Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Thursday 22 February 2018

Dheo's (BAB 10)


BAB 10

Aku terkelu. Terkedu dan terbisu. Mata menatap ke dalam anak mata pekatnya itu. Aku dengan pandangan yang takut, dan dia dengan pandangan yang sangat tajam lagi berbahaya. Kedudukan kami sangat rapat sehingga aku dapat rasakan nafas mintnya ditarik dan dihela di wajahku.

Diam. Aku nak bernafas pun takut.

Tapi aku masih sedar yang tangannya masih utuh di leherku yang bertudung. Tiada tekanan pada pegangannya itu. Hanya memegang utuh. Tapi kalau aku bergerak, tiada jaminan yang tekanan pada tangannya tidak akan ditambah. Silap-silap sampai putus nyawa aku dicekiknya.

Aku telan liur. Masih belum berani berbuat apa-apa. Nak bergerak, takut. Nak bersuara, gerun. Apatah lagi kedua-dua kaki dah macam kena strok. Hemiplegic. Paraplegic. Quadriplegic. Semua jenis plegic la. Kalau bukan tangannya yang memegangku, aku yakin aku mesti melorot jatuh.

Tell me, dolce cuore. How much did you hear?” Keras suaranya. Amaran bahaya! Tangannya sedikit ditekan. Tak sakit tapi cukup menggerunkanku.

Nothing much. Saya dengar yang akhir je. Yang Encik jerit tu.” Aku menjawab jujur.

Aku nampak sesuatu yang di balik mata hitamnya walaupun ekspresi mukanya tetap sama. Lega! Dia lega bila cuma itu yang aku tahu. Jangankan dia, aku pun lega itu je yang aku tahu. Kalau aku tahu lebih, agaknya apalah yang dia akan buat? Dan lepas kejadian hari ni, aku tak rasa aku nak tahu apa-apa lagi tentang dia.

Are you sure, Nurissa?

Tersentak dengan kata hati sendiri. Aku pun ragu-ragu.

You disobey me, Rose. I asked you to not wander around alone. I asked you to not be curious. I asked you to not show your face while the event was taking place. But, did you listen to me? No! You broke all of them!” Suaranya memarahiku.

Aku sedar sesuatu. Dia betul. Semua larangannya aku dah langgar. Stupid, Nurissa! Stupid!

Aku masih pegun. Masih tak berani nak bersuara. Bila dia dah marah macam ni, aku nak tatap anak matanya pun dah tak berani. Terus aku larikan anak mata.

Look at me when I am talking to you!” Suara penuh authority.

Terus aku angkat kepala. Pandangan kami yang terputus tadi kembali bersabung. Aku takut! Serius aku takut dengan Dheo yang sekarang. Sangat bahaya! Aku tahu ketakutanku jelas terpancar melalui mataku. Dan memang satu keajaiban air mata belum mengalir lagi.

Mungkin melihatku yang ketakutan, aku dapat tangkap mata Dheo berubah lembut. Lama dia merenungku. Tangan yang berada di leherku terasa diangkat. Naik ke pipiku. Dia mula tegakkan sedikit tubuhku. Menjadikan jarak antara kami sedikit bertambah. Tapi masih dekat.

Nafas turun naik. Mata kami tak lepas dari berpandangan. Aku pula bagaikan tenggelam di balik anak mata cantik Dheo itu. Rasa bagaikan ditarik. Pandangan Dheo bagaikan punya seribu satu rahsia. Punya pelbagai rasa. Aku bagaikan dipukau. Hilang semua rasa takut.

Macam pernah dilihat. Tapi di mana?

Dheo juga masih diam. Dia juga bagaikan tenggelam dalam dunianya. Jemarinya yang berada di pipiku itu dielus lembut. Dia juga bagaikan tenggelam dalam dunianya. Kepala masih memikirkan di mana aku pernah melihat mata cantik itu. Tiba-tiba jadi keliru.

“Bos!”

Aku kembali ke alam nyata. Dheo pun sama. Pegangan pada tubuhku dilepaskan bagaikan baru sahaja memegang besi panas. Nasib baik kaki dah ada kekuatan. Masih mampu berdiri sendiri.

Dheo berpaling ke arah suara itu. Wajah kembali ke versi sejuk beku.

Lucca terungap-cungap mencari nafas. Nampak macam lepas lari pecut seratus meter gaya semputnya. Bila tengok Lucca, aku baru teringat yang aku sepatutnya menunggunya di depan lobi hotel.

Here you are, signora. I think I lost you.” Wajah Lucca nampak penuh kelegaan.

Aku diam. Masih tak berani nak bersuara bila di depan Dheo.

I asked you to do one thing, Lucca. Keep her away. Takkan itu pun tak boleh buat?” Suara amarah Dheo kepada Lucca bukan sedikit. Aku yang dengar pun rasa nak menikus lari. Itu aku yang hanya jadi pendengar. Belum lagi berada di tempat Lucca.

Tapi wajah Lucca tak beriak. Bagaikan sudah biasa dengannya.

Sorry, bos. Won’t happen again.” Suara Lucca bagaikan satu janji.

Kali ini Dheo diam. Pandangan dihalakan ke arahku. Matanya mengecil. Seolah-olah memikirkan apa yang harus dilakukan denganku.

Come with me,” arah Dheo.

Belum sempat aku membantah, terasa pergelangan tanganku disambar. Terus tenggelam tanganku di balik tangan besarnya itu. Dia heret aku. Bila aku cuba rungkaikannya, jelingan amaran dihadiahkan. Terus putus segala usahaku. Sudahnya, macam lembu kena cucuk hidung, aku mengikut arah tanganku ditarik.

Dheo menuju ke arah penthousenya. Kalau bukan ada Lucca yang mengekor di belakang kami, aku gerun juga. Sekurang-kurangnya takdelah aku berdua-duaan dengan Dheo.

Amboi, pagi tadi takde pulak kau fikir nak berdua-duaan dengan Dheo ya?

Pagi tadi lain. Pagi tadi sebab aku jalankan tugasku sebagai personal housekeeper dia. Tapi sekarang ni lain. Sekarang ni dah luar skop kerja. Dah jauh terpesong. Ni kalau ada orang nampak, silap-silap orang ingat aku ni kekasih tak berapa cerah Dheo.

Sebaik sahaja dia membuka pintu rumahnya, aku ditolak masuk dulu. Kemudian dia dan barulah Lucca menjadi orang terakhir. Aku rasa macam boneka bila sekali lagi Dheo tolak aku ke arah sofa.

“Duduk,” arahnya sepatah.

Betullah aku dah macam boneka! Dengar je suara dia, lutut automatik membengkok, punggung tanpa disuruh berlabuh di atas sofa lembutnya itu. Dheo pula masih berdiri di depanku. Tangan disilang di dada. Lucca pula berdiri agak jauh dari kami.

“Apa yang awak buat di sini? Awak tahu ni kawasan larangan kalau bukan waktu kerja,” siasat Dheo.

“Saya tertinggal jam tangan saya di rumah Encik. Saya cuma nak ambil jam saya. Sumpah tiada niat lain.” Aku berkata jujur.

“Kenapa awak masih berada di hotel? Saya dah pesan, awak boleh balik lepas habis kemas rumah saya? Kenapa ingkar?”

Bila dia dah ungkit kesalahanku, aku mula telan liur.

“Saya dah nak balik dah lepas kemas rumah Encik. Tapi Puan Rasyidah panggil. Cakap staf available kena stand by untuk menolong. Saya dah bagitahu yang Encik suruh saya balik. Tapi Cik Nancy tak percaya. Dia cakap kalau betul, mesti Encik dah bagitahu dia. So, saya cuma ikut je la. Anggap Encik tak maksudkan.”

“Nancy?”

Aku angguk.

Merda!” Aku dengar dia berkata sesuatu dalam bahasa Itali. Haraplah dia bukan mencarut kat aku.

Nampak dia tarik nafas dalam-dalam.

“Ni hotel saya atau Nancy?”

“Hotel Encik.”

“Saya atau Nancy bos awak?”

“Encik bos saya.” Macam budak darjah satu, aku masih menjawab.

“Tahu pun. Dah tu kenapa nak ikut cakap Nancy? Gaya dia macam bini saya ke yang awak nak ikut kata-kata dia?”

Aku terkedu. Tak dapat jawab. Dia betul. Ya.. dia memang selalu betul pun.

“Lain kali, ikut apa yang saya cakap. Kalau orang lain tak percaya, suruh dorang pergi tanya saya. They can call me. Or come to my office. Anything. But never defy my commands. Understood?”

“Baik, Encik.” Aku patuh.

Dia cuma pandang aku dengan mata yang dikecilkan. Dia pun dah musykil. Macam dah tak percayakan kata-kataku. Undang-undang dia yang aku langgar, semuanya adalah tanpa sengaja. Sumpah!

“Awak dah langgar segala undang-undang saya. Saya pernah cakap yang sesiapa yang langgar perintah saya, they will face with consequences.”

Mataku terus meluas mendengarnya.

“Encik nak bunuh saya ke?” Dengan polosnya aku bertanya.

Nampak tubuhnya mengeras. Macam tak menyangka aku cakap macam tu. Lucca pula aku nampak macam tengah tahan gelak. Bila dia perasan dengan pandanganku, terus dia buat-buat batuk. Bila Dheo pula yang pandang dia, terus dia kejung. Berdehem sesaat, sebelum wajahnya kembali normal. Tak berekspresi.

Ce cosi tanto che potrei fare per voi, voi non nemmeno conto.” Lidahnya digulungkan dengan bahasa Itali.

Sebab aku tak tahu maksud, lagilah aku gerun. Lantas aku pandang Lucca.

“Dia cakap apa?” Aku tahu hanya Lucca yang boleh jadi abangda google translate terbaik saat ni.

Tapi Lucca hanya jongket bahu. Cis!

Melihat Dheo, aku nampak hujung bibirnya seakan-akan cuba tahan senyum. Apa yang kelakar? Kemudian aku tersedar sesuatu. Mungkin dia suka tengok aku macam ni. Resah di bawah ihsan dia. Macam villain dalam cerita kartun. Bila tengok mangsa makin takut, lagi dia suka. Apa orang kata? Seeking pleasure in other’s misery.

“Encik betul-betul nak bunuh saya!” Aku tuduh lagi. Sekarang rasa nak menangis.

I told you curiosity doesn’t kill you but your freedom. You know something you shouldn’t so I have to make sure you walk away with your mouth shut.”

Gulp! Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perilaku silap-silap 24 jam aku di bawah perhatian Dheo.

“Saya janji saya tutup mulut saya. Saya takkan cakap kat orang lain. Sumpah!” Entah berapa kali aku dah bersumpah hari ni.

Betul! Aku takkan cakap kat siapa-siapa tentang hari ni. No harms done! Tiada pembunuhan terjadi. Tiada tembak-menembak. Lelaki tu pun aku rasa boleh berjalan dengan kedua kaki. Aku anggap tadi Dheo cuma bergurau-gurau manja dengan lelaki itu.

 “Tak sesenang tu, Tesoro.”

Betapa aku rasa aku nak terjun dari tingkat lima puluh lima ini. Semoga amnesia lagi sekali.

I’m going to watch you. You cannot run from Dheo Han.”

Automatik aku teguk liur. Dia tak ugut aku pun. Kalau aku tak buat apa-apa, atau tak cerita pada sesiapa, aku akan selamat, kan?

See.. mudah! Harapnya la!

“Okey.”

“Okey?”

“Yalah.. okey. Encik boleh buat sesuka hati. I’m under your mercy.”

You don’t understand, Tesoro. It’s not about me only. It’s about you. Kalau awak ingat, bukan hanya saya yang tahu kewujudan awak malam ni. I won’t harm you. But I can’t promise he won’t.” Kata-katanya buatkan wajahku kering darah.

“Tapi.. saya tak dengar apa-apa.” Aku mula takut!

“Tapi dia tak tahu. Kalau dia tahu, belum tentu dia percaya.” Dia sengaja menakut-nakutkan aku.

Memang takut pun! Aku yakin Dheo takkan apa-apakan aku. Tapi lelaki yang sorang lagi tu? Gulp!

That’s why my darling, starting from now, obey to my every command. Every. Please. Don’t put yourself into trouble again.”

Oh. My. God! What have I gotten myself into? 2.0.

“Apa saya kena buat lepas ni?”

Act normal. Pergi kerja, balik kerja. But, I have my eyes on you.”

Rela dalam paksa, aku angguk. Kalau aku tak buat apa-apa, maka semuanya yang jadi mungkin akan dilupakan, kan?

Tapi.. sebenarnya, apa yang jadi tadi ni? Mereka bercakap pasal apa? Apa sisi gelap Dheo yang disembunyikan di sebalik imej profesionalnya? Siapa Dheo Han sebenarnya?

Stop, Nurissa! Stop being curious. Look at what it got you into

“Awak ada apa-apa bantahan?”

Geleng. Apa lagi pilihan yang aku ada?

“Ada apa-apa soalan?”

Aku pandang Dheo yang masih tak lepas memandangku. Muka masih serius. Pandangan terarah kepada Lucca yang berada di sedikit belakang dari Dheo. Mata juga tak lepas dari tengok aku dan Dheo berinteraksi. Sekali tengok gayanya, macam dia tengah enjoy tengok drama swasta.

Are you gay?”

Aku nampak Dheo kejung. Mulutnya sedikit ternganga. Matanya pula kelip-kelip pandang aku. Off-guard!

What?”

Are you both gay?” ulangku lagi. Bergilir-gilir pandang Dheo dan Lucca.

Mereka berdua berpandangan. Dan lepas tu, kedengaran berdekah ketawa Lucca memenuhi ruang besar itu. Dheo pulak aku nampak raup wajah sendiri dengan sebelah tangan. Kemudian hela nafas panjang-panjang. Muka reda.

Kenapa? Kelakar ke soalanku itu? Aku cuma nak tahu.

You just don’t understand when I said don’t be curious, do you?” Suara dia dah macam reda yang amat.

Aku diam. Terkena balik. Dia betul lagi.

“Lucca, pergi orderkan makanan,” arah Dheo. Suara cuba tahan rasa annoying. Annoying dengan Lucca agaknya. Apatah lagi dengan Lucca yang masih belum reda ketawanya.

“Baik, bos!” Tapi dia masih patuh. Ketawanya dah habis. Tapi dia masih sengih. Nampak dia lap hujung mata. Bukan main seronok dia gelak, sampai berair mata.

You make my day, principessa,” kata Lucca sambil geleng-geleng kepala.

Dengan bibir yang masih senyum, aku nampak susuk tubuh Lucca menghala ke pintu utama rumah. Tak lama lepas tu, kedengaran bunyi isyarat menandakan pintu rumah sudah tertutup.

Berdua lagi. Dengan Dheo Han lagi.

Diam. Aku pandang dia, dia pandang aku.

So, I’m gay, huh? Dengan Lucca?”

Gulp!

Bibir dia mula naik sikit. Senyum misteri.

“Saya cuma tanya.” Aku memberanikan diri untuk menjawab.

What makes you think that I am a gay? Do I look like I’m a gay?” Sebelah kening terangkat bila bertanya.

“Saya dengar orang-orang cakap. Saya cuma nak pastikan. Sebab nanti saya taknak fitnah encik,” jawabku lagi.

Dia masih belum menjawab persoalanku. Adakah dia seorang yang sukakan lelaki?

Dheo renung aku lama-lama. Kakinya mula menghala ke arah sofa yang aku duduk sekarang ni. Duduk di sebelahku. Automatik aku mengensot ke tepi. Tak selesa duduk dekat-dekat dengan dia. Entah apa dia akan buat padaku nanti.

“Kenapa, Tesoro? Nak takut apa? Sayakan gay. Gay tak makan perempuan.” Dia senyum sinis.

“Jadi… betul ke encik gay?” Tak tahu nak menangis ke nak lega kalau dia angguk.

Dheo tak jawab. Tapi dia mengengsot rapat ke arahku. Bila aku dah berada di hujung sofa, aku terus bangun. Namun belum sempat kaki nak berdiri, Dheo menahanku dengan sebelah tangannya. Aku kini terperangkap di antara dia dan sofa.

Rasa sesak nafas sekejap. Apatah lagi kedudukan kami yang agak rapat. Dia mungkin gay, tak rasa apa-apa. Tapi aku ni perempuan normal. Kalau dekat dengan lelaki, apatah lagi lelaki kacak macam dia hatiku mesti rasa nak meletup.

Semua ni salah!

Well.. Let me tell you a secret, Tesoro. But you must not tell others.” Dia dekatkan bibirnya ke arah telingaku.

I’m not gay. And I like female.”

65 comments:

  1. Tq anjell....i like u too dheo...hihi��

    ReplyDelete
  2. Woooo 😍😍😍 So curious nk tahu sapa mamat yg dheo belasah tu . Thank you for update kak 😘

    ReplyDelete
  3. Nak lagi....xsabar pulak nak baca sampai habis...

    ReplyDelete
  4. Tq anjell....i like u too dheo...hihi��

    ReplyDelete
  5. Nak lagi....xsabar pulak nak baca sampai habis...

    ReplyDelete
  6. Tidakkkkk!!!!!!!!saya fikir saya semputt tafii...ya allah kak anjell...sedih tp terpaksa ku relakan...saya nak jd org first komen..but today i am not..tapelaa xde rezeki...😥😥😥😥

    ReplyDelete
  7. Waaa😍😍😍huhuu nk tau lg!!! Btw tolong la katakn yg dheo tu islam, but rmai org igt di bkn islam...PLEASEE!!! 🙏🙏

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul... xleh cye plk yg dheo tu non muslim

      Delete
    2. Yes dia x islam sbb klau pernh bca dr alpha male hazel bgitau kta dia x islamm..maybe nnti dia akn convert ke islam

      Delete
  8. Kak suko benar la nga novel kak ni , (cepat cepat jangan lambat lambat) publish novel tu haaa tengok tak sabar punya pasal kan dah nyanyi lagu mat sajat nga alif cukri tu HAHHAA. Novel kak anjell mmg terbaik la . Buat koleksi siap utk novel karya kak anjell . Moga kak terus maju jaya , murah rezeki dan sentiasa berada di bawah lindungan-NYA sokmo .

    ReplyDelete
  9. " Ada banyak yang boleh saya lakukan untuk anda, anda tidak mengira " . tu ayat yg dheo ckp utk nurissa bila rissa tnya dorg gay ke tk ? omg , tk sabarnya na tawu 😍😍

    ReplyDelete
  10. Gigih cari kt google translate. Tesoro. Mean darling

    ReplyDelete
  11. Always the best Anjell.. X sabo nak grab ini alpha male Dheo Han..

    ReplyDelete
  12. Oooooo
    Sangat2 tidak Sabar utk di tunggu😍😍😍😍
    Hati Bertabah lah menanti..
    😘😘😘😘😘

    ReplyDelete
  13. Debaran dah jadi kelakar dgn soalan terus terang.."are you gay?"

    ReplyDelete
  14. omg Dheo Han tak sabar nak tunggu keluar

    ReplyDelete
  15. haha... best!!!👍👍👍entah knp chpter kali ni rse mcm lawak benor... hahaha... asyik tersengih2 je... huhuu... x sbau tunggu next chpter..

    ReplyDelete
  16. Kyaaaa~ Cannot wait for next chapter. Good luck Kak Anjell. Every novel of yours is great. And tak sabar nak peluk Dheo pulak. Huhu. Tapi memang kelakar habis la part "Are you gay?" Hahahaha... Dengan Lucca pulak tu. - Ain Qyara

    ReplyDelete
  17. secret ??? ohh goshhh cant wait for next chapter.. Rahsia apa agaknya dheo nak share dgn nurissa..

    ReplyDelete
  18. Lawok la soklan sepontan Nurissa ni...dari rasa takut terus ketawa berdekak

    ReplyDelete
  19. harap mcm tahun lepas alpha male diam dalam blog,, tiba2 muncul kat pwtc,, ni yg buat ai takleh lepas gi pwtc😵

    ReplyDelete
  20. kak anjel lama sangat lah 4 hari nak tunggu entry baru dheo, sesak nafas kita😥

    ReplyDelete
  21. Tak cukuppp....
    Nak lagiii..hihi.
    so menarikk.

    ReplyDelete
  22. jantung dupdap dupdap baca masha Allah hahahha

    ReplyDelete
  23. Fuh2 adehhh22 nak tercopot jantung nie ha.hahha syokk lah so dheo nie mengusik si nurissa😂😂😂😂

    ReplyDelete
  24. aaaaa bestnyaaaaa cerita ni!!!

    ReplyDelete
  25. Srs best and lawak chap ni tpi tula time sya bca sya tgh pkai mask nk gelak pun kna thn sbb hbis senget mask nnti huhu..update lagi pliss

    ReplyDelete
  26. omg....!!!..tq tq tq tq sis sbb update...love it soo much..x sbr gler nk tnggu buku nie kluar..love you sis..

    ReplyDelete
  27. Publish cepat sis!!!!!!!!!!! saya dah tak sanggup tunggu nak terus baca.

    ReplyDelete
  28. Gigih translate hehehe
    There's so much I could do for you, you do not even count

    ReplyDelete
  29. hadoii senakk kepala gelak, senyum sorang2.. you make my day... Anjell.. luv it

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. Serius nak lagi....Dheo...alahaiii

    ReplyDelete
  32. bila nk update lgi kak anjell...??

    ReplyDelete
  33. bila nak update lagi kak anjel? tak sabar sangat ni

    ReplyDelete
  34. Rindunya Dheo & Rose. Tgh menanti dgn sabar ni..

    ReplyDelete
  35. hari2 bukak blog ni tunggu update kak anjell <3

    ReplyDelete
  36. Sebab ni lah malas baca. Bila dah baca, dah tak boleh sabar nak baca update seterusnya. Hmmm

    ReplyDelete
  37. aah la...hari2 bukak tunggu update...nk bab 11 anjelll😅😅

    ReplyDelete
  38. Kak anjell,mana bab 11..lama tunggu ni😅😅

    ReplyDelete
  39. Tak sabar lah..dah lama tunggu..

    ReplyDelete
  40. selepas baca kesepuluh bab, i came to conlusion that nurissa rose ni tak sama dengan karakter perempeuan anjell yang sebelumnya. sebelumnya di HSC, Dr. Alpha Male, Suamiku Paling sweet, the lady is a little bit aggressive, lincah(?) but nurissa rose, diam je... dan tinggi... thats something new. hehehehe.

    cannot wait for the next bab (entah ke berapa kali sudah tekan fresh fresh fresh utk blog ni). i wonder when will DHEO come out....

    peminat tegar anjell dari brunei :)

    ReplyDelete
  41. Omg kite yg baca pun rasa nafas tak cukup apatah lagi nurissa ye dok hahaha xD awhhh tak sabar nk tunggu dheo keluar as a book ❤

    ReplyDelete
  42. Seriously this novel will be the best one la. Too much curious and we will like nak tahu je ape benda jadi lepas ni. Best kak💕💕 tolong release cepat. Nak beli sangat2 ni.

    ReplyDelete
  43. day 12.. Anjell bila nak update bab 11 .. sob sob sob sob

    ReplyDelete
  44. Anjell...ke manakah menghilang

    ReplyDelete
  45. akak...update plzzzz......x sbr nk bce.

    ReplyDelete
  46. akak anjell bila nak update ni? tak sabar nak baca

    ReplyDelete
  47. Saya rasa dheo ni dulu memang betul non muslim, hah sebab nurissa tak dia muallaf? Hero hero kak anjell ni memang lain macam semua la aura diaaaaa. Saya suka saya sukaaaaaaaaa.


    Tapi Letih sungguh la dengan teka teki di novel akak yang ni
    Tahan rasa bila la kelanjutannuay.... And siapakah dheo dan apa hubungan mereka sebener nya. Rasa nak nangissssssss tunggu next update😫😫😫😫😫😫😫😫😫😩😩😩😩😩😩😩😩 salam dari jakarta

    ReplyDelete
  48. Dari Tengku Aaron, Izz Haikal, Harraz Naufal, Tengku Ian, dr. Hilman, and dheo... Aura dia, lain macam. Jatuh cinta bangetttt sama mereka. 😫😫😂😂😂😂😂😂 Semoga berjaya kak anjell.

    ReplyDelete
  49. akak... bilo lagi nye ha nk di update kan novel ni??

    ReplyDelete
  50. dah dua minggu tak update bab baru.. Hopefully buku dheo ni cepat keluar dekat pasaran.. penantian satu penyiksaan.

    ReplyDelete
  51. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  52. Bila nk publish buku ni .hehe. xsabar nak beli

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )