read the whole story 😄😍

    ReplyDelete
  39. Waiting.. Sabo jer.. Sentiasa tunggu novel from Anjell

    ReplyDelete
  40. dah nak keluar novel ke ni Anjell? tak sabarnya.. dah banyak kali khatam Dr alpa male nak ubat rindu pada tulisan Anjell.. ha ha ha

    ReplyDelete
  41. Kak Anjell .. i seriuosly cant wait for your new book to come out! Im excited and even from the prolog itself im sure its gonna be very interesting .. Sincerely all ur books are amazing! And i love it so much .. Goodjob kak anjell ❣ #fighting #Dheo's

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum anjell.. dheo's dah keluar ke? Saya cari novel ni xjumpa2 lagi kat book store.. xsabar nak baca......

    ReplyDelete
  43. Saya da lame sgt tggu kak anjell sambung novel ni. Since 2016😱😱😱😱😱😱

    ReplyDelete
  44. My 2nd novel from PBKL2018 yg saya dah abis baca...bila dh start cant stop reading..sgt berbaloi..within 1 day dh abis baca...congrates Anjell untuk buah hati awak yg terbaru nie..😍

    ReplyDelete
  45. GILA BESTT SIS ANJELL NOVEL DHEO NI... BUAT SAYA JATUH CINTA KALI KEBERAPA PON XTAWWWW HAHAHHA MELTINGG HABISSS

    ReplyDelete
  46. You are the best author for malay novels anjell.
    Wanting it so badly but couldnt get it cause its not out in popular. The only bookshop availabke here. Couldnt make it to Pbakl. Reget. Piuuuhh

    ReplyDelete
  47. best,best!
    saya dah cari kat bookstore tapi,belum ada lagi. saya peminat setia ANJELL

    ReplyDelete
  48. sis bila nak kena publish novel ni??

    ReplyDelete
  49. Semua novel anjell best²😍😍😍

    ReplyDelete
  50. Saya jatuh cinta dgn karya anjell nelalui dheo's....1st time beli novel dlm shopee..da start baca xleh berenti..satu hari abis baca... kemudian sy beli semua karya anjell sbb😍😍😍😍😍😍😍😍😍.

    ReplyDelete
  51. Assalamualaikum sis anjell, please sya mohon tolong la jdikn dheos ni drama please sis...tringin nk tgok versi drama...🥰🥰🥰🥰
    I harap sis pertimbangkn idea ni..Tqsm sis🥰🥰🥰

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )