Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Sunday 19 March 2017

Dr. Alpha Male (BAB 23)


BAB 23

Jerk! Awak dah bukak aib orang!” marahku kepada Hilman. Ketika itu kami cuma tinggal berdua. Jauh dari mata khalayak.

Dia cuma selamba memandangku. Langsung tak ada riak bersalah.

“Saya cuma jalankan tugas saya sebagai khalifah bumi untuk mengegakkan kebenaran. False accusation has to be mended. Right the wrong. Tell the truth. It’s how our world revolves, my dear,” balasnya pula. Seenak bahasa kerongkong dia aje nak ‘my dear’-kan aku!

 “Tapi cara awak tu salah. Tak patut cakap depan semua orang kampung.”

Well again, I’m a jerk. Do I look like I care?” Itu pula jawapannya. Sakit pula hatiku yang mendengarnya.

“Apa yang salah? Dia orang bercerita pasal awak. Kutuk awak macam-macam. It’s very wrong,” sambungnya. Suara agak marah di hujungnya. Macam tak puas hati orang kutuk-kutuk aku.

“Mulut orang, memang kita tak boleh tutup. Biarlah apa orang nak kata. Saya peduli apa. Awak pun sepatutnya jangan peduli apa orang cakap pasal saya.” Aku dah lama tutup mata, pekakkan telinga dengan persepsi semua orang.

Hilman senyum herot. Okey.. aku sangat tak suka bila senyum spesis tu terukir di bibirnya. Lawa. Selawa bahasanya yang bakal keluar lepas ini, yang aku gerenti menjadi pemangkin kakiku singgah ke muka orang!

“Siapa cakap semuanya sebab awak? Saya cuma nak selamatkan orang kampung ni daripada tanggung dosa fitnah. Fitnahkan lebih teruk daripada membunuh. Sekarang semua dah tahu. Lepas ni kalau nak mengumpat, lantak dia orang la. Sekurang-kurangnya mengumpat benda yang betul,” katanya selamba.

Kan aku dah cakap! Panas aje hati selepas mendengarnya. Cuma Hilman yang mampu berfikir macam itu.

“Antara tutup aib orang dengan sorok kebenaran adalah dua perkara berbeza. Awak nak tutup aib orang tapi awak biarkan aib awak terbuka. Ada dia orang fikir pasal awak? Tak ada, kan? It’s selfishness. Selfish people got lessons in a selfish way.”

You are too nice, Hazel. And I told you beforehand, I’m far from being nice. I’m a jerk. A jerk does what a jerk always does. Orang lain kena tahu. Supaya bekas tunang dan sepupu awak tak perlu lagi bergembira atas kesengsaraan awak.”

Aku terdiam. Mengiakan. Tapi Hilman salah. Aku tak baik macam yang dia ingat. Jujurlah aku cakap. Aku memang puas hati tahap infiniti lepas tengok muka kejung dua orang tadi.

“Tapi saya dah janji dengan Mak Su yang saya akan tutup mulut pasal ni.” Tiba-tiba rasa bersalah. Tapi masalahnya, aku lebih rasa bersalah sebab aku tak rasa bersalah lepas bergembira dengan apa yang dah jadi. Jahatkah aku?

In case awak amnesia, Hazel, saya yang ceritakan semuanya, bukan awak. Theoretically, you keep your promise,” balas Hilman balik.

Betul apa yang dikatakan oleh Hilman. Sepatutnya aku berterima kasih sebab Hilman tolong lakukan sesuatu yang aku tak sempat lakukan dulu.

“So, you’re welcome,” sinisnya bagaikan tahu apa yang sedang bermain dalam fikiranku. Kemudian dia tinggalkan aku sendirian.

Sekarang semua dah tahu. Dan semuanya bukan dari mulutku. Aku tak mungkir janji dengan Mak Su Halijah. Bahkan, aku pernah beri amaran awal-awal yang aku takkan bertanggungjawab kalau ada orang lain yang buka mulut tentang hubungan Iwan dan Safura. Aku lupa Hilman merupakan saksi paling sahih.

Hari ini membuktikan bahawa balasan Allah itu pasti. Allah Maha Adil. Kalau dulu aku mendapat malu kerana tali pertunangan diputuskan angkara maruahku yang diperkotak-katikkan, hari ni maruah Iwan dan Safura pula tercemar angkara pembongkaran tentang hubungan skandal mereka.

   -----------

“Aku dah agak dah, mesti ada yang tak kena bila dua orang tu nak kahwin cepat-cepat. Kononnya si Iwan tu tengah frust putus tunang dan si Safura tu sanggup jadi pengganti Hazel. Kena paksa kahwin la kononnya.” Suara pertama.

“Aku pun rasa benda yang sama. Ingatkan Iwan betul-betul frust lepas Hazel kena rogol, sampai terpaksa setuju kahwin dengan Safura sebab nak tutup malu tak jadi kahwin. Si Safura tu pun muka macam suci, reda bila kena paksa kahwin. Rupanya diam-diam, dua-dua memang tunggu masa ni. Pandai betul berlakon.” Suara kedua.

“Betul. Macam kena pulak timingnya. Hazel kena rogol. Lepas tu salahkan Hazel, jadikan Hazel penyebab putus tunang. Kesian Hazel jadi mangsa keadaan. Jadi mangsa fitnah.” Suara ketiga.

“Entah-entah Hazel kena rogol dulu pun angkara dua orang tu. Saja nak aniaya Hazel, biar ada alasan nak putus tunang.” Suara pertama.

“Eh, tak baik kau cakap macam tu! Takkanlah Iwan dan Safura sanggup buat macam tu.” Suara ketiga.

“Aku cakap aje. Manalah kita nak tahu, kan? Nak tutup skandal dia orang. Kalau semua tak terbongkar tadi, bulat-bulat semua kena tipu. Tumpang simpati dengan Iwan dan Safura yang kononnya jadi mangsa keadaan, terpaksa kahwin.” Suara pertama.

“Busuk-busuk bangkai, lama-lama terhidu juga. Balasan Allah bagi. Padanlah dapat malu pada majlis kahwin sendiri. Siapa suruh ambil kesempatan atas kesengsaraan Hazel? Itulah jadinya kalau dah aniaya Hazel.” Suara kedua.

“Tu la, kan? Kesian Hazel sebab semua jadi kat dia. Masa budak handsome tu cerita tadi, dia pun macam dah reda dah. Kuat budak tu. Dahlah kena aniaya orang, tunang dan sepupu sendiri ada hubungan sulit. Tapi dia nampak tenang aje. Kalau aku la, mesti dah menangis, tertekan dan trauma.” Suara ketiga.

Aku dah tak lalu lagi nak pasang telinga. Bukan niatku nak jadi Hazel Bonds, tapi mak cik tiga orang yang mengumpat di dapur itu tak pandang kiri kanan. Akhirnya aku pusing, keluar rumah balik. Tak jadi nak cari air sejuk di dapur.

    --------------

“Oh, patutlah cepat aje majlis kahwinnya, dah buat onar rupanya. Kononnya nak cepatkan sebab senang nanti mereka berdua boleh duduk serumah di Johor. Sekurang-kurangnya ada Safura yang nak rawat luka Iwan. Padahal? Diam-diam dah pasang skandal!” Tinggi suara umi di ruang tamu rumah kami.

Sekarang ni aku rasa nak hantuk-hantuk aje kepala ke dinding. Biar ada gegaran otak sekali pun, sekurang-kurangnya lebih baik daripada mendengar bebelan umi. Dahlah petang tadi dah macam-macam aku dengar. Balik rumah, umi pula ambil syif.

Semua cakap benda yang sama. Apa lagi kalau bukan pasal Iwan, Safura dan skandal mereka.

“Curang-curang pun, berjalan jugak majlisnya. Adalah juga majlis kahwinnya. Kita pulak yang jadi malu,” kata umi lagi.

“Eh, awak ni! Awak nak ke si Hazel ni berkahwin dengan Iwan?” Abi menyampuk.

Umi  tarik nafas, tenangkan diri. Aku tahu, sejak di rumah Mak Su Halijah lagi gunung berapi umi tunggu masa nak melahar keluar. Beberapa kali jelingan super maut diberikan kepada Mak Su Halijah dan keluarga. Tapi umi masih rasional untuk pendam semuanya, memikirkan aib yang bakal ditanggung keluarga Mak Suku kalau umi buat perangai. Nasib baik.

“Huh.. ada hikmah jugak lepas apa yang dah jadi kat Hazel ni. Pecah tembelang si Iwan tu. Mati-mati dulu tak nak terima Hazel lepas apa yang dah jadi. Tak pasal-pasal anak kita pulak yang disalahkan. Nasib baik tak kahwin lagi. Kalau tak, memang saya dah suruh dia ceraikan Hazel. Tak ada guna simpan lelaki main kayu tiga ni!” Umi melepaskan amarahnya lagi.

Kami sekeluarga masih sama. Tadah telinga.

“Nasib baik Hilman jadi saksi. Kalau tak, sampai ke sudah kita semua dibodoh-bodohkan mereka berdua tu.” Kemudian umi pandang aku.

“Kakak ni.. selalu ada dengan Hilman, kan? Takkan Hilman tak ada cerita sebelum ni?” Umi mula menyiasat. Pandangan penuh syak wasangka kepadaku.

Gulp!

“Umi, penatlah. Nak masuk bilik.” Nak mengelak.

“Kakak?” Suara umi bergetar amaran. Belum lagi dengan hujung mata pedang yang automatik buatkan punggungku bagaikan ditarik sofa balik. Tak jadi nak bangun.

Aku teguk liur. Nak bagi fakta ke auta? Jujur aje la, Hazel. Benda pun dah tersingkap. Buat apa nak berdalih lagi? Karang menipu, lain pulak jadinya. Tak pasal-pasal umi sumpah aku jadi anak dara tua. Haru pula jadinya nanti.

“Err.. sebenarnya, masa Hilman nampak, kakak pun ada sekali.”

Dan habis aje ayat itu, macam yang diagak, umiku terus.. kebaboom!

“Apa? Kakak dah lama tahu pasal dua orang tu? Kenapa tak cerita?” Kuat suara umi. Nasib baik tiang rumah ni kukuh. Kalau tak, arwah kami sekeluarga gara-gara terkambus dalam runtuhan banglo dua tingkat ni.

“Awak ni, cuba perlahankan sikit suara tu. Tunggulah Hazel habiskan cerita dia dulu.” Abi cuba tenangkan umi. Nampak umi tarik nafas dalam-dalam.

“Kenapa kakak tak cerita kat umi sebelum ni? Nak sangat kahwin dengan Iwan? Sayang sangat?” tanya umi. Suaranya sedikit kendur.

“Bukan macam tu, umi. Kakak memang cadang nak cerita sehari selepas majlis kahwin Cik Ita dulu. Tapi, malam tu, kakakkan…” Aku tak sanggup nak habiskan ayatku. Tunduk sambil genggam erat penumbuk. Tahan rasa.

Sunyi. Semua tak berani bersuara. Memang selepas kejadian hitam dulu, semua tutup mulut. Bagaikan dah padam episod malam itu daripada ingatan masing-masing.

“Lepas tu, Iwan cakap nak putus tunang. Jadi kakak tak nampak atas sebab apa lagi kakak patut cerita. Kakak cerita ke, tak cerita ke tetap juga putus tunang. Lagipun Mak Su Halijah mintak kakak rahsiakan dulu.” Aku terlepas cakap pula di hujung kataku.

Dan sekali lagi, umiku…. Kebaboom!

“Apa? Lijah tahu? Kurang ajar punya Lijah! Memang cari masalah si Lijah ni dengan aku! Berani dia buat anak aku macam ni? Dia ingat dia aje yang ada anak yang perlu dilindungi? Dia tak tengok lagi macam mana aku lindung anak-anak aku. Dia dengan anak dia, memang adalah aku tadikakan balik nanti.” Umi membebel sendiri. Marah.

Tiba-tiba rasa nak gelak dengan kata-kata umi itu. Abang Thaqif dan Pasha dah senyum. Turut rasa kelakar.

“Biarlah, umi. Benda dah lepas. Kakak pun dah reda. Anggap aje la tak ada jodoh.”

“Betul tu. Tapi itulah. Ramai yang dah tahu pasal majlis tu. Nak cakap majlis tak jadi, umi pun rasa malu. Malu tak malu, kenalah tanggung juga. Memang kena jalankan jugalah. Jadi majlis kesyukuran. Bersyukur sebab kakak tak kahwin dengan lelaki macam tu.”

Dalam diam, aku turut bersedih apabila melihat wajah keruh umi. Aku tahu umi masih mengharapkan sebuah majlis perkahwinan. Macam yang umi cakap tadi, malu jadinya bila tak jadi kahwin. Mesti orang fikir yang bukan-bukan. Padahal majlis itu tinggal lagi enam bulan.

“Senang-senang biar abang Qif la yang ambil tempat kakak nanti.” Aku bergurau. Saja nak bagi idea gila kat umi.

“Eh, kalau Aimi dah balik Malaysia, tak payah cadang. Memang abang dah ready bersila depan tok kadi,” kata abang Thaqif selamba.

Aku megeluh dalam diam. Kenapalah Kak Aimi tak balik Malaysia lagi? Kak Aimi adalah tunang abangku. Cadangnya mahu berkahwin lagi setahun, selepas dia tamat belajar PhD di Australia. Kiranya dia dan abangku pun punya hubungan jarak jauh. Bercinta sejak zaman sekolah lagi.

“Hati-hati, bang. Jangan sampai dia balik bawak orang lain dahlah,” kataku. Aku sengih bila abang nampak macam nak cekik aku.

“Apa? Ingat semua orang yang bercinta jarak jauh ni tak reti nak setia ke?” Abang Thaqif agak marah.

Aku jongket sebelah bahu.

“Cakap aje,” balasku pendek. Bercakap dari pengalaman.

Bukan niat nak burukkan Kak Aimi, tapi aku cuma nak abangku berjaga-jaga. Takut sejarah kembali terulang. Tapi, perempuan lain sikit. Perempuan biasanya setia. Kalau dah sayang, memang sayang betul-betul. Aku tahu Kak Aimi memang sayangkan abangku. Lelaki yang biasanya suka cari pasal.

Tapi, abangku memang setia. Itu aku tabik dengannya. Dia bukannya tak ada rupa. Kalau jalan, mahu perempuan pandang dua kali. Tapi abangku tak pernah ambil peduli dengan perhatian perempuan lain. Hati dah lama terbang ke Australia. Huh.. kalaulah semua lelaki macam abang Thaqif, bahagianya hidup kaum hawa.

“Susah-susah, biar adiklah naik pelamin.” Azfahsya menyampuk sebelum gelak. Sibuk aje budak tak habis sekolah tu.

“Amboi.. kecik-kecik dah gatal. Ketiak pun umi cukurkan. Ada hati nak bercakap pasal kahwin,” cebikku.

Abang pulak yang gelak.

“Aku cakap aje. Dah semua payah sangat nak naik pelamin. Umi.. apa kata umi carikan calon untuk kakak.” Adikku dah bagi idea gila dia.

Tapi aku sungguh penat sekarang ni. Tak lalu nak bertikam lidah atau nak hempuk belakang adikku itu. Sekarang rasa nak mandi, solat dan melungkup atas katil sampai besok. Besok dah nak balik rumah sewa. Bersedia nak bertempur dalam dewan peperiksaan pula.

“Betul tu, umi. Senang-senang umi terima aje sesiapa yang masuk meminang.” Abang pun turut buang satu undi setuju.

Umi nampak macam sedang berfikir.

“Umi, abi, kakak nak masuk bilik la. Penat.” Aku minta diri sekali lagi. Sungguh rasa nak landing aje atas lantai berjubin ni. Penat dengan drama hari ni.

“Apa kata kakak? Kakak okey ke kalau umi terima sesiapa yang masuk meminang?” Umi tanpa mempedulikan permintaanku bertanya.

Huh.. tak habis-habis lagi ke pasal isu kahwin ni?

“Umi, kalau kakak angguk, umi bagi kakak masuk bilik tak?” soalku. Umi angguk.

“Kalau macam tu, kakak setuju.” Aku berkata malas. Nak masuk bilik punya pasal. Setuju aje la. Esok aku tarik balik. Bukan susah.

Lepas aku cakap macam tu, umi terus diam. Lega.

“Kakak masuk bilik dulu.” Aku minta diri. Nasib baik kali ini dah tak kena seru supaya kembali duduk. Akhirnya, boleh jugak aku bercengkerama dengan katilku.

16 comments:

  1. X sabar nak tunggu next entry...
    Agak2 sape la yg masuk meminang Hazel lepas ni🤔🤔🤔
    Tp mmg mengharap sgt Dr Hilman la yg cepat2 hantar rombongan

    ReplyDelete
  2. Dr. Hilman \(~,~)/ yg masok m'minang nnti...ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  3. Lebiu anjell.. muahh2.. thanks for this entry.. xsabar nak tnggu next entry..

    ReplyDelete
  4. Ok...Dr Hilman kena tawar diri kawin dengan hazel..itu pasti...yeahhhh...next entry pleaseeee

    ReplyDelete
  5. rsnya mak Dr.Hilman dah tnyakan dl tu... sbb tu la Umi ambik ms bfikir lps adik bg idea tu.. Habis la Hazel...muahaha...

    ReplyDelete
  6. Hehehe.. Senyum sorang2 je bila baca..want more plez..x sabar nk tunggu sape meminang Hazel..😁

    ReplyDelete
  7. wow! eee tak saba ny .....sonok sgt...gud job anjel!

    ReplyDelete
  8. Wah...dr hilman nak masuk meminang ke

    ReplyDelete
  9. Of kos ah dr.Hilman yg htr..dah lah duduk berjiran..wuhuu XD

    ReplyDelete
  10. ������ buat maraton hari ni, baca dr bab 1 - 23 .... terasa nak jatuh chenta dgn Dr Hilman pulak.

    ReplyDelete
  11. Ulang balik baca...x sabar tunggu novel ni di pasaran..

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )