Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Wednesday, 15 February 2017

DR. ALPHA MALE (BAB 17)

BAB 17

Sebaik sahaja aku mendekati kumpulan-kumpulan pelajar itu, aku rasa semua perhatian tertumpu kepadaku. Apabila melintas di depan orang-orang yang mengenaliku, semua bertanya sama ada aku okey atau tidak. Aku cuma senyum dan menjawab apa yang patut.

Kan aku dah cakap. Sekarang ni mesti semua orang kenal aku. Kalau sesiapa yang tak ingat aku, aku rasa cuma perlu cakap ‘Alah.. kakak yang baju koyak masa family day tu,’ aku grenti semua boleh ingat.

Malu la pulak rasanya. Tapi aku buat selamba. Pedulikan perhatian semua orang. Sampai masanya, semuanya akan reda dan bakal tinggal sejarah. Nasib baik aku berjalan dengan Cik Presiden yang memang dikenali ramai. Takdelah segan sangat jadinya.

Mata melilau sekeliling. Mencari susuk Dr. Hilman di balik kumpulan orang ramai. Sekarang tengah rehat. Aktiviti bebas dan ramai berkumpul di bawah khemah besar. Ramai juga sedang menjamu selera. Kumpul balik tenaga yang habis pagi tadi dan bersedia pula untuk berperang pada petang nanti.

Jumpa apa yang kucari. Dr. Hilman sedang duduk di meja bulat yang dikhaskan untuk para pensyarah. Sedang berbual dengan Encik Zaidi. Dr. Hilman masih tak berbaju. Cuma dibaluti oleh sehelai tuala coklat di atas bahunya untuk menutup sedikit tubuhnya. Mungkin dipinjam oleh salah seorang pelajar lelaki yang tinggal di kolej kediaman. Aku kumpul kekuatan sebelum melangkah ke arahnya. Seharusnya aku seret Sabiha jadi peneman.

“Assalamualaikum, Dr., Sir.” Aku beri salam. Pandangan mereka berdua terarah kepadaku dan Sabiha sebelum salam dijawab.

“Haa.. Hazel! Awak okey tak?” Encik Zaidi berkata sebelum sempat Dr. Hilman buka mulut.

Okay, sir. Saya pinjam baju Sabiha,” jawabku sebelum sengih.

“Takde cedera apa-apakan masa jatuh tadi?” soal Encik Zaidi lagi. Sebagai anak buahnya, memang aku di bawah tanggungjawabnya.

Aku geleng kepala. Setakat calar tapak tangan tu, tak payahlah aku nak kecoh sangat. Perkara kecil sahaja walaupun nak menangis juga aku bila kena air.

Pandanganku teralih kepada Dr. Hilman yang sedari tadi cuma diam menjadi pemerhati. Aku hulurkan baju t-shirt kepada Dr. Hilman. Pulangkan hak dia.

Err.. terima kasih, Dr., sebab pinjamkan baju ni kepada saya,” ucapku. Baru berpeluang untuk berterima kasih kepadanya.

Dia hanya senyum sebelum huluranku bersambut.

“Sama-sama.”

Tuala yang tersangkut di atas bahunya tadi diletakkan di atas meja. Dr. Hilman terus sarungkan kembali t-shirt hitam itu ke tubuhnya macam tiada orang di sekelilingnya yang memerhati.

“Nasib baiklah awak dah bagi balik baju dia, Hazel. Kesian Dr. Hilman ni, tak berbaju. Budak-budak lelaki yang duduk kolej ni semua kecik. Tak boleh nak pinjamkan baju kepada Dr. Hilman ni,” cerita Encik Zaidi.

Oh.. patutlah sedari tadi dia tak berbaju. Nasib baiklah aku cepat-cepat bawa balik baju Dr. Hilman tadi.

Sorry, Dr.” Tiba-tiba rasa bersalah.

No hal la. Lagipun saya ni lelaki. Takkanlah saya nak biarkan awak kat tengah-tengah gelanggang tadi. Kalau student lain pun, saya akan buat benda yang sama,” balas Dr. Hilman pula.

Aku jeling Sabiha di sebelah. Kau dengar tu! Kan aku dah cakap tadi. Kalau student lain pun dia buat benda yang sama. Ada faham? Itulah. Sibuk je nak reka hikayat cinta tak kesampaian untukku.

“Bodi dia lawa, bolehlah buat macam tu. Cuba kalau kita, Di. Mahu sakit mata semua orang,” sampuk Encik Hamidi yang tiba-tiba muncul. Encik Zaidi ketawa. Aku dan Sabiha di tengah-tengah ni tak tahu nak bagi reaksi apa.

“Kita mana boleh nak tarik baju macam tu, Abang Mi. Tak lepas kat perut. Silap-silap orang pulak carikan baju nak tutup kita,” balas Encik Zaidi pula sebelum sibuk ketawa bersama Encik Hamidi. Aku sendiri cuba tahan mulut dari ketawa. Geli hati dengan kata-kata Encik Zaidi itu.

“Man tak kahwin lagi, bolehlah jaga badan. Tunggulah lepas kahwin nanti, haa.. silap-silap radius perut meningkat tiga inci. Kalau lukis graf parabola, mahu lebar latus rectum. Betul tak, Hazel?” kata Encik Zaidi lagi. Seronok bahan Dr. Hilman yang cuma tersenyum lucu.

Semua mata tertumpu ke arahku. Rasa macam tercekik lidah sendiri apabila melihat semua menunggu jawapanku. Tersepit. Kepala dianggukkan sikit sekadar cukup syarat sebelum ketawa terpaksa dilepaskan.

Kenapa tanya aku?! Yang kawan aku kat sebelah ni, sopan pulak dia hari ni. Diam bak gadis melayu terakhir.

“Eh, tak semestinya, Abang Di, Abang Mi! Kalau dah pandai integrate lemak, kenalah pandai differentiate balik. Pandai-pandailah control supaya masih dalam limit dan tak terlebih upper boundries,” balas Dr. Hilman balik.

Ketiga-tiga lelaki itu ketawa. Seronok membahan Dr. Hilman tanpa mempedulikan aku dan Sabiha.

Err.. kami berdua pergi dulu. Terima kasih sekali lagi, Dr. sebab sudi pinjamkan baju kepada saya.” Sekali lagi aku berterima kasih kepada Dr. Hilman.

Kali ini, dia cuma angguk. Aku pula tarik tangan Sabiha untuk berlalu.

“Hazel.” Suara Dr. Hilman memanggilku. Aku tak jadi untuk melangkah. Kembali pandang dia.

Dab your wound with disinfectant before it gets infected,” katanya sambil jeling pergelangan tangan kananku. Pandanganku turut tertumpu ke situ. Ada kesan calar di kawasan tapak tangan, betul-betul di bawah pergelangan tangan kananku.

“Oh, okey!” jawabku. Terus saja aku sorokkan tanganku daripadanya. Tak sangka pula dia perasan.

Aku kembali menarik Sabiha untuk berlalu. Dr. Hilman pula turut mengikutserta dalam perbualan Encik Zaidi dan Encik Hamidi yang sedang berdebat tentang keputusan bola sepak Piala Malaysia semalam.

    -----------

Pukul dua petang, semua pelajar diminta kembali berkumpul di lapangan. Nasib baik cuaca dah bertukar sedikit mendung. Tak adalah panas sangat kalau berkumpul di tempat tak berbumbung ini.

Kemudian pertandingan futsal peringkat akhir bagi lelaki dimulakan. Kumpulan 1 lawan Kumpulan 9 yang diketuai oleh Encik Faizul, ketua programku. Sengit betul tengok mereka berlawan. Aku pula macam nak tercabut anak tekak menyokong.

Kumpulan mana aku sokong? Aku neutral di tengah-tengah. Aku sokong kumpulan yang dapat bola. Kalau bola di kaki Dr. Hilman, aku laung nama Dr. Hilman. Kalau Encik Faizul dapat rampas bola, aku akan jerit nama Encik Faizul pula. Sabiha panggil aku lalang. Haha. Dia pula haruslah sokong Dr. Hilman sebab dia Kumpulan 1.

Macam yang diagak oleh semua orang, sekali lagi Kumpulan 1 mengguguli carta. Memang makin naiklah saham Dr. Hilman yang tersedia tinggi itu selepas ini. Berjaya tawan hati wanita dengan hanya menyepak bola.

“Kau tengok Dr. Hilman main tadi. Walaupun perfect, mana boleh nak lawan Encik Candy Crush aku,” kata Sabiha setelah perlawanan tamat. Semua mula bersurai untuk mencari tempat berteduh.

Aku mencebik. Dan-danlah nak memuji si Gorilla Kuning tu. Sekarang aku tak pelik kalau Hariz adalah adik kepada Dr. Hilman. Aku tertanya-tanya. Di sini, adakah semua orang tahu yang kapten pasukan bola sepak kampus merupakan adik Dr. Hilman?

Kami berjalan menuju ke arah khemah besar. Lepas tamat sukan futsal, dah takde aktiviti lain rasanya. Cuma tunggu penyampaian hadiah dan boleh bersurai.

“Lepas ni dah penyampaian hadiah, kan?” soalku kepada Cik Presiden di sebelah.

“Belum lagi. Ada extra activity. Ni cadangan Naim, vice president kita.”

Extra activity?”

“Ini namanya Lecturer-Student Bonding time.”

“Dah tak cukup bonding semua aktiviti sebelum ni?” potongku. Aku rasa semua aktiviti tadi melibatkan pensyarah dan pelajar. Semua siap boleh bergelak ketawa dan mesra. Memang tercapailah objektif untuk hari ini.

“Kau ni.. dengarlah aku habis cakap dulu!” Sabiha marah. Aku terus diam sebelum dahi kena lastik dengan orang sebelah.

“Ni khas untuk pelajar tahun akhir dengan pensyarah. Kononnya nak bagi can terakhir untuk bonding dengan lecturer. Inikan dah dikira last family day untuk kita. So, aktiviti nanti cuma melibatkan semua pensyarah partner dengan sorang last year student. Aktiviti santai-santai je.”

Kemudian Sabiha senyum jahat.

“Aku nak pastikan kau partner dengan Dr. Hilman.”

Terus meluas mataku.

“Weh.. kau jangan nak buat gila, Biha!” jeritku. Risau juga. Sebab Sabiha orang kuat persatuan. Tunggu dia tunding jari, gerenti anak buah angguk setuju.

Sabiha gelak.

“Kenapa dalam ramai-ramai kawan kita, aku juga yang kau nak padankan dengan Dr. Hilman?” Aku tak puas hati.

Because I love you, but I hate you. Aku nak tengok kau sengsara dengan Dr. Hilman. Mesti seronok.” Sekali lagi Sabiha gelak jahat sebelum mula berlari meninggalkanku.

Kurang asam boi punya kawan! Aku dapat nanti, memang sampai biru dia aku cekik.

    ------------

Aku lega apabila aku dipadankan bersama dengan Puan Ainon. Nasib baik Sabiha tak buat macam yang dia cakap. Kalau tak memang aku isytihar putus sahabat mandatori. Sebut pasal Sabiha, dia cuma menjadi tukang sorak dan tukang ambil gambar tak bertauliah dari tepi kawasan pertandingan. Namanya tak terpilih. Dengki aku!

Kalau ikutkan hati, aku memang taknak ikut serta. Tapi nak buat macam mana bila nama aku terpilih ketika undian dicabut. Memandangkan pensyarahku cuma dua puluh satu orang, maka cuma dua puluh satu pelajar tahun akhir yang terpilih. Nasib malang atau bertuah yang patut aku panggil bila namaku terpilih?

Sebelum aktiviti dimulakan, semua peserta dikehendaki beratur dengan pasangan masing-masing. Hampir terngangaku apabila tiba-tiba Dr. Hilman muncul di sebelahku.

“Kak Ainon tak cakap ke yang saya ganti dia?” soal Dr. Hilman. Mesti wajah terkejutku jelas kelihatan.

Aku geleng kepala. Puan Ainon cuma mengadu kurang sedap badan dan dia minta aku masuk ke padang dulu. Aku memang tahu dia sedang mengandung tiga bulan. Ikut serta aktiviti ini pun kerana aktiviti ini tak agresif.

“Dia kurang sihat. Terpaksa tarik diri. Dafi, partner saya pula tiba-tiba sakit perut. Dia mintak excuse balik awal. So, Kak Ainon yang cadang supaya saya partner dengan partner dia,” cerita Dr. Hilman.

Aku cuma mendengar. Alahai.. tak payah tunggu Sabiha buat jahat, akhirnya berpartner juga aku dengan Dr. Hilman. Aku pandang sekeliling kawasan. Mata berlaga dengan Sabiha yang tersenyum sinis. Seakan-akan mahu berkata, ‘Kalau dah jodoh, takkan ke mana.’

“Awak tak kisah, kan?” Suara Dr. Hilman buatkan perhatianku kembali tertumpu kepadanya.

“Eh, tak! Saya okey je. Cuma tak sangka, tiba-tiba pulak partner kita sama-sama forfeit,” balasku. Kebetulan atau takdir?

“Saya tak pernah kalah, tahu? Bersedia ke?” Suara Dr. Hilman berbaur amaran. Maksud lainnya, ‘Kalau kita kalah, siap awak!’

Teguk liur. Aku kalau dengan dia ni, memang selalu buat senaman kerongkong!

“InsyaAllah saya cuba yang terbaik, Dr.,” jawabku.

Kenapa aku berpasangan dengan orang yang tak tahu makna kalah ni? Stres la!

Semua peserta kemudiannya mendengar taklimat kecil sebelum aktiviti ini diteruskan. Permainan dibahagikan kepada dua bahagian. Kumpul dua puluh gula-gula dari dalam tepung dengan mulut dan kemudiannya habiskan satu bekas aiskrim Nestle 1.5L. Dan apabila peserta dah habis mengumpul dua puluh gula-gula, dia boleh turut sama menghabiskan aiskrim bersama pasangannya. Siapa yang tak larat habiskan boleh mengalah. Senang. Pemenangnya akan mendapat sepasang anak patung katak yang sangat comel.

“Alah.. buat apa dapat anak patung tu? Kami ni lelaki.” Encik Zaidi bersuara dalam nada gurauan. Kena pula memang pasangan Encik Zaidi adalah Muiz, juga lelaki.

“Alah, Di! Kau bagilah kat bini kau. Kau Muiz, bagi dekat awek kau. Haa.. memang kenalah ada I love you kat tengah-tengah tu,” sampuk Encik Faizul pula.

Muiz pandang aku. Eh.. eh.. dah kenapa pandang aku ni?

“Eh.. dah.. dah.. jangan nak buang masa pulak. Main je la. Kalau taknak hadiah, tak payah menang. Kami nak,” kata Dr. Awliya yang berpasangan dengan Adira.

“Eh, mana boleh! Hadiah-hadiah la. Menang tetap kena menang,” kata Encik Zaidi pula.

Setelah itu, kami berlalu ke tempat permainan. Semua pasangan memikirkan strategi untuk menang.

Seriously tambah kalori semata-mata nak dapat katak hodoh tu? Kalau cium jadi tuan puteri cantik takpelah jugak.” Dr. Hilman pandang tub aiskrim yang berada di depan kami. Tak puas hati.

“Dr., saya nak katak tu. Comel.”

“Katak pun boleh comel? Disgusting.” Penuh jijik muka Dr. Hilman.

“Comellah. Kita kena menang, Dr. Dr. kumpul gula-gula, saya habiskan aiskrim.” Berkobar-kobar semangatku nak menang. Semuanya sebab nak anak patung katak.

“Larat ke nak habiskan satu tub aiskrim tu?” Atas bawah, atas bawah dia pandang aku. Mesti musykil mengenangkan saiz tubuhku.

“Selera saya besar, Dr. Gerenti beres punya.” Aku berkata yakin.

“Awak betul-betul nak katak hodoh tu?” Serius suaranya.

Aku angguk. “Deadly serious.”

Dia pula angguk.

Okay, good luck,” pesannya sebelum berlalu ke meja untuk permainan ambil gula-gula dalam tepung dengan mulut itu.

“Dr. pun, all the best,” laungku sedikit kuat supaya dia dengar. Aku turut berlalu ke meja yang terletak satu bekas aiskrim yang masih belum dibuka. Kebanyakan peserta yang makan aiskrim adalah dari golongan pelajar atau perempuan.

Cuaca makin redup. Sangat kena dengan aktiviti kami ini. Aku juga turut serius. Semua penonton pun turut bersemangat untuk menyaksikan permainan yang lain daripada aktiviti pagi tadi. Tak pernah aku seserius ini untuk makan aiskrim. Patung katak punya pasal!

Bunyi wisel ditiupkan. Penutup aiskrim dibuka. Telan liur dulu. Mampu ke aku nak habiskan satu tub aiskrim ni? Tanpa melengahkan masa, terus aku capai sudu dan aiskrim perisa jagung itu disuap ke dalam mulut. Kena sangatlah cuaca macam ni untuk makan aiskrim. Sedap bila rasa sejuk lepas tekak.

Bunyi sorakan para penonton tak kupedulikan. Sekilas aku angkat muka untuk melihat apa yang pasanganku sedang lakukan. Aku tak dapat nak cam gara-gara semuanya sibuk benamkan muka dalam tepung. Bila kepala diangkat, nasib baik aiskrim dalam mulut tak tersembur melihat wajah-wajah yang putih itu. Kesemuanya boleh dikatakan adalah pensyarahku.

Lima suapan, aku berhenti sekejap. Rehat sebentar. Lidah rasa macam nak lumpuh. Sejuk gila. Aku pandang peserta lain. Semuanya lebih kurang aku dan semuanya masih sendirian. Maksudnya pasangan masing-masing masih belum habis bertempur di medan tepung.

Aku teruskan suapan. Seketika kemudian, aku mendengar sorakan para penonton lebih kuat daripada biasa. Terusku angkat muka untuk melihat apa yang sedang berlaku. Dr. Hilman angkat tangan menandakan dia telah habis mengumpul dua puluh gula-gula. Setelah disahkan, terus dia berlari ke arahku.

Hmm.. patutlah sorakannya lain macam! Dr. Hilman bak Majnun sedang berlari ke meja Lailanya.

Seriously dah lebih lima minit berlalu, baru ni yang awak habiskan? Tadi bukan main berlagak cakap mampu makan semua.” Dia membebel sambil menunjukkan bekas aiskrim yang tak sampai suku aku habiskan.

“Sejuklah. Mana boleh makan banyak-banyak. Brain freeze,” jawabku sambil memandangnya. Kalau tak kenangkan aiskrim yang perlu dihabiskan itu, mesti aku gelak dengan wajahnya yang comot dengan tepung. Sekeliling mulut dan jambangnya dihiasi oleh tepung. Sampai melekat ke bawah mata. Baju hitamnya tak payah cakaplah. Memang jelas kena tepung.

“Dr., tolonglah saya habiskan aiskrim ni.” Aku tayang muka comel, minta belas ihsan daripadanya. Kalau aku tayang pada Sabiha, biasanya menjadi. Haraplah Dr. Hilman ini masih belum imun lagi dengan virus yang kupanggil Hazelcomelism ni.

Dia pandangku bergilir-gilir dengan aiskrim. Mukanya masih enggan.

Pleaseee,” rayuku. Kedua-dua tangan disatukan di dada, menunjukkan aku betul-betul mahu dia menolongku. Aku sanggup buat apa sahaja asalkan aiskrim ni masuk ke dalam mulutnya.

Urghh.. I hate sweet stuff.”

Dia capai satu lagi sudu sebelum dibenamkan ke dalam aiskrim jagung itu. Lalu satu scoop besar aiskrim dimasukkan ke dalam mulutnya. Luas mataku melihat kuantiti aiskrim yang disumbat ke dalam mulutnya itu.

Aku senyum menang. Gembira.

Aw.. em.. arh.. erkk..”

“Shh.. Dr.! Masa makan jangan bercakap,” kataku.

Aw.. em.. arh.. erkk..” ulangnya lagi tanpa mempedulikanku.

“Apa dia Dr.? Saya sepatutnya kena makan banyak?” tanyaku. Dia angguk.

“Saya tengah cuba la ni. Bagilah rest kejap. Lidah saya dah macam nak putus.”

An.. eee.. akk.. app..”

“Saya tahu kalau cair tak sedap. Kejap lagi saya sambung,” balasku.

Ergh.. en.. izz.. eed..err..” Dia pegang dahi.

Dr. brain freeze? You need water?”

Dia angguk laju-laju sebelum mencapai air yang kuhulurkan kepadanya. Laju sahaja air mineral itu diteguk melepasi tekak. Ada sisa lebihan air yang mengalir dari celah bibirnya turun ke lehernya, lalu betul-betul di atas halkumnya. Buatkan putih tepung di kawasan bibirnya kelihatan melekit-lekit.

Terus aku capai tisu merah jambu yang turut disediakan di atas meja itu. Tangan terus dibawa ke bibir Dr. Hilman. Tindakan yang spontan. Serius aku tak sedar dengan tindakanku. Dalam kepalaku, aku cuma tak suka melihat dia yang terlebih comot itu. Nampak menjengkelkan.

Sehinggalah aku rasa tubuhnya sedikit mengeras dan mata kami berlaga, barulah aku sedar dengan ketelanjuranku. Dia sendiri jelas-jelas nampak terkejut dengan tindakan beraniku. Bagaikan terkena renjatan eletrik, terus tangan dilarikan.

Err.. sorry. Ada kesan tepung kena air. Nampak comot.” Aku meminta maaf. Dalam kepala kutuk diri sendiri. Kenapa aku boleh bertindak gila macam tu? Brain freeze tak hilang-hilang lagi ke?

“Oh, ya ke?” Cuma itu jawapannya. Tisu dari tanganku ditarik sebelum disapu pada tempat yang baru kusapu tadi. Dia cuma berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Takde masa nak take care of hygiene, kita kena habiskan aiskrim ni dulu,” bicaranya serius. Aku cuma angguk.

Kemudian sekali lagi aiskrim disua ke mulutnya. Wajahnya jelas-jelas menunjukkan betapa tak sukanya dia dengan aiskrim tapi tetap juga dipaksa tekak demi pertandingan ini. Dulu pun dia memang pernah cakap yang dia tak suka benda manis.

Akhirnya aku turut sama meneruskan tugasku. Tinggal sikit je lagi nak habis. Dan terima kasih kepada Dr. Hilman, akhirnya kami berjaya habiskan sebekas aiskrim itu dan disiyhtiharkan sebagai pemenang.

Sumpah.. aku akan muntah kalau aku tengok aiskrim lepas ni!

    ----------

Acara penyampaian hadiah diteruskan. Kesemua hadiah disponsor oleh pelbagai sumber. Terima kasih kepada kegigihan ahli jawatankuasa, hadiah yang diterima agak lumayan juga. Macam yang diagak, majoriti permainan dijuarai oleh Kumpulan 1. Kumpulanku cuma menang tiga hadiah untuk tempat pertama dan satu tempat ketiga.

Ketika hadiah untuk aktiviti terakhir diumumkan, lebar sengihku ketika aku dan Dr. Hilman mengambil hadiah anak patung katak yang masih berbungkus hamper itu.

“Macam mana dia tak menang? Kau tengok macam mana dia rempuh aku masa rebut gula-gula tadi? Nasib baik aku tak terjunam dalam bekas tepung.” Dah mula dah Encik Zaidi and the gang membahan Dr. Hilman.

 “Tak sangka kau ya, Man. Diam-diam nak anak patung. Nak bagi awek kau ke? Romantik jugak kau ya, Man?” tambah Encik Hamidi pula.

“Mana ada. Saya darah muda. Memang competitive,” jawab Dr. Hilman sebelum turut ketawa.

“Untung awak Hazel sebab partner dengan Dr. Hilman. Dapat hadiah anak patung.”

Aku sengih. Dalam hati mengiakan.

Setelah itu semua orang berlalu meninggalkan aku berdua dengan Dr. Hilman. Itu pun sebab aku masih punya urusan dengan Dr. Hilman. Dr. Hilman mengoyak plastik hamper itu. Di dalamnya ada dua anak patung katak yang berbeza saiznya. Satu besar, satu kecil. Dah macam mak dengan anak.

 “Anak patung apa kebenda besar macam ni. Ni dah bapak patung,” bebel Dr. Hilman. Aku yang mendengar cuma menahan gelak sebab kami berfikiran agak serupa.

“Dr., saya nak yang besar.” Bukan main teruja suaraku.

“Awak nak dua-dua pun saya kasi, Hazel.” Dr. Hilman berkata bosan.

“Eh, mana boleh, Dr. Kita gigih sama-sama, hadiah pun kena share sama-sama. Dr. ambiklah yang kecik. Saya nak Cik Froggy ni,” kataku sambil jari tunjuk patung besar. Sedap dibuat peluk. Babailah Olaf malam ni. Haha.

“Cik Froggy?” Dia seakan-akan mahu tergelak.

“Yalah. Nama dia Cik Froggy. Dr. ambik yang kecik ni ya? Nanti boleh letak dalam kereta.”

“Yalah. Yalah. Saya ambik Cik Froggious ni.”

“Cik Froggious?”

“Ingat katak awak je ada nama?” Sinis suaranya.

Aku terus ketawa. Amboi.. nama taknak kalah! Sempat saja dia kenakan aku.

“Nah.. ambik patung ni.” Anak patung katak yang besar itu dihulurkan kepadaku.

“Dr. jangan buang tau Cik Froggious tu. Letak dalam kereta.” Risau betul aku kalau dia buang. Maklumlah, diakan lelaki.

“Iya.. saya tak buang. Saya letak dalam kereta saya.” Suara bosan.

“Betul ni?” Masih tak percaya.

“Ya. I’m a man of words. Saya tak buang, saya letak dalam kereta. Dahlah.. Cepat ambik ni. Saya nak balik ni.” Suaranya sedikit berang apabila anak patung besar itu masih dalam tangannya.

“Okey. Thank you, Dr.” Sempat kusengih sebelum menyambut anak patung itu. Kemudian aku melihat Dr. Hilman berlalu bersama anak patung kecil. Rasa nak tergelak pun ada melihat anak patung kecil itu dikepit dibalik tangan sado itu.

“Amboi.. bukan main kau, ya?” Sabiha tiba-tiba muncul di sebelahku.

Keningku terus bertaut.

“Apa maksud kau?”

“Kalaulah aku ni tak tahu kau dan Dr. Hilman tu pelajar dan pensyarah, memang aku dah ingat kau orang bercinta, tahu? Dah macam gaya pakwe bagi hadiah pada makwenya pun ada.”

Aku tayang muka bosan. Dia dah mula dah! Sabiha dan teori cinta tak kesampaiannya itu.

“Masa bertanding tadi, bukan main kau lap-lap mulut dia, ya?” kata Sabiha lagi. Bibir mengorak senyuman mengusik.

Aku terus ternganga. Lupa ramai yang memerhati.

“Weh.. aku cuma lap sebab nampak kotor sangat. Mesti semua orang salah sangka, kan? Mesti semua ingat aku sengaja gatal, ambil peluang, kan?” Aku sedikit cemas. Wajah dibenam pada Cik Froggy. Geram dengan diri sendiri.

Chill la, Hazel. Takde yang pelik punya. Sebab tindakan kau tadi memang spontan. Nampak macam kau cuma nak bagi tisu kat Dr. Hilman. Tu je.” Sabiha cuba menenangkanku.

Aku haraplah Sabiha betul. Aku taknak kumpul musuh dari gerakan peminat-peminat Dr. Hilman. Tak pasal-pasal timbul fitnah nanti.

Itulah, Hazel! Lain kali jaga tangan. Jangan nak gatal sangat nak pergi sapu muka orang!

Tuesday, 14 February 2017

Dr. Alpha Male (BAB 16)

BAB 16

Seawal pukul tujuh pagi lagi semua pelajar berkumpul di lapangan kolej kediaman, baik pelajar diploma mahupun pelajar ijazah bagi jurusanku. Hari ini merupakan sambutan hari keluarga. Semua dikehendaki untuk berpakaian sukan yang sopan.

Objektif Hari Keluarga adalah untuk mengeratkan silaturrahim sesama pelajar dan juga pensyarah. Mahu utuhkan ukhwah dan mengelakkan sifat berpuak-puak sesama pelajar. Ketika inilah semua orang mahu berkawan tanpa mengira semester, baik program ijazah mahupun diploma. Dan ketika ini jugalah nak bersosial dengan pensyarah-pensyarah yang sebelum ini serius maut di dalam kelas.

Semua pelajar dibahagikan secara rawak oleh ahli jawatankuasa program Hari Keluarga ini. Ada lima belas kumpulan yang diketuai oleh seorang pensyarah. Setiap kumpulan kebiasaannya terdiri daripada sepuluh atau sebelas orang pelajar.

Aku berada di bawah kumpulan Encik Zaidi, Kumpulan 7. Encik Zaidi memang seorang yang mesra pelajar. Dia pernah mengajarku semasa semester satu, subjek Physics I. Kelas dia memang tak stres. Asyik gelak je dengan lawak-lawaknya. Sebab tu ramai yang suka dengan kelasnya. Lega juga aku satu kumpulan dengan Encik Zaidi.  Tapi yang menyedihkan, aku tak sekumpulan dengan Sabiha. Dia kumpulan 1, di bawah kumpulan Dr. Hilman.

Hazelnut butter.” Termengah-mengah Sabiha berdiri di sebelahku. Baru sampai. Sukaneka tak mula lagi, Sabiha dah semput. Haha.

“Haa.. lambat!” sergahku.

Dia sengih.

Overslept la. Nasib baik tak start lagi. Mati aku kalau tak sempat nak bagi speech nanti.”

Aku mencebik. Untunglah asrama sekangkang kera je. Lambat bangun pun masih sempat nak pecut ke sini.

Memandangkan kami masih bebas berkumpul tanpa mengira kumpulan, aku dan Sabiha beratur bersama kawan-kawan sekelasku yang lain. Berkawan sebelum kami menjadi musuh sebentar lagi.

“Kau tengok Dr. Hilman, handsome gila!”

Of course.. kalau sehari aku tak dengar nama Dr. Hilman memang tak lengkap hidup aku.

Aku tayang muka menyampah. Terus kupandang ke arah punca suara itu. Datangnya dari kumpulan juniorku. Semester tiga kalau tak silap aku.

“Weh.. hot gila kut Dr. Hilman hari ni. Lawa betul body dia. Cuba kau tengok,” bisik orang sebelahku pula. Kali ini bukan juniorku. Ini kawan baikku. Pantas aku menoleh ke arah Sabiha.

“Biha.. aku dengar benda tu sejak bukak semester lagi. Tiap-tiap hari. Kau ingat aku tak tahu ke?” Menyampah bertingkek-tingkek. Bukan menyampah dengan Dr. Hilman. Tapi menyampah dengan orang yang terlebih-lebih memujanya. Padahal dia tak buat apa-apa pun untuk menarik perhatian khalayak.

Huh.. alpha male!

“Hari ni lainlah. Hari ni dia pakai sport attire. Cuba kau cakap lelaki mana yang nampak hot dalam tracksuit merah?”

Aku menoleh ke arah Dr. Hilman. Macam mana aku boleh tahu? Senang saja jawapannya. Semestinya aku menoleh ke arah arah yang diteleng-teleng oleh kebanyakan kepala anak gadis tika ini. Aku faham yang Dr. Hilman cuma mengajar pelajar ijazah. Dia pula baru masuk semester ini. Jadi ramai yang belum betul-betul kenal dengannya. Ketika acara macam inilah, semua boleh tatap dia puas-puas.

Tepat sangkaanku. Dr. Hilman segak berdiri sambil berbual-bual dengan Dr. Rahim dan Encik Faizul. Sedikit pun tak peduli dengan perhatian yang diperolehnya. Perhatianku sudah tentu pada susuk tubuhnya. Dalam hati mengiakan kata-kata Sabiha. Dr. Hilman memakai baju t-shirt berwarna hitam yang mengikut bentuk tubuhnya.

Dada bidang. Biceps cantik terbentuk. Hmm.. patutlah Sabiha cakap lawa. Berseluar sukan berwarna merah dan berkasut sukan. Tapi, aku tak nampak pula apa masalahnya dengan merah walaupun cuma Dr. Hilman satu-satunya lelaki berseluar merah?

“Kenapalah aku tak sekumpulan dengan Dr. Hilman? Jealousnya aku dengan orang yang berada dalam kumpulan dia.” Suara itu buatkan aku kembali ke alam nyata. Juniorku yang tadi.

Mulut gatal nak membidas ‘Gatal!’, tapi nasib baik akal sempat brek. Hanya mampu geleng-geleng kepala. Kemudian terfikir. Cuma aku ke yang tertelan anti-virus T.I ni? Sebab sungguh aku tak rasa teruja bila berjumpa Dr. Hilman. Mungkin sebab aku dah selalu jumpa dia? Atau sebab aku ni dah bertunang?

Huh.. sebut pasal tunang ni, rasa macam nak kembali meraung. Terasa luka yang belum nak kering kembali berdarah.

Hazel, jangan fikir! Aku ingatkan diri sendiri. Taknak rosakkan mood baikku hari ini. Hari ini adalah hari untuk aku hilangkan stres. Hari untukku lupakan Iwan.

   ------------

Selepas makan pagi, semua pelajar dikehendaki untuk beratur mengikut kumpulan. Maka, bermulalah Hari Keluarga secara rasmi.

“Ee.. macam mana la aku boleh sekumpulan dengan Dahlia tu? Siapa yang agih nama ni? Memang nak kena sekeh agaknya!” bebel Sabiha. Masam mukanya.

Aku sendiri hampir terguling-guling gelak apabila tahu Sabiha sekumpulan dengan Dahlia. Yang bahagikan nama tu memang tak tahu kronologi sejarah perang mereka berdua.

Siapa Dahlia ni? Sabiha memang alergik tahap dewa dengan Dahlia. Senang cerita, diorang memang tak ngam sejak semester satu lagi. Sebab itulah bila Sabiha jadi presiden persatuan, Dahlia and the gang terus berhaluan kiri.

Sabiha panggil Dahlia The Gediks Berdoohs. Kata Sabiha, berdooh tu dialek Kelantan. Maksudnya sangat-sangat atau keterlaluan. Aku sebut bunyinya sangat aneh. Tapi kalau Sabiha sebut, aku akan gelak sebab gabungan nickname yang diberi Sabiha itu aku rasa sangat kelakar.

Macam mana mereka boleh bertahan duduk sekelas sampai sekarang? Senang cerita, masing-masing buat tak tahu. Kalau dibahagikan mengikut kelas tutorial, kalau Dahlia kumpulan A, Sabiha akan masuk kumpulan B. Dia tak punya masalah denganku. Tapi sebab aku ni kawan baik Sabiha, maka kebenciannya turut terbias kepadaku.

Good luck!” Hanya itu yang mampu aku ucapkan. Bahu Sabiha ditepuk beberapa kali. Beri semangat. Aku haraplah di akhir Hari Keluarga ini, tiada paramedik yang datang selamatkan salah seorang.

“Nasib baik sekumpulan dengan Dr. Hottie. Sejuk sikit hati aku.” Sabiha gelak gatal. Aku hanya mampu geleng kepala.

Kemudian aku dan Sabiha berpisah haluan. Aku beratur bersama dengan Anisa dan Muiz, rakan sekelasku yang satu kumpulan denganku. Kami beratur paling belakang. Maklumlah, senior.

 “Tak sangka kita satu kumpulan, Hazel. Kuat betul jodoh kita, kan?” tegur Muiz.

Aku senyum yang dibuat-buat. Aku kenal dengan si Muiz ni. Dari semester tiga lagi selalu dia tunjukkan dia sukakan aku walaupun dia dah tahu aku ni tunang orang. Cuma aku yang buat-buat dungu. Malas nak melayan.

“Kau pun satu kumpulan dengan Anisa. Kuat juga jodoh kau dengan Nisa, Muiz,” balasku. Contoh macam mana aku buat-buat dungu.

“Ee.. tolonglah! Aku dengan mamat ni?” Anisa buat muka geli. Aku tahan gelak. Aku memang tahu Muiz dan Anisa ni Tom and Jerry Malaysia. Bergaduh tak pandang kiri kanan. Nasib akulah tersepit di tengah-tengah.

“Aku pun taknak kat kau la. Aku suka Hazel, bukan kau,” balas Muiz. Terkedu juga aku dengan pengakuan berani mati Muiz itu. Muiz memang macam tu. Terlalu berterus-terang sampai-sampai aku pun jadi risau.

“Kau ni gila la, Muiz. Hazel ni tunang orang dah, tahu?” Anisa bercekak pinggang. Tak puas hati.

“Alah.. baru tunang. Bila-bila masa boleh putus. Lepas dia jadi bini orang nanti, lainlah.”

Aku teguk liur. Bila-bila masa boleh putus? Memang kenalah pula. Beberapa hari nanti, memang aku bakal putus tunang.

“Oo.. kau doa dia putus tunang?”

“Weh.. weh.. dahlah. Malulah, adik-adik kau orang tengah tengok tu.” Aku jadi penyelamat. Dahlah kami senior. Bikin malu aje bergaduh macam budak-budak hingus tak kering ni.

Nasib baik setelah itu mereka berdua berdiam diri. Aku mengeluh. Kenapalah aku tersepit di tengah-tengah Tom and Jerry ni? Tapi.. lebih baik tersepit macam ni daripada aku kena layan si Muiz ni sendirian.

Bukan aku tak suka dia. Dia baik. Tapi.. aku jadi tak selesa bila dia terlalu tunjukkan yang dia sukakan aku. Aku taknak timbulkan cerita yang tidak enak didengar. Fitnah jadinya. Dahlah aku dah bertunang. Tapi, andaikata aku putus dengan Iwan, belum tentu aku akan bersama Muiz.

Entahlah.. aku rasa kami tiada chemistry. Tambah-tambah lagi hatiku dah tawar gara-gara si Iwan tak guna tu. Serik untuk berhubungan kerana risau diduakan lagi. Inilah orang panggil, gara-gara nila setitik, dengan belanga-belanga aku rasa nak baling ke dinding.

    ----------------

Pelbagai aktiviti sukan dan permainan yang disediakan oleh penganjur program ini. Sewaktu sukaneka tadi, aku menyertai permainan lari berganti dalam guni dan tapak gajah. Selebihnya, cuma jadi tukang sorak untuk kumpulanku. Mahu rabak anak tekakku gara-gara menjerit. Dahlah cuaca boleh tahan panas.

Kumpulan 1 atau kumpulan Dr. Hilman yang banyak memonopoli permainan. Agaknya memang tuah Dr. Hilman hari ini, nama-nama yang terpilih di bawah kumpulan Dr. Hilman memang hebat-hebat belaka. Kena dengan nombor ‘Satu’, memang sekarang kumpulan Dr. Hilman yang menggungguli carta.

Dan sekarang, kami beralih ke aktiviti sukan. Aku menyertai sukan futsal lima sebelah untuk kategori perempuan. Disebabkan banyak kumpulan, teknik sudden death digunakan. Memang bergantung kepada nasib dan lawan ketika undian dicabut. Ternyata nasib kumpulanku agak baik juga. Sehingga sekarang, kami berjaya ke peringkat akhir.

Lawannya? Haruslah Kumpulan 1. Teguk liur aku melihat lawan-lawanku itu. Dahlah tinggi macam galah semuanya. Badan pun mengalahkan atlet. Ni mesti kaki futsal semua ni. Kalau tengok mereka semua bermain tadi, boleh tahan agresif. Gerun pula aku rasa.

Undian duit syiling digunakan untuk menentukan giliran sepak bola. Kumpulanku menang. Kedengaran wisel ditiupkan menandakan permainan dimulakan secara rasmi. Masa permainan cuma lima belas minit. Kedengaran juga suara para pelajar yang bersorak menyokong pasukan pilihan masing-masing.

Lima minit permainan, kedua-dua kumpulan masih seri tanpa jaringan. Aku rasa semput gila. Macam manalah aku boleh terlepas masuk main benda ni pun aku tak tahu. Aku ni bukan kaki main futsal. Atlet jauh sekali. Bersenam bila rajin. Pendek kata bukan seorang yang cergaslah.

“Kak Hazel!” Aku dengar orang panggil aku. Bersama itu, aku nampak bola dihantar ke arahku.

“Hazel, shoot! Shoot!” Aku dengar suara dari luar gelanggang. Salah sorang kawanku. Otak tak sempat nak analisa suara siapa gara-gara kaki sibuk berlari ke arah gawang gol pihak lawan. Hanya satu objektifku. Mesti gol!

Bila punya peluang, aku tendang bola sekuat hati. Dan gol! Aku terus melompat suka. Gembira sebab dah berjaya sumbangkan mata kepada kumpulanku. Kedengaran ahli-ahli kumpulanku juga bersorak riang.

Permainan diteruskan. Misi kumpulanku ketika ini adalah cuba untuk melengahkan masa hingga ke penamat. Supaya pihak lawan tak berpeluang untuk menjaringkan gol persamaan. Bahagian pertahanan diperkuatkan.

Sembilan minit permainan. Tinggal lebih kurang seminit lagi. Permainan makin sengit dan agresif. Betul-betul competitive pihak lawanku. Bola dihantar kepadaku. Aku kini cuma perlu menendangnya supaya menjauhi gawang gol pasukanku dan kemenangan secara mutlak menjadi hak milik Kumpulan 7.

Tapi aku tak sedar Dahlia datang ke arahku. Cuba untuk mencuri bola dari kakiku. Dan aku cuba menghalang menggunakan tubuhku. Terasa dia memegang bajuku. Berlaku adegan tarik-menarik. Dan kemudiannya aku rasa tubuhku ditolak kuat.

Zrapp! Tiba-tiba, aku terjatuh ke tanah. Cepat-cepat aku menoleh ke arah belakangku. Koyak. Nasib baik posisi tubuhku sekarang membuatkan tempat terkoyak itu terlindung dari mata orang ramai.

Preettt.. Bunyi wisel menandakan tamat sudah permainan.

Aku angkat muka pandang Dahlia. Dia senyum jahat.

Ops, sorry! Aku tak sengaja. Kau okey, Hazel?” soalnya. Aku tahu dia cuma berpura-pura.

Tajam-tajam aku pandang dia. Nasib baik baju aku terkoyak. Kalau tak, mahu aku bergusti dengan dia sekarang ni. Kurang ajar! Aku memang tahu dia sengaja tolak aku tadi. Semua pemain futsal mula mengelilingiku.

Aku masih terkaku. Kalau aku bangun, memang habislah. Macam mana ni? Malulah aku kalau orang nampak bajuku terkoyak. Dahlah aku tak pakai inner baju hari ni. Rasa nak menangis. Orang sekeliling semua berbisik-bisik. Keadaan tiba-tiba jadi tegang.

“Kau memang sengaja, kan?” Sabiha marah. Entah bila dia muncul. Muka Sabiha marah. Satu hal yang jangan dicabar Sabiha. Sabiha memang pantang kalau orang cari pasal dengan kawan-kawannya.

“Mana ada. Dia yang lembik, jatuh.” Dahlia menafikannya dengan suara yang minta kena sepak.

“Dah.. dah.. tak payah gaduh. Cepat cari benda nak tutup Kak Hazel.” Salah seorang juniorku menjadi pendamai.

Dan setelah itu, ahli-ahli kumpulanku berlari-lari untuk mencari sesuatu. Bertanyakan sesiapa yang punya baju lebih ataupun jaket. Ahli-ahli pasukan lawanku pula mengelilingiku, menjadi pelindung daripada mata-mata yang tak patut. Semua bertanya sama ada aku okey atau tidak.

Seriously, baju dia cuma koyak. What’s the big deal?” Suara menyampah dari Dahlia.

Semua yang berada di situ pandang semacam ke arah Dahlia. Apa yang boleh aku putuskan, orang yang tak pernah kenal Dahlia sebelum ni automatik akan tak suka dengan Dahlia.

Dan ketika itulah tiba-tiba Dr. Hilman berlari masuk ke dalam gelanggang, menuju ke arah kami. Pasti dia pelik melihat keadaan sekeliling yang tiba-tiba berubah huru-hara itu. Pasti juga pelik melihat aku yang tidak berganjak dari atas tanah, malah dipagari bak puteri pula.

“Kenapa ni? What happened?” tanya Dr. Hilman. Sekilas aku dijeling.

“Kak Hazel jatuh.”

What? Are you okay, Hazel? Are you hurt?” Suara cemas yang bagaikan dikawal. Mesti dia takut anak-anak buahnya cederakan aku. Hakikatnya memang sorang anak buahnya yang tak tahu adab dah sebabkan aku jadi sebegini.

“Saya okey, Dr.,” jawabku. Baru jumpa suara.

“Habis, kenapa awak tak bangun?”

Aku gigit bibir bawah. Malunya nak cakap.

“Baju dia koyak, Dr. Dahlia tolak dia.” Sabiha tolong jawab. Dahlia dijeling benci.

“Mana ada, Dr. Saya tak sengaja. Betul-betul tak sengaja. Hazel, aku minta maaf.” Wajah Dahlia betul-betul menjadi dengan reaksi muka bersalahnya. Dah mula dah bakat berlakon zaman tadika Dahlia terserlah.

Dr. Hilman cuma diam. Begilir-gilir memandang Sabiha dan Dahlia.

I don’t know who to trust but Hazel, you shouldn’t sit here.” Dr. Hilman bersuara.

Habis.. dia nak aku free show? Jadi model untuk kira tulang belakang lumbar aku ada berapa? Kalau aku ni boleh berdiri, aku pun taknak duduk di sini. Dahlah panas terik.

 Tiba-tiba Dr. Hilman menanggalkan baju di tubuh tegapnya itu. Ketika itu, macam-macam bunyi kedengaran. Aku sendiri turut ternganga apabila melihat Dr. Hilman kini cuma berseluar merahnya. T-shirt hitamnya itu dihulurkan kepadaku.

“Nah. Tutup dengan baju ni buat sementara waktu.”

Aku pandang Dr. Hilman. Ragu-ragu. Habis dia nanti macam mana? Apabila melihat Dr. Hilman mula mengangkat sebelah keningnya, aku akhirnya menyambutnya. Setelah itu Dr. Hilman terus berjalan meninggalkan kami semua macam tiada apa-apa yang berlaku.

Baju Dr. Hilman itu diikat pada pinggangku. Cukup untuk melindungi tempat koyakku itu. Aku ucapkan terima kasih kepada semua yang menolongku.

    ------------

“Aww… kau tengok tak abs Dr. Hilman tadi? Berketul-ketul.”

Aku menjulingkan mataku ke atas. Dia dah mula dah. Aku tengah sengsara atas tanah tadi, dia boleh jadi tukang kira abs Dr. Hilman ada berapa ketul?

Sabiha ketawa melihat reaksiku. Aku kini mengikut Sabiha untuk ke bilik asramanya. Nak pinjam baju Sabiha. Nasib baik Hari Keluarga dibuat di lapangan asrama. Dekat dengan bilik Sabiha. Kalau tak? Mana aku nak cekau baju lain? Culik baju Dr. Hilman ni la gamaknya. Kesian Dr. Hilman.

“Mana baju yang kau nak pinjamkan aku ni?” pintaku.

“Ala.. rilekslah. Buat apa nak cepat-cepat. Sekarangkan tengah rehat.”

“Aku ni nak pulangkan baju Dr. Hilman. Kau tak tengok dia pun takde baju tadi? Kesian dia.”

Sabiha sengih nakal.

“Bagilah can kat perempuan-perempuan lain mengagumi keindahan ciptaan Tuhan di bawah sana. Bila lagi nak dapat peluang lunch dengan six pack Dr. Hilman? Aku kena berterima kasih pada kau, Hazel. Sebab kau la, semua boleh tengok body lawa Dr. Hilman hari ni. Tak sangka Dr. Hilman buat free show.”

Ya Allah.. kalaulah ada ubat untuk merawat gatalitis atau vaksin anti-miang, dah lama aku suntik si Sabiha ni. Makin kronik pula penyakit miang kawan aku ni.

“Hei.. kau ingat aku nak semua ni jadi kat aku aku ke? Malu aku, tahu tak? Kalau Dr. Hilman tak bagi baju dia tadi, tak tahulah nasib aku macam mana,” marahku.

“Ala.. janganlah marah hazelnut butter.”

“Macam mana aku tak marah? Semua bergembira atas penderitaan aku. Sebak hati aku, tahu? Dahlah kena aniaya orang.” Okey.. itu cuma drama semata. Jujur.. aku takdelah rasa teruk sangat.

“Okey.. sorry! Aku bersimpati dengan kau. Nah, baju!”

Sabiha hulurkan satu baju t-shirt lengan pendek berwarna hitam kepadaku. Aku menyambutnya sebelum menanggalkan tudung bawal dan baju koyakku itu. Baju Sabiha itu disarung ke tubuhku. Pakai baju Sabiha, faham-fahamlah. Besar. Aku S, dia L.

Kemudian berdiri di depan cermin. Pantulan diri sendiri diperhati. Lebar bahu terlebih dua inci. Labuh baju sampai tengah paha. Bolehlah.

Tudung coklatku kembali disarung. Macam biasa, hujung tudung dipin pada kiri dan kanan bahuku. Aku betul-betulkan sedikit supaya cukup labuh menutup dada. Kembali berpusing ke arah Sabiha.

“Edward Scissorhands ke apa minah tu? Boleh tahan kuat jugak dia tarik baju kau kalau sampai boleh koyak.”

Aku mengeluh. Kalau dah nasib malang nak menimpa, yang nampak mustahil pun boleh terjadi. Boleh pula baju aku koyak tengah-tengah main futsal? Memalukan! Aku rasa mahu semua orang kenal aku selepas ini.

“Malas aku nak fikir pasal minah tu. Aku rasa dia sengaja nak malukan aku. Nasib baik baju tengah koyak. Merudum mood aku nak sekolahkan minah tu.” Aku kembali marah.

 “Masa aku pilih nak pakai handsocks la semua nak jadi, kan?” Mengeluh lagi. Kemudian tutup muka dengan kedua-dua tapak tangan. Tak sanggup aku bayangkan. Alhamdulillah Allah masih jaga aib aku.

“Nasib baik juga ada Dr. Hilman yang jadi hero kau hari ni.”

Terus aku angkat kepala. Nampak Sabiha sengih mengusik. Okey.. aku sangat tak suka kalau dia sengih macam tu. Sebab aku memang dah boleh baca apa yang ada dalam kepalanya.

“Kau tengok tak tadi? Nasib baik dia tak terbang masuk gelanggang je tadi. Muka si Dahlia tu macam dah tertelan ubat gegat lepas Dr. Hilman bagi baju dia kat kau. Padan muka dia. Mesti dia tak sangka Dr. Hilman akan buat macam tu. Lepas tu aku rasa semua perempuan nak berada di tempat kau. Kau nampak tak betapa concernnya dia dengan kau.”

Dr. Hilman? Nak concern dengan aku?

Aku mencebik. Kalau cakap pada perempuan lain, mungkin malam ni tak boleh tidur. Tak pun terlena macam baru terlepas ambil pil khayal. Tersengih-sengih seminggu gara-gara perasan Dr. Hilman suka dengannya. Gila bayang sendiri. Tapi sayangnya, aku ni Tristin Hazel.

“Tu semua atas dasar simpati seorang pensyarah yang baik untuk pelajarnya yang malang. Kalau kena kat student lain pun aku rasa dia tetap benda buat yang sama. Jangan cakap terbang, entah-entah terbelah tiga macam Boboiboy kuasa tiga tu.” Aku menyatakan fakta. Tak rasa aku istimewa pun.

“Alah.. kalau nak concern lebih dari seorang pensyarah pun apa salahnya, kan? Kau pun bakal putus tunang. Kau dengan dia okey, apa? Dr. Hilman kut! Macam yang aku cakap hari tu. Super duper handsome. Hot. Sexy. Hun..”

Aku terus tutup telinga dengan tapak tangan.

Ahh… An.. an.. an.. totemo daisuki, Doraemon,” nyanyiku untuk menghalang Sabiha daripada terus mengarut. Lagu doraemon pun lagu doraemon la.

Sabiha ketawa.

“Kau ni abnormallah, Hazel.”

“Dah, jom kita turun. Makin mengarut-ngarut kau ni. Kalau orang dengar nanti, tak pasal-pasal timbul fitnah.” Aku tarik tangan Sabiha.

Sempat capai baju Dr. Hilman sebelum kami berjalan keluar.