Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Monday 6 February 2017

Dr. Alpha Male (BAB 8)

BAB 8

Satu malam aku tak tidur. Satu malam aku berfikir tentang cara-cara untuk mengatasi masalah ini. Anas dan Adira turut menghubungiku semalam. Aku cuma tadah telinga apabila dibebel. Aku tahu mereka marah denganku. Dan sebab itulah aku berjanji akan cuba merayu dengan Dr. Hilman.

Maka, terpacaklah aku di depan pintu bilik berwarna coklat itu pada keesokan harinya. Lima minit aku berdiri, tulisan terukir pada pintu itu tak berubah-ubah. Tetap juga tertulis DR. HILMAN UKASYAH. Rasa tangan seakan lumpuh untuk dilayangkan ke pintu kayu itu.

Ya Allah… lembutkanlah hati Dr. Hilman hari ini. Semoga semalam dia mimpi indah dan hari ini hatinya berbunga-bunga. Aku berdoa. Kuatkan semangat sendiri dulu. Sempat dibaca-baca ayat penenang hati sebelum aku menggigihkan hati untuk mengetuk pintu itu.

Tiga kali ketuk, akhirnya suara penuh authority dari dalam menyahut.

“Masuk.”

Telan  liur dulu. Masuk je suara macho di ke telingaku, tiba-tiba kaki terus menjadi jelli. Tiba-tiba keberanian yang aku kumpul tadi runtuh. Tiba-tiba juga kakiku rasa ringan nak lari.

Haish.. jangan nak buat hal, Hazel! Aku tarik nafas dalam-dalam. Tepis segala setan yang menghasut sebelum tombol pintu dipulas.

Maka.. tegak berdirilah aku di dalam bilik Dr. Hilman, berhadapan dengan mejanya. Dr. Hilman hari ini segak dengan baju Melayu berwarna maroon, sedang duduk di atas kerusi empuknya. Ada beberapa helai kertas bertaburan di atas meja kerjanya itu. Seketika kemudian, dia angkat wajah.

Yes, Hazel! What can I help you with?” soalnya. Wajahnya tak senyum, tak juga marah. Menanti kata daripadaku.

Haa.. apa aku nak cakap kat dia ni? Semalam bukan main menghafal karangan. Menghadap je mata coklat tua dia pagi ni, subjek ke laut, predikat ke darat. Hilang semuanya.

Aku berdehem dulu. Dia masih senyap.

“Saya nak jumpa Dr.,” jelasku.

Obviously. Sebab awak bukan berdiri dalam bilik dekan fakulti.” Sindirannya memang kelas satu.

 “Saya.. saya nak minta maaf sebab tak datang kelas Dr. semalam.” Aku memberanikan diri untuk bersuara.

“Oh, awak ke yang tak datang kelas saya semalam?” Dia menyindir lagi.

 Aku cuma telan sajalah sindirannya itu.

 “Saya minta maaf sebab tak datang semalam. Saya nak minta jasa baik Dr. untuk beri peluang kedua kepada kumpulan saya.” Aku memberanikan diri untuk berkata.

So, mana MC?” pintanya.

“Hah?” Aku tercengang.

“Surat sakit yang mengatakan kenapa awak tak datang kelas saya semalam. Atau surat lain yang bertandatangan Encik Faizul?” Sekali lagi dia meminta.

Aku terdiam. Semalam sibuk tulis karangan. Tak sempat nak tulis surat. Kalau aku tulis surat, nak auta apa? Saya tak datang ke kelas Dr. kerana saya sibuk keluar dating dengan tunang saya? Huh.. silap-silap dia gumpal kertas tu, lancar masuk kerongkong aku.

“Takde surat? So, no second chance,” jawabnya mudah.

“Tapi..”

Told you before, don’t mess with me.” Suaranya keras semacam. Aku tunduk. Tak sanggup nak tenung mata tajamnya itu. Seram.

Seketika kemudian aku dengar dia mengeluh. Kemudian dia bersandar ke kerusinya sambil merenung wajahku.

Let’s hear your excuse. Where were you yesterday?” soalnya.

Soalan itu sayangnya tak membantu langsung. Rasa makin terjerut leherku. Nak bagi jawapan jujur atau tak? Aku teguk liur lagi. Aku rasa hari ni aku dah tak payah makan tengah hari sebab kenyang dengan air liur sendiri.

“Saya keluar dengan…” Berat hati aku nak mengaku.

“Tunang?” potongnya. Aku angkat muka. Agak terkejut. Dia tahu?

Haruslah tahu. Jariku bercincin. Dia pun pernah beberapa kali tertenung cincinku walaupun dia tak pernah bertanya. Lagipun, mungkin juga dia tahu daripada Mak Cik Lyn.

“A’aa.. saya keluar dengan tunang saya semalam.”

“Ada emergency ke? Atau ada hal penting yang tak dapat dielakkan?” siasatnya lagi.

Aku geleng kepala sebelum tunduk pandang lantai. Malu. Malu sebab aku ponteng kelas dia semata-mata nak keluar berseronok dengan tunang dan dia tahu. Kalaulah dia cakap pada umi aku, tak tahulah macam mana aku nanti. Mesti kena marah dengan umi pula. Haraplah perihal ini didiamkannya saja.

Now you tell me one strong reason why should I give you a second chance? You bunked off my class for your fiancee. You chosed it. It means, you were willingly taking the risks, including gaining zero marks in this week presentation,” katanya mendatar.

“Saya tak tahu Dr. nak adakan presentation semalam.”

It was your badluck of the day then. Awak datang ke, tak datang ke, presentation tetap jalan.” Senang dia jawab.

“Apa.. ingat awak tu special sangat sampai saya kena tunggu awak datang baru boleh buat presentation?” Pedas berapi sindirannya.

Aku hanya mampu pandang lantai.

“Awak ada tiga jam semalam. Bersamaan dengan seratus lapan puluh minit. Bersamaan dengan sepuluh ribu lapan ratus saat. Melainkan awak keluar dating di Singapura, rasanya awak punya banyak masa untuk pulang ke kampus.” Ditekannya perkataan dating itu macam itulah perkataan yang paling dibenci di dalam dunia ini.

But, three hours had passed, where were you? Absence and unreachable. Saya yakin kawan-kawan awak mesti hubungi awak semalam. But, you were just being irresponsible and ignorant. Saya taknak la tanya apa yang awak buat semalam sampai-sampai awak tak dapat dijejaki sepanjang tiga jam tu. Because it was your personal affair and none of my business.”

Aku jadi malu sendiri. Aku seolah-olah memberi gambaran buruk kepadanya. Seolah-olah aku lupa segala-galanya bila encik tunang di depan mata. Seolah-olah aku adalah seorang yang sedang mabuk dilamun cinta yang mungkin akan lakukan apa-apa saja demi cinta. Padahal hakikatnya aku adalah sebaliknya.

 “Sebenarnya peluang kedua dah diberikan,” kata Dr. Hilman. Aku tunggu dia meneruskan bicara.

“Semalam. Peluang pertama adalah ketika kelas bermula, saya mengumumkan untuk adakan presentation. Peluang kedua adalah sepanjang tiga jam tersebut. If only you presented despite being late or even five minutes before the class ended, I would forgive you and allow you to participate in the presentation. Unfortunately, you blew your chance off,” katanya lagi.

“Ya.. saya tahu semua salah saya. Tapi, sekurang-kurangnya maafkanlah kawan-kawan saya. Dr. patut bagi peluang kepada kawan-kawan saya untuk present semalam. Saya tak kisah saya dapat kosong untuk semalam, tapi jangan kawan-kawan saya.” Suara aku menahan rasa. Serius rasa nak menangis sekarang ini.

Not my problem. Yes.. it’s your fault. You should know better how teamwork works. You work on everything together. Because of you, your friends will probably have small chances to get A in this subject. You’re selfish, Hazel. Reckless.”

Mendengar kata-katanya itu, mata terus menjadi kabur. Air mata mula bertakung. Kepala terus tunduk. Aku rasa sedih setelah mendengar tuduhannya itu. Dia buatkan aku rasa sangat bersalah kerana dah menjadi buah busuk dalam kumpulan aku. Menyesal tak sudah-sudah. Sumpah aku takkan ponteng kelas dia lagi.

I told you before. Saya sangat strict dengan kehadiran. Kalau bab belajar, saya tak suka orang main-main. But you were not taking my warning seriously. Mentang-mentang kelas ni bukan core subject, awak ambil mudah. Ponteng kelas sebab nak keluar dating. Entah-entah awak memang selalu buat sebelum ni. Semalam pun kantoi sebab ada presentation.” Bidasnya padu.

Aku mahu menjelaskan bahawa itu kali pertama aku memonteng kelasnya. Tapi, apa gunanya? Diam lebih baik.

Seriously, Hazel? Bunking class for pleasure? How old are you? Fifteen?” Nampak rahangnya diketap kuat. Dia betul-betul marah.

“Saya tahu semua salah saya. Tak payahlah Dr. nak tekankan banyak kali betapa tak bertanggungjawabnya saya semalam. Saya buat salah. Saya minta maaf, okey?” Suara mula bergetar. Masih tak faham kenapa dia memperbesarkan hal ini. Dia seolah-olah hukum aku seperti aku baru lepas bunuh orang. Aku ponteng sekali je kut!

“Saya tak minta Dr. naikkan markah saya. Saya cuma mohon supaya kawan-kawan saya tak dihukum kerana saya. Saya tak sanggup tanggung rasa bersalah disebabkan tindakan saya.” Aku mula menangis. Dah tak segan silu membiarkan air mata menuruni pipi.

Dr. Hilman pandang aku. Wajahnya tergamam sesaat sebelum dia kembali tayang muka tak beremosinya itu. Tapi mata sempat melihat kedua-dua tangan yang berada di atas mejanya. Erat menggenggam penumbuk sehingga timbul urat-uratnya.

Kenapa? Marah sangat denganku sampai nak tumbuk aku ke?

“Dr. adalah pensyarah paling kejam yang pernah saya jumpa. Huh.. dasar Alpha Male! Barbarian!” marahku. Bagaikan tak percaya aku berkata macam itu kepadanya. Luas matanya seketika menunjukkan dia pun turut terkejut dengan amarahku. Jangankan dia, aku sendiri pun turut terkejut.

 “Maaf sebab dah ganggu Dr.” Tiba-tiba rasa bilik ini makin sempit. Apatah lagi berada di bawah renungan tajam Dr. Hilman, rasa macam tiba-tiba sesak nafas. Aku perlukan udara. Terus aku pusing belakang, tarik tombol pintu dan berlalu keluar.

Cepat-cepat air mata dilap. Takut pula ada orang nampak. Tak pasal-pasal orang ingat aku menangis sebab Dr. Hilman tolak cinta aku. Bukan tak tahu peminat lelaki itu memang berduyun-duyun.

Bodoh kau, Hazel. Yang nak banjir depan mamat tu kenapa? Kau ingat dengan air mata kau tu, hati mamat Alpha Male tu boleh lembut la? Aku tempelak diri sendiri. Menyesal pula apabila dia menjadi saksi jatuhnya air mataku. Malu pun ada.

Iwan cakap apalah sangat Dr. Hilman boleh buat kalau aku ponteng? Dia salah. Hakikatnya Dr. Hilman ada banyak perkara yang boleh dilakukannya. Dia adalah lelaki yang berpegang pada kata-katanya. It’s hell if you mess with me. Ya.. memang itulah yang terjadi.

Misi hari ni gagal. Aku tak berjaya memujuk Dr. Hilman untuk berikan peluang kedua kepada kumpulanku. Lebih menakutkan. Apa aku nak cakap kepada kawan-kawanku nanti? Aku mengeluh berat. Sakit jiwa aku rasa. Nasib baik dah Jumaat. Besok dah cuti. Boleh lari dari masalah ni sekejap.

Tak pasal-pasal aku marahkan Dr. Hilman tadi. Rasa bersalah pula sebab dah derhaka. Buruk-buruk dia pun, dia pensyarahku. Kalau dia tak halalkan ilmu yang dia ajar, tak berkat hidup aku. Aku mesti minta maaf dengannya.

Aku belajar sesuatu. Jangan ponteng kelas. Apatah lagi kalau pensyarah tak terduga macam Dr. Hilman itu. Satu perkara yang aku akan ingat sampai aku tamat belajar. Sumpah aku takkan cari pasal dengan Dr. Hilman lagi!

12 comments:

  1. Ala...x puas baca la...nak lg..addicted dah

    ReplyDelete
  2. Want more. One more. Dr. Hilman plz bg hazel 2nd chance.

    ReplyDelete
  3. Alahai... baru semangat dok baca dah habis. anyway, thanks update. :))
    *extra large smile*

    ReplyDelete
  4. Goshhh... so excited. Dr. Hilman getting jealous. Ngaku ajelaaa. Muahahah. X sbarnye nk tggu novel ni release

    ReplyDelete
  5. Excited nk tunggu novel keluaqqq . Tq for update kak anjell .

    ReplyDelete
  6. Since second chance dah lepas...dr hilman wajin bagi third chance...kan..hehehehehe

    ReplyDelete
  7. Tak puas baca..update lagi pleaseeeeee

    ReplyDelete
  8. Aduh sis..tak puaslah baca..update lagi sis..plsss..🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻

    ReplyDelete
  9. Best...x sabar nak tggu novel ni keluar...

    ReplyDelete
  10. cerita yang menarik. harap dr hilman x kejam sangat dgn hazel nut

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )