Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Sunday, 26 February 2017

Dr. Alpha Male (BAB19)

BAB 19

Aku hanya berdiri di balik penjuru. Cik Ita dan suami sedang bersanding di atas pelamin. Nenek dan mak cik-mak cik aku semua sibuk nak menepung tawar pasangan pengantin. Tapi aku lebih selesa memerhati dari jauh.

Lebih spesifik, perhatikan Iwan dan Safura yang berada beberapa meter dariku. Mereka tak perasan mata aku ni dah macam laser melekat pada mereka. Cuba bersabar. Orang lain tak perasan sebab semua tengah khusyuk tengok raja sehari.

Iwan berbisik sesuatu kepada Safura. Safura gelak manja. Panas jugak hati tengok dua orang tu. Ewah-ewah.. dah lupa tunang nampak gayanya si Iwan ni. Bila dengan Safura, dia lupa aku. Buatkan aku tersedar sesuatu. Itulah penyebab dia curang. Bila dia dekat dengan Safura, dia dah tak ingatkan aku.

They definitely have something.” Orang sebelahku berbunyi. Berbisik tapi kesat bunyinya. Sedari tadi, dah macam bodyguard tak bergaji dia berdiri di tepiku. Siapa lagi kalau bukan Dr. Hilman.

Aku panggung kepala ke sebelah.

“Oh, ya ke? Saya ingat mereka berkawan je,” sinisku balik. Aku pun belum buta.

Dia cuma diam. Tapi mata tajam pandang ke arah merpati dua sejoli tu. Rahangnya diketap. Dia nampak marah. Pelik aku. Macam dia pulak yang tangkap makwe tengah dating dengan lelaki lain. Rileks sudah. Aku yang kena curang ni pun chill je. Makan hati dari jauh je la.

“Awak kena buat sesuatu. Jangan nampak lemah,” katanya lagi.

Jangan nampak lemah? Sebab aku tak lemah la aku mampu berdiri dengan gagahnya di depan dua ekor manusia tu. Mampu senyum. Mampu bergelak ketawa.

“Saya tahu apa yang saya buat, Dr.,” jawabku mudah.

But he likes throwing the jealous card. Hypochrite,” ujarnya lagi. Nada suara penuh jelik.

Aku setuju.

“Awak tahu, Hazel. Kadang-kadangkan, kalau nak ajar lelaki curang, kita kena tunjukkan apa yang dia rugi kalau lepaskan seorang perempuan.”

Sekali lagi aku panggung kepala pandang Dr. Hilman.

“Apa maksud Dr.?”

Make him insecure.”

Hah? Lagi aku blur. Belum sempat aku nak tanya, Dr. Hilman ketawa macho tiba-tiba.

Haa.. dah kenapa pulak tiba-tiba mengekek mamat ni?

Ketawa Dr. Hilman tak kuat. Tak cukup untuk mengganggu majlis persandingan, tapi cukup untuk membuat kepala Iwan menoleh ke arah sini.

Tiba-tiba Dr. Hilman berdiri di depanku. Bau minyak wanginya yang kuat mula cecah rongga hidung. Maskulin. Dada tiba-tiba berdebar melihat dia yang berdiri betul-betul di depanku. Bagai sedang mendominasiku dengan ketinggiannya.

“Apa awak buat ni?”Aku bersyukur suaraku tak bergetar bila bertanya.

Bila aku faham, terus meluas mataku. Dia nak buat Iwan cemburu. Acah-acah nak aku flirt dengan dia. Orang putih cakap apa? An eye for an eye, a tooth for a tooth. Kalau Iwan cari perempuan lain, aku kena cari lelaki lain.

Memang tak la!

“Dr. ingat saya ni apa? Saya ni masih tunang dia. Mana boleh menggatal dengan lelaki lain.” Perlahan tapi keras suaraku. Bukan nak berlagak tunang setia, baik, naif atau seangkatan dengannya. Tapi, masalahnya orang lain tak tahu yang Iwan curang. Kalau orang lain tengok, mesti cakap salah aku. Mesti mengata yang aku ni gatal dengan lelaki lain.

Aku pandang kiri kanan. Tiada yang tengok kami berdua. Nasib baik.

Dr. Hilman ketawa lagi. Tapi agak perlahan.

“Saya tahu. Awak memang tak boleh tertarik dengan lelaki lain. Tapi tak bermaksud lelaki lain tak boleh tertarik dengan awak, kan? So, let’s test the waters, how would he react when other man is attracted to you?”

Terkelu. Kelip-kelip mataku pandang dia.

“Hipotesis saya mengatakan yang dia sedang datang ke sini?” Selamba suara Dr. Hilman. Sebelah kening terangkat seakan-akan mahu mencabarku untuk berkata tidak.

Dan hipotesisnya betul. Dari hujung mata aku nampak Iwan berjalan ke arah kami.

But you look natural. You should at least be flushed.” Dia seolah-olah membebel seorang-seorang.

Kemudian, dalam-dalam anak mata gelapnya menusuk mataku. Kepalanya ditundukkan sehingga wajahnya betul-betul di depanku. Kalau orang tengok, mesti cakap dia nak cium aku. Terus rasa tersekat nafasku. Cik jantung pun faham, mula berdenyut laju.

You outshine the bride today, Hazel.” Perlahan suaranya. Menggoda. Tangannya diangkat. Terhenti beberapa inci dari kepalaku. Dia tak sentuh aku. Tapi, kalau orang lain nampak, memang akan cakap dia usap kepalaku.

Aku teguk liur. Terskru di tempat kuberdiri. Tak mampu nak berganjak. Tak mampu nak tendang dia. Tak mampu bersuara. Dan aku tahu sekarang ni mukaku dah panas. Kembang. Merah.

Dr. Hilman senyum menang. Kenapa senyum dia lawa sangat ni?

“Hazel?” Suara Iwan itu buatkan tangan Dr. Hilman yang terhenti beberapa inci dari kepalaku tadi terus dilarikan.

Dr. Hilman terus tegakkan tubuhnya. Selamba pusing pandang Iwan. Muka Iwan nampak ketat. Muka Dr. Hilman pula, well.. macam muka biasa seorang Dr. Hilman. Tak berperasaan. Macam takde apa-apa berlaku.

“Kenapa ni?” Suara Iwan bertanya. Tapi tetap terselit curiga. Bergilir-gilir pandang aku dan Dr. Hilman.

Geram rasa hati apabila melihat riak curiga dan menuduh Iwan itu. Tengok siapa bercakap. Kuali kalau hitam jangan panggil periuk legam!

“Oh, ada tahi cicak jatuh atas tudung Hazel. I tolong dia buangkan.” Suara Dr. Hilman seselamba mukanya.

Kalau tadi darah berkumpul ke muka, sekarang dah berkumpul ke kaki. Ringan untuk diangkat ke muka orang! Seriously dalam banyak-banyak alasan, tahi cicak jugak yang dia berkenan di hati? Huh.. cuma Dr. Hilman yang mampu buatkan mood aku teralih macam lepas tukar channel TV!

Aku jeling Dr. Hilman. Dia senyum sinis, tak bersalah.

“Hazel, saya laparlah. Jom temankan saya makan.” Suara Iwan seakan-akan merengek mengalih perhatianku kepadanya.

Dari hujung mata, dapatku lihat senyum sinis terukir di bibir Dr. Hilman. Macam nak cakap dia dah buatkan Iwan rasa insecure. Aku mengeluh dalam diam. Kena selalu macam ni ke? Nak dapat perhatian Iwan, aku kena buat dia cemburu.

“Okeylah. Saya pun belum makan juga. Man, jomlah makan sekali,” pelawaku. Aku pun tak tahu kenapa kalau depan Iwan, laju je tekak gugurkan pangkat Dr. itu.

Dr. Hilman sekali lagi senyum mengejek.

It’s okay. Awak pergilah makan dengan tunang awak tu. Saya belum lapar lagi. Lagipun, saya taknak kacau privasi awak berdua.”

Aku tak bertanya lagi. Beriringan turun dengan Iwan ke luar rumah untuk ke khemah makanan.

“Awak dengan dia ada apa-apa ke?” soal Iwan.

“Mana adalah. Dia cuma kawan saya,” jawabku. Jujur.

“Tapi dia macam suka awak.” Kali ini aku rasa nak gelak pulak dengan ayat Iwan itu. Kalaulah dia tahu macam mana Dr. Hilman tu..

“Iwan pun dengar tadi, kan? Dia tahu kita dah bertunang. Lagipun, kalau dia suka saya, saya takde hak nak halang perasaan dia. Saya tak boleh nak sekat kalau ada lelaki lain tertarik dengan saya.” Aku tiru ayat Dr. Hilman. Berlagak hot pulak dah aku hari ni.

“Yang penting, perasaan saya, Iwan. Awak pun tahu saya setia. Kalau ni boleh senangkan hati awak, Hilman tu dah ada kekasih,” terangku. Kenyataan.

Iwan ni pun satu hal. Tak tahu ke kita ni tengah bercakap pasal Dr. Hilman kut! Baru tunjuk remos orang dah tahu dah jadi milik orang. Tu baru remos. Kalau tunjuk muka, cakap bercinta dengan tiga perempuan pun, gerenti takde orang yang pelik.

“Saya tunang awak, Iwan. Takkanlah saya nak curang dengan awak. Selagi saya bergelar tunang, saya takkan mencemarkan tali pertunangan tu.” Di hujung ayatku punya maksud tersirat. Dalam-dalam aku pandang anak matanya. Sesuatu bergetar di balik anak matanya. Oh, adakah aku tertembak sesuatu?

Aku senyum manis. Macam biasa, buat-buat tak perasan dengan wajahnya yang sedikit tergugat itu.

“Jomlah, kata lapar tadi, kan?” ajakku.

Dia diam.

“Iwan? Kenapa?” Buat-buat prihatin bertanya. Oh.. sukanya hati aku berlagak tak tahu apa-apa ni. Orang Indonesia cakap apa? Sok-sok suci gitu! Haa.. baru orang tahu the power of silence!

“Takde apa-apa. Jom, sayang. Kita makan.”

   --------------

Sehingga ke malam aku duduk di rumah nenekku. Mengemas apa-apa yang patut. Aku cuma berada di dapur, membasuh pinggan-mangkuk yang dah digunakan. Geng-geng mak cik pulak sibuk berkumpul tepi periuk lauk. Nak bungkus untuk dibawa balik. Banyak juga yang lebih.

“Kamu berdua balik bila?” Soalan nenekku itu buatkan aku turut tertarik. Sebab soalan itu bukan untukku. Tapi untuk Iwan dan Safura. Semua orang dah tahu mereka berdua memang satu tempat kerja.

“Besok, nek. Lusa kami dah kerja.” Iwan menjawab.

“Kejap betul baliknya. Kenapa tak cuti lama? Kamu tu dahlah lama dah tak balik.” Nenek sempat membebel.

“Banyak kerja la, nek. Ni pun terpaksa balik.” Kali ini Safura pula menjawab.

Terpaksa ya? Minggu lepas jumpa di Mid Valley, kalau dia tak balik sini, dia tidur di mana? Aku tertanya-tanya. Maksudnya mungkin tiada siapa yang tahu mereka berdua turun KL minggu lepas. Nak sorok hubungan dengan Iwan punya pasal, keluarga sendiri sanggup dibelakangkan.

“Kamu Hazel, bila balik U?” Nenek beralih soalan kepadaku.

Aku mengelap-ngelap tangan yang basah pada tuala kecil yang tersangkut di tepi singki. Kemudian berjalan ke arah mereka. Duduk di atas satu kerusi.

“Besok jugak, nek. Lusa ada kelas pagi.”

“Balik dengan siapa nanti? Dengan budak handsome tadi tu ke?”

Amboi, nenek aku! Budak handsome dia panggil Dr. Hilman? Bukan main aura Dr. Hilman. Nenek aku pun boleh cair. Nenek, okey!

“Entahlah. Minta tolong abang Qif kut,” jawabku lagi. Seganlah nak balik dengan ‘budak handsome’ tu. Budak handsome tu pun aku tak tahulah dah balik rumah mummy dia atau dah balik rumah sendiri.

“Amboi, nek! Bukan main budak handsome. Berkenan nak jadikan datuk kami ke,” usikku. Aku gelak. Tak boleh bayang Dr. Hilman jadi datuk aku. Haha.

“Mana adalah. Baik bagi kat Safura. Kamu Safura takde calon lagi, kan?”

Gelak aku mati. Terus aku pandang Safura. Dia berpandangan dengan Iwan sebelum pandang nenek balik. Sakit hatiku. Iwan dia dah ambik, Dr. Hilman aku pun dia nak ambik?

Whoa.. dari mana pemikiran itu datang? Sejak bila Dr. Hilman jadi hak kau ni, Hazel?

“Eh,  hari tu Mak Su cakap kau dah ada calon. Siapa?” Aku mencelah.

“Mana ada la.” Safura menafikan lagi.

“Mak Su cakap kau tengah tarik tali dengan dia. Eleh.. mengaku je la, kau dah ada. Siapa nama dia?” usikku.

Hokey.. sekarang aku rasa nak dabik dada. Kagum aku dengan diri sendiri sebab selamba badak bercakap pasal benda ni depan Iwan dan Safura.

Aku nampak Iwan dan Safura berpandangan.

“Iwan!” Saja nak kacau daun.

Iwan nampak terkejut. Muka pucat macam baru lepas nampak pocong golek-golek depan dia. Dia pandang aku.

“Iwan mesti tahu siapa, kan? Iwankan satu tempat kerja dengan Safura. Siapa? Siapa yang berjaya curi hati sepupu kesayangan saya ni? Mesti untung dia. Safura dah la cantik, siapa tak senang nak jatuh hati dengan dia?” Suara kubuat-buat teruja.

Kedua-dua homo sapiens di depanku itu macam lepas terlekat tulang ikan.

“Err.. tak tahulah pulak,” jawab Iwan.

“Laa.. ya ke? Fura.. kamu kalau dah ada calon, jangan dilambat-lambatkan. Bawak jumpa mak abah. Bawak jumpa nenek.” Nenek aku pun dah teruja.

Tak payah bawak, nek. Depan mata nenek dah ada. Kalau nenek tahu, nenek nak kejar Iwan pakai penyapu ke gergaji, nek? Hazel prefer gergaji! Bila lagi nak cipta sejarah sunatkan orang untuk kali kedua pakai gergaji? Silap-silap masuk Malaysia’s Book of Records.

Bukan aku tak tahu nenek pantang kalau rampas tunang atau suami orang. Sebab kata nenek, hak orang jangan diambil. Ni sekarang ni, cucu dia ambil hak cucu dia yang lagi sorang. Agak-agaknya, apalah yang nenek akan cakap ya?

“Tengoklah nanti, nek.” Mudah jawapan Safura.

Kemudian nenek berlalu tinggalkan kami bertiga. Aku turut bangun dari kerusi. Kalau bertiga, aku malas nak beramah-mesra. Tak lalu!

“Hazel, awak nak pergi mana?” soal Iwan.

“Nak balik dululah. Penatlah. Nak mandi, nak rehat,” jawabku. Pandang tubuh sendiri. Baju sama dari pagi lagi. Serius rasa badan berpeluh dan penat.

“Jom, Iwan teman Hazel balik.” Iwan dah bangun dari kerusi. Bersedia jalankan tugasnya sebagai tunang.

No, it’s okay. Hazel boleh balik sendiri.” Awas! Status itu adalah untuk menguji niat sebenar lelaki. Dia betul-betul mahu temankanku atau sekadar mahu berbudi? Lelaki.. kalau dia betul-betul mahu lakukan sesuatu, dia pasti akan bertegas dan berdegil.

Macam Dr. Hilman. Hai.. dah kenapa tiba-tiba banding dengan Dr. Hilman ni?

“Okey.”

Walaupun dah macam boleh agak jawapan Iwan, tapi bila Iwan sahkan, bersepai jugak rasa hati. Dalam hati mengejek diri sendiri. What do you expect, Hazel?

“Okey.. jumpa besok, Iwan, Safura.” Aku minta diri.

Dan sungguh sekarang ni, aku mengalah! Aku dah tawar hati untuk Iwan. Besok aku akan cuba jelaskan perkara sebenar kepada umi dan abi. Kumpul keberanian untuk putuskan segalanya.

Bak kata Dr. Hilman dulu…

To be selfish, you need courage!

    --------------

Dari jauh, aku nampak rumahku gelap-gelita. Cuma lampu putih tangga yang terpasang. Maksudnya mungkin semua orang belum balik lagi. Adoi.. kena patah balik la ni? Sebab aku mana ada kunci rumah. Penat aku bercatwalk sepanjang-panjang tujuh minit tadi. Itulah Hazel! Lain kali sebelum balik, tanya dulu!

Tiba-tiba aku perasan yang gril rumah tak bermangga. Bila tombol pintu ditarik, terbuka. Eh, tak kunci? Pelik. Lupa agaknya. Aku sedapkan hati sendiri. Aku menapak masuk ke dalam rumah selepas memberi salam. Mata belum sempat nak adapt dengan keadaan gelap, jadi aku terpaksa meraba-raba semasa berjalan ke arah suis lampu.

Haish.. kalau dah gelap macam ni, perjalanan ke suis lampu dah macam dari Malaysia ke Korea. Rasa jauh gila!

Bila duduk sorang-sorang kat rumah ni, gelap pulak tu, agak takut juga. Tambah-tambah lagi dalam kromosom XX aku ni memang dominan gene penakutnya. Dua tapak melangkah, aku terlanggar meja kopi. Jatuh sesuatu. Nak melompat aku sebab terkejut.

Adoi.. sakit siot tibia aku! Nasib baik mulut tak sempat sumpah-seranah. Cepat-cepat aku gosok tempat yang sakit. Apalah yang jatuh tu? Tangan mula meraba-raba. Takut benda tajam nanti, tak pasal-pasal arwah kaki aku! Sakit kuasa dua jadinya.

Kemudian teringat sesuatu. Dalam dunia yang cukup moden ni, manusia telah mencipta sesuatu yang bernama telefon pintar. Kat smartphone kau tu ada lampu suluh, Hazel! Bijak kau. Kenapa kau tak fikir sebelum ni? Aku menyumpah diri sendiri sebelum tangan mula meraba dalam beg tanganku. Cari telefon.

Pencarianku terhenti apabila telinga menangkap bunyi sesuatu terjatuh. Dan bulu roma terus tegak berdiri. Apa yang jatuh? Sedangkan aku cuma pegun di sini. Dada mula berdebar laju. Hati rasa tak sedap.

Aku perlahan-lahan berdiri. Pusing belakang dan cari punca bunyi tu atau lari keluar rumah? Hazel.. sekarang bukan masanya nak jadi Sherlock Holmes atau Detective Conan. Pernah dengar curiousity kills the cat? Walaupun orang cakap rasa ingin tahu tu bunuh kucing tapi bukan manusia, kau jangan cipta sejarah jadi manusia pertama yang terbunuh, Hazel! Baik lari keluar.

Tapi, kalau tu cuma Baby langgar dinding macam mana? Atau entah-entah abang atau adikku nak berlawak tak lucu denganku? Hatiku mula berperang. Cuba berfikiran positif.

Aku ikut naluri hati yang paling kuat. Lari keluar. Sebab sumpah hati rasa sangat tak sedap. Rasa macam sesuatu yang buruk bakal terjadi. Apatah lagi apabila teringat balik yang rumahku yang tak berkunci tadi. Aku tak patut masuk ke dalam rumah!

Aku berlari ke arah pintu. Belum sempat aku membuka pintu rumah, terasa tubuhku dipeluk dari belakang. Aku mahu menjerit. Tapi terasa ada tangan besar ditekap ke mulutku. Suaraku terkumpul di situ.

Aku mula meronta. Tapi orang yang tengah pegang aku itu heret aku menjauhi pintu rumah. Aku makin takut. Tiba-tiba rasa tubuh ditolak kasar. Bahu terlanggar bucu almari sebelum aku jatuh terjelopok. Sakit! Tapi rasa takut sekarang mengatasi rasa sakitku.

Dengan keadaan yang gelap, aku memang tak nampak apa-apa. Cuma susuk tubuh yang aku yakini seorang lelaki sedang berdiri di depanku. Aku cuba bangun tapi tak semena-mena tubuhku ditindih kasar. Bila aku menjerit, sekali lagi dia menekup kasar mulutku. Tangan cuba memukul tapi senang saja dia satukan kedua-dua tanganku dan ditekan erat ke atas kepalaku. Kaki mula menendang tapi dia makin menambahkan berat badannya ke atas tubuhku. Hampir sesak nafasku.

Aku belum mengalah. Kudrat yang ada masih digunakan untuk meronta di bawah tubuhnya. Siapa dia ni? Apa dia nak? Bila aku masih terus meronta, aku terasa ada benda diletakkan di sisi leherku. Dan tubuhku terus mengeras. Terhenti segala rontaanku.

Good girl.” Suara garau yang sangat asing.

Terasa tudungku ditanggalkan dan digunakan untuk mengikat kedua-dua tanganku. Air mata mula mengalir. Apa yang bakal terjadi denganku?

“Kau ambil je la semua yang ada dalam rumah ni tapi tolong.. tolong jangan apa-apakan aku.” Aku merayu.

“Aku taknak semua tu.” Sama macam tadi, nada suaranya perlahan tapi keras.

“Hab.. habis kau nak apa?” Takut-takut aku tanya. Lagi menakutkan sebab aku tak nampak wajahnya. Tiba-tiba terasa pisau di leherku ditekan rapat ke kulit. Aku pejam mata. Sungguh aku takut sekarang ini. Dalam hati tak putus-putus berdoa supaya Allah lindungi aku.

Rasa nafas hangatnya mencecah kulit muka. Dada makin berdebar hebat. Nak tarik nafas pun tak berani. Takut tiba-tiba pisau di leherku itu diseret secara melintang. Memang tamat riwayatku.

“Kau!” Serentak itu terasa pakaianku direntap kasar.

Aku kaku. Takut untuk bergerak. Tak mampu untuk bergerak. Antara nyawa dan maruah diri, yang mana harus aku korbankan?

Bila terasa tangannya mula bermain-main di kulit tubuhku, aku pejam mata. Cuba menahan rasa jijik disentuh lelaki itu. Hanya mampu menangisi nasib diri. Aku tahu malam ini bakal menjadi malam hitam bagiku.

“Dia.. tak layak untuk kau!” bisiknya rapat ke telingaku.

Aku pasrah. Aku terpaksa relakan semuanya. Sungguh.. aku tak tahu apa yang bakal terjadi pada masa depanku. Teresak-esak aku menangis, merayu supaya aku dilepaskan walaupun aku tahu usahaku itu hanya sia-sia.

55 comments:

  1. Hilmannn!!! Janganlaa smpai lmbatt sngat. Sapelaa yg jhat sngt nk apa2kn Hazel nihh

    ReplyDelete
  2. Aaaaaa...saspennya! Takut nak baca bab seterusnya..
    Btw, Hazel x patut masuk dlm rumah tu bila dh nampak pintu x berkunci. Anddd awat mcm jauh sgt je suis lampu dgn pintu?? Huu

    ReplyDelete
  3. What happened....hilman tolong...!!!

    ReplyDelete
  4. Ya Allah....jgn la benda buruk terjadi kat Hazel...Harap2 Dr Alpha dtg la jadi superhero
    Berdebar pulak nak tunggu next entry

    ReplyDelete
  5. What happened....hilman tolong...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm kenal je lelaki tu ngan hazel...

      Delete
    2. Mcm kenal je lelaki tu ngan hazel...

      Delete
  6. wei scary la pulak... apahal ni..

    ReplyDelete
  7. HILMAN !!!! Cepatlah datang selamatkan Hazel. Huaaaaaa nebes gila wei !

    ReplyDelete
  8. Suspensss 😣😣😣 kak anjell sambungla cepat ye hehe

    ReplyDelete
  9. Sambunglah cepat😒😒😒😒😒😒😒😒😰😰😰😰😰πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯

    ReplyDelete
  10. suspen nyeeee!!! spe yg jahat sgt tu?

    ReplyDelete
  11. malunya kalau nnt hilman smpai tgok hazel dlm x sempurna....tp who that guy....hishhh...nervous gilerr nk tnggu next n3 nii...btw mmg gmpakk
    selute....

    ReplyDelete
  12. Muiz.. πŸ˜‘πŸ˜‘ kau nak buat apa dkat hazel hah?😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak..terlupalah pulak..siapa Muiz?

      Delete
    2. Alaaa.. yg kwn satu course dgn hazel tu.. bab 17 ada psl muiz tu.. org yg gila2kan hazel smpai xleh nak terima hakikat bahawa hazel ni tunang org..

      Delete
  13. Iwan ke? Jealous sebab Hilman beri perhatian..Dr. Alpha Male mana awak?

    ReplyDelete
  14. Tak sabarnya nak tunggu putus tunang..bila ni dah selesai tenang sikit hati..apa nak jadi dgn Iwan dia punya pasallah..nak tengok Drm Alpha Male je..😁😁😁

    ReplyDelete
  15. Agaknya tu lelaki yang jumpe hazel kt kedai pastu usap usap tgn dia kott euww obsesss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yap!! Pun terfikirkan dia.. sebab Muiz tak nampak gatal sgt~~ hahahaha

      Delete
  16. waaaaa...suspen!!!! Hilman cepat datang tolong.. tapi nanti kalau datang tolong takut kena tangkap basah plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat macam tu pun ok, kena tangkap basah (hopefully nope la~~ buat cliche sikit konon2 Hilman nak bertanggungjwab, :D), then get married.. and develop the feelings afterwards~

      Delete
  17. Kenapa mesti stop Kat sini huhuhuhu

    ReplyDelete
  18. kesiannya hazel..... apalah nasib dia tu. where are you dr. alpha male?????

    ReplyDelete
  19. Aaaaa .... suspennyaaa!!!
    Mana dr Hilman ni? Cepatlah datang.
    Harap sangat tidak ada apa2 yg berlaku kt Hazel.
    Tkut nk bca next entry.

    ReplyDelete
  20. tolong jangan jadi ape2 kat hazel.....
    Dr hilman....where are you???

    ReplyDelete
  21. Jgn lah tetiba dr hilman dtg.... Pastu jais ke org kampung ke dtg pastu tangkap diorg dlm keadaan yg mencurigakan... Lps tu semua org salah kn hazel...diorg terpaksa putus tunang dan hazel terpaksa kawin ngan hilman....TOLONG LAH JGN JADI MCM ni😱😱😱😱😱

    ReplyDelete
  22. Craving for the new chap... Alamakkk Hazel😩😩

    ReplyDelete
  23. apakata anjell kasik semua orang meroyan? jadikan ni entri terakhir!!!

    hahaha (gelak jahat lagi kejam)

    ReplyDelete
  24. Muiz tu kwn satu course dgn hazel.. yg tergila2kan hazel walaupun dah tahu hazel ni tunang org.. org yg xleh terima hakikat bahawa hazel dah tunang.. ceit sngguh.. πŸ˜’

    ReplyDelete
  25. Suspennyaaaa. Mohon sambung cepat :D

    ReplyDelete
  26. love the storyline.. tp maaf anjell.. saya sedikit tidak senang dengan scene almost being rape... sometimes scene begini blh menganggu someone who still have been traumatize with that... sorry anjell darlings..

    ReplyDelete
  27. sukanya bila dah ada sambungan..... nexttt anjell....

    ReplyDelete
  28. Hi Anjell,
    What happened to your FB and FB page?knapa semua macam hilang jejak???atau sesuatu yg telah tertinggal ketapi?hahhaha

    btw,good luck utk karya2 seterusnya.xsabar nk peluk baby baru msa PBAKL..kan?kan?kan?

    lots of love,
    NasmaN

    ReplyDelete
  29. Want more..can't wait to know next chap ☺

    ReplyDelete
  30. apa ni hazel lembik sangat... takkan nk bserah ja... ak pilih maruah lg dr nyawa... biar lawan sampai mati pun xpe... janji maruah tpelihara... fight back... I hate looser...

    ReplyDelete
  31. Kak anjell.. ni dah kali ke 101 dah saya bukak page ni.. x sabar nk baca sambungannya.. sambung laa cpt, hehe...

    ReplyDelete
  32. Bile nk klr bab 20 ni?? Xsbrnye nk bace!!!😩😩😩😩😩pnt tunggu tiap2 ari...

    ReplyDelete
  33. New reader here ������ and from brunei

    Minat sangattt dengan penulisan anjell, seronok baca, sampai golek golek kat katil. Nak tahu sangat bila novel ni publish pasal nak sangat belinya. Huhuhu.

    Ni hah, tak sabar nak baca bab20

    ReplyDelete
  34. ala..cptla episod 20...dr hilman..cepat selamatkan hazel...

    ReplyDelete
  35. scarynyaaa . please la selamatkan hazel cecepat!!! huwaaa nak eps seterusnya!

    ReplyDelete
  36. Adakah hnya smpai bab 19 shj? Jika bnr, adoi matilah beta. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ€£πŸ€£

    ReplyDelete
  37. Adakah hnya smpai bab 19 shj? Jika bnr, adoi matilah beta. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ€£πŸ€£

    ReplyDelete
  38. Update lah plssss.. This is killin me πŸ’†πŸ’†πŸ’†πŸ’†

    ReplyDelete
  39. omaigad...can't wait next chap....

    ReplyDelete
  40. Anjell next n3 plzzzz .... hilman nak dtg tlg hazel tu

    ReplyDelete
  41. Tak senang dduk memikirkn apa babak seterusnya.anjell continue pless

    ReplyDelete
  42. I'm dying waiting for the next chapter. T_T

    Anjell, hopefully you're doing good so that you can keep continue this story and make it into novel maybe. Pray the best for you.

    From,
    Kipas susah mati Anjell (*¯︶¯*)

    ReplyDelete
  43. Aduhhh.. mati kering jgk duk tnggu next n3.. 😭😭😭😭

    ReplyDelete
  44. hari2 tunggu update dari anjell 😭😭😭

    ReplyDelete
  45. kak anjell please sngt2. dah ke brapa kali dohh duk check blog kak anjell takut2 ada bab 20 punya. berduyun dah peminat2 dr alpha male ni menunggu next entry...huhu. x sabar nak thu apa jadi. hrp2 xder jais mahupun family dia buat kemuncuan mengejut tika Hilman mai nak tlng! Berhuhu lah gamaknya nanti... sorry klu pnjg sngt komen. Excited sngt ni!!

    ReplyDelete
  46. sis... bile nk update... tertunggu tunggu ni tiap hari buka blog ingat dah ade update

    ReplyDelete
  47. OMG!!!!!Ni mesti budak yg pkai hoodie ni.. Yg msa Hazel terlanggar dia time nk kluar kdai n dia sentuh tangan Hazel... Confirm pnya,sbb kt kampung...
    Can't wait for the novel because I want know the ending...

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )